Hujan Kuala Lumpur

3 0 0
                                    

Hujan petang itu membasahi setiap pelusuk ibu negara. Anak-anak kota berlarian, cuba mencari perlindungan dari kegilaan sang hujan yang tiada tanda mahu berhenti. Di satu sudut, kelihatan warga kota berpusu-pusu menaiki tren antara bandar, mahu pulang ke pangkuan keluarga. Ada yang muda, yang tua, yang kurang upaya, jelas kelihatan di muka mereka-mereka itu, kelesuan melayari badai hiruk pikuk seharian, demi meneruskan perjuangan, demi meneruskan hidup ini.

Di tempat itulah Juga, pernah berlaku rusuhan warga kota, bila hak keadilan mereka dicabuli. Tempat itulah yang pernah  menyatukan bangsa, juga memecahkan tanahair. Dek kerakusan politikus. Tamak. Haloba, demi memenuhi poket sendiri, harta karun sendiri. Penjajah di negeri sendiri, pengemis di negara orang.

Meskipun kezaliman itu masih berlaku, warga kota tetap warga kota. Biar bertukar kerajaan, acuannya masih tetap sama.

Hujan tetap turun, kali ini ditemani kilat dan guntur. Shamsul berdiri kebingungan, sendiri menunggu di perhentian bas itu. Air mukanya sedih, gundah-gulana.  Orang yang ditunggunya masih belum muncul tiba. Dia termundar-mandir, memikirkan sesuatu. Tempias hujan lebat itu, langsung tidak dihiraukanya. Urusannya harus di selesaikan terlebih dahulu.

Entah dari mana, tiba-tiba muncul sebuah kereta merah. Dari jauh kelihatan seorang wanita turun, berpayung, bersalaman dengan seorang lelaki di dalam kereta. Shamsul tergamam. Hatinya remuk pecah berderai. Dia kenal benar wanita itu, dan lelaki itu bukanlah muhrimnya.

Ingin dia berlari, menjerit, melolong. Biaralah suaranya itu boleh didengari sehingga langit ke tujuh. Bumi yang dipijaknya itu seakan-akan bergoncang. Hatinya meronta-ronta, meminta untuk dilepaskan. Di kelopak matanya jelas terlihat, ada titis air yang ingin terjun berlari.

Wanita itu terus menuju ke arah Shamsul, dia seakan-akan terkejut. Dia tidak menjangkakan yang Shamsul akan awal sebegini. Dengan tenang wanita itu tersenyum. Cuba menidakkan apa yang telah dan sedang berlaku.

"Bae....dah lame ke you sampai?". Tanya Ayu kepada Shamsul.

'

Senyumlah KinabaluWhere stories live. Discover now