Tawau Kota Kinabalu

6 0 0
                                    

Gelap malam itu sedikit pun tidak mengetarkan jiwa Shamsul untuk pulang ke Kota Kinabalu, hanya ditemani dua lampu kereta, menelusuri simpang siur Pan Borneo yang entah bila akan siap. Sesekali dia ditemani oleh teman seperjalanan yang datang dari arah bertentangan. 

Lopak-lopak jalan raya diratakannya, biar terhuyung-hayang dihentak batu aspal yang membinasakan tayar. Biarkan. Asal dia cepat pulang ke Kota Kinabalu, kerana di sana ada orang yang menanti kepulangannya. 

Di radio jelas menunjukan jam 2.35 pagi. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 12 jam terasa begitu panjang. Ladang-ladang sawit yang terbentang di hadapannya terasa begitu luas, seolah-olah tiada penghujungnya. Ketiadaan lampu amaran pembinaan memburukan lagi keadaan. Sudah berlubang, ditambah lagi dengan jalan berombak. Tidak kalah seperti menaiki bot laju lalu dihempas ombak badai.

Kalau kereta yang dipandunya rosak di tengah jalan, pasti dia  nahas kerana jalan yang menghubungkan Kunak dan Lahad Datu itu, pernah popular dengan perompak lanun yang menyamun pada malam hari.

Pedal minyak ditekan, sambil hati-hati mengemudi pacuan empat roda miliknya. Kalau tadi dia pilih untuk ikut jalan belakang ke ibu kota Sabah, pasti masa perjalanan akan lebih singkat lagi. Namun dia memilih untuk lebih merasa selamat. Kerana jalan Kalabakan Keningau keadaanya lebih hampa berbanding jalan hadapan. Kalau bernasib baik, akan ada kumpulan gajah yang menemani, penghibur hati sunyi di jalan Kalabakan Keningau.

Senyumlah KinabaluWhere stories live. Discover now