Pangsapuri Vista Emas
Sabtu, 15:30 petang
25 June 2024
。゚•┈୨♡୧┈•゚。
Huda Ayuni atau nama manjanya Huda, duduk bersandar di sofa yang empuk di ruang tamu rumahnya, membiarkan dirinya tenggelam dalam alunan cerita drama romantis yang sedang dipaparkan di skrin televisyen. Wajah-wajah bahagia di layar itu membuatkan dia tersenyum sendiri, sambil kadang-kadang mengangguk setuju dengan dialog antara watak-watak dalam drama tersebut.
"Ish, kenapa la hidup tak boleh macam drama ni, kan? Senang je diaorang bercinta," keluh Huda sambil menggenggam kusyen sofa dengan erat. Dia terus melihat drama itu, seakan-akan ingin menangkap setiap perasaan yang dipancarkan melalui skrin.
Ketika adegan menggembirakan antara watak utama berlangsung, Huda merenung kekosongan di sekelilingnya. Rumah yang sunyi itu terasa sepi tanpa kemesraan yang disaksikan di drama itu. Dia menggelengkan kepala, mencoba mengusir bayangan rasa sepi yang mula menyelinap masuk ke hatinya.
"Dahlah, buang masa je aku fikir ni bukan ada orang nak kat aku pun. Takkan ada punya," dia bermonolog sendiri, suaranya penuh dengan nada kecewa.
Dengan satu hentakan ringan pada alat kawalan jauh, Huda mematikan televisyen dan terus merebahkan dirinya di sofa, membiarkan suara heningan rumahnya menemani fikirannya yang kacau. "Sebelum ni pun, kisah cinta aku macam sehelai mimpi je. In the end, kena tinggal juga..." bisiknya, sambil mengalihkan pandangannya ke langit-langit rumah yang tenang.
Dia merenung jauh, teringat kembali pada kisah cintanya yang berakhir dengan kepahitan. Luka itu belum sembuh sepenuhnya, membuatnya lebih berhati-hati dan kurang yakin akan peluang cinta yang datang.
"Kalau aku dah tak dapat rasa perasaan cinta tu lagi, macam mana?" Huda bertanya pada dirinya sendiri, wajahnya tergambar dengan keraguan yang jelas.
Dalam lamunannya yang mendalam, tiba-tiba terdengar bunyi loceng pintu rumahnya berdering, memecah kesunyian ruang tamu yang dipenuhi oleh cahaya alami senja yang lembut. Huda terkejut ada tetamu yang tak terduga datang ke rumahnya. Seolah-olah dia terlepas dari dunianya yang tenang, dia bangun dari sofa yang selesa dengan gerakan gemetar, merapikan pakaian dan rambutnya yang sedikit berantakan sebelum melangkah menuju pintu.
Dengan langkah yang sedikit gugup, dia membuka pintu dan di hadapannya berdiri Helmi Hakimi, kawan baiknya sejak zaman sekolah menengah, dengan senyuman lebar yang menyinari wajahnya.
"Yo, Huda! Maaf la aku tak bagitau awal-awal. Ada masa sekejap untuk aku?" Helmi berkata dengan riang, suaranya mengalir lembut seperti aliran sungai yang menyusuri hutan.
Huda terkejut melihat Helmi berdiri di hadapannya, tetapi dia segera merasa lega melihat wajah akrab sahabatnya itu. Senyuman lembut Helmi segera mengurangkan rasa sunyinya. "Eh, apa khabar, Helmi! Masuklah, ada apa datang ni?" Huda menjemput Helmi masuk ke dalam rumahnya dengan ramah, menghirup aroma haruman vanilla yang menyambut kedatangan tamunya.
Helmi memasuki rumah dengan penuh semangat, matanya melihat sekeliling ruang tamu yang hangat dan mesra. "Rumah kau memang best la, Huda. Selalu rasa tenang datang sini," puji Helmi sambil memandang sekeliling ruangan.
Huda tersenyum bangga, merasa segera dihargai oleh kata-kata pujian dari sahabatnya. "Eleh kau ni mesti udang disebalik batu kan! Hm duduklah dulu nak minum apa-apa ke?" Huda menawarkan minuman kepada Helmi sambil berjalan ke arah dapur yang terletak tidak jauh dari situ.
Helmi mengangguk dengan riang. "Air kosong pun jadi lah, Huda. Aku tak kisah."
Huda tersenyum sambil mengangguk, lalu menuangkan segelas air kosong untuk Helmi dan satu lagi untuk dirinya sendiri. Sambil duduk di sebelah Helmi di sofa, Huda bertanya, "Ha, bagitau jela apa motif kau datang sini, Helmi?" Suaranya penuh dengan rasa ingin tahu, menunggu Helmi berkongsi apa yang mahu disampaikan.
Helmi mengambil nafas dalam-dalam, matanya melirik ke arah saku seluarnya. Namun, sebelum dia sempat membuka mulut, telefon bimbit Huda berdering dengan kuat.
"Eh kejap tau, teammate aku call pulak," ujar Helmi, mencelah dengan sedikit kecewa.
"Oh... takpelah, angkat lah call tu mana tau hal penting," Huda menjawab, memberikan isyarat yang pengertian.
Mendengar ayat dari mulut Helmi, Huda serta merta mengangkat telefon itu.
Setelah selesai dengan panggilan telefonnya, Helmi memandang Huda yang berdiri berdekatan dapurnya. "Kenapa? Something serius ke?" Kata Helmi, berusaha mencari tahu apa yang terjadi.
Huda mengelengkan kepalanya. "Takdela, diaorang just tanya bila nak mula bincang. Ha, cepatlah cakap apa kau nak cakap tadi," ujarnya dengan sedikit ketidak sabaran.
Helmi hanya tersenyum kelat. "Eh, takkan nak tanya khabar kawan sendiri pun tak boleh?" ujarnya sambil mencuba untuk menyemai sedikit rasa humor dalam situasi yang tegang.
Huda mendengus ringan, "Eh, kau ni, tu je ke? Hmm, well, khabar aku oke je," ujarnya sambil cuba menutupi rasa terkejutnya dengan gaya santai. Namun, wajahnya menyiratkan ada sesuatu yang lebih dalam yang ingin dia ungkapkan.
"Sebenarnya, Helmi," lanjut Huda sambil menatap ke lantai, "aku tak boleh lupakan dia lah..."
Wajah Huda tiba-tiba penuh dengan ekspresi yang kacau balau, seperti dia sedang bermain memori yang menyakitkan. Helmi, merasa keingintahuannya menebal, memberi isyarat pada Huda untuk meneruskan.
"Kitaorang berdua putus sebab dia tu sibuk sangat dengan kerja. Tak pernah nak ambil berat pasal hubungan ni, rasa macam aku ni dating diri sendiri. Dia macam tak nak berkomitmen langsung, dahlah pascal kahwin pun dia tak nak fikir," Huda menerangkan dengan nada santai, meskipun rasa kesedihan masih tersirat di dalam suaranya. "Tapi... aku salah aku juga, aku selalu tanya dia bila nak lamar aku maybe dia rasa pressure sebab tu minta putus." Suaranya bergetar, memperlihatkan kesedihan yang terpendam selama ini.
Helmi merasa kasihan melihat Huda mengalami semua itu. "Huda, kesian pulak aku tengok kau kena hadapi benda ni," ujarnya dengan lembut, mencoba menenangkan Huda. "Tapi, tak perlu pun kau fikir semua ni, lagipun ni salah kau. Kalau dia betul sayangkan kau, mesti dia akan cari masa untuk ada dengan kau. Dah nama pun cinta, kenalah berkorban sikit."
Huda mengangguk ringan, walaupun senyum kecil muncul di wajahnya. "Heh, tak sangka kau bijak bercakap pulak eh?" Sambil tersenyum sinis. Helmi yang mendengar itu mendengus, "Elok sikit cakap, aku ni lah orang yang kau cari kalau susah!"
Huda ketawa mendengar itu. "Ye ye! Terima kasihlah sebab jadi kawan aku. Aku tak tahu apa yang aku buat tanpa kawan-kawan macam kau," katanya dengan suara lembut, menghargai keperhatian Helmi.
Mendengar kata-kata itu, Helmi tersentak. Benar, mereka hanya sebatas kawan, tidak lebih dari itu. Bagi Helmi, Huda bagaikan seseorang yang membuatkan dia kuat untuk teruskan hidup sejak sekolah menengah, namun Huda hanya memandangnya sebagai kawan yang boleh dia menceritakan keluh kesah. Dia memberikan Huda senyuman kecil, meskipun hatinya terasa berat dengan realisasi tersebut.
'kalau lah kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni...' - Helmi Hakimi.
YOU ARE READING
Whispers Of Affection ꕤ
RomantikDua orang yang mencari cinta, seorang risau tidak dapat merasai cinta dan seorang lagi risau tidak dapat mengukapkan perasaanya. Inilah kisah percintaan 'rollercoaster' Huda Ayuni dan Helmi Hakimi;sahabat sejak zaman sekolah menengah, melintasi pelb...