"Awak sukakan saya, kan?" Chaeyi terdiam mendengar pertanyaan daripada Jungwon itu. Dia hanya mampu diam membatu."Saya ditugaskan untuk menemani pemilik saya buat satu malam dan orang itu ialah awak. Katakan dan lakukan apa saja yg awak mahu. Saya akan turuti semua kata-kata awak, tuan ku" Jungwon menunduk hormat dengan penuh bergaya disertakan tangan kanannya yg berputar-putar di udara sebentar sebelum menyentuh dada.
"Anggap saja awak menjadi tuan putri buat malam ni. Saya akan melayani awak dengan baik" Sambungnya lagi.
"Lepas nampak sisi kau yg ini aku terus yakin yg kau lah Yang Jungwon, watak yg aku reka sendiri. Kau sempurna" Kagum Chaeyi melihat semua ini.
Jungwon menjawab. "Saya tidak sempurna, Chaeyi"
Berkerut dahi Chaeyi mendengar jawapan itu. Mana tidaknya, setahunya dia sudah menciptakan Jungwon menjadi benar-benar sempurna.
"Aku bukan abadi" Sambung Jungwon lagi. Senyuman suci ditayangkan seolah-olah tidak takut akan kematian. "Chaeyi, terima kasih sebab reka saya menjadi seseorang yg hampir sempurna. Saya hargainya"
"Kau datang daripada buku kan? " Soal Chaeyi secara tiba-tiba. Jungwon menganggukkan kepalanya perlahan.
"Dan kau kata kau akan turuti semua kata-kata aku. Betul?" Jungwon menganggukkan kepalanya lagi.
"Aku tak tahu sama ada ini mimpi ataupun bukan tapi aku akan gunakan peluang yg ada ni sebaik mungkin" "Jungwon"
"Ya?"
"Permintaan aku ni mungkin sedikit gila tapi aku harap kau tak terkejut" Kata Chaeyi lagi.
"Apa dia?"
Chaeyi menghembuskan nafasnya sebelum memberitahu permintaannya itu. Ini lah detik-detik yg dinantikannya selama ini, berjumpa dengan watak fiksyen yg tidak wujud. Lagi-lagi dengan Yang Jungwon.
Jadi dia tak mahu melepaskan peluang keemasan ini begitu saja.
"Yang Jungwon, aku sukakan kau. Terima lah aku menjadi permaisuri (isteri) kau selama satu malam"
YOU ARE READING
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + Jungwon
Fanfic13 + Also known as : ❝Miracle : One Night❞ In which an author who accidentally fall in love with the character that she created by herself and always praying that she could meet him face-to-face. - AUTHOR X FICTIONAL CHARACTER ┌ · · · ...