WOA: love blooming [Helmi]

5 0 0
                                    

Perhentian bas Seloh Emas

Selasa, 6:44 pagi

12 April 2017

。゚•┈୨♡୧┈•゚


Helmi naik ke dalam bas sekolah dengan perasaan biasa-biasa saja. Hari itu kelihatan seperti hari-hari biasa, tak ada yang istimewa. Dia duduk di tempat kegemarannya, di tepi tingkap. Sambil bas mula bergerak, Helmi menikmati pemandangan luar yang berlalu pantas.

Tiba-tiba, dia ternampak seorang budak perempuan sedang berlari di tepi jalan dengan wajah cemas. Budak itu jelas cuba mengejar bas yang sedang Helmi naiki. Terkejut, Helmi terus bangun dan memberitahu pakcik bas, "Pakcik, boleh berhenti sekejap? Ada orang tertinggal!"

Pakcik bas memberhentikan bas dengan perlahan. Budak perempuan itu akhirnya berjaya naik dengan nafas tercungap-cungap. Helmi kembali ke tempat duduknya, memerhatikan budak perempuan itu berjalan mencari tempat duduk. Semasa dia lalu di depan Helmi, mata Helmi tertumpu pada name tag di baju budak perempuan itu. "Huda Ayuni," terbaca di situ. Helmi tersenyum sendiri, merasa lega kerana dapat membantu.

Huda duduk beberapa tempat duduk di depan Helmi. Sepanjang perjalanan, Helmi sesekali mencuri pandang ke arahnya. Ada sesuatu tentang cara Huda tersenyum pada pakcik bas yang membuat Helmi rasa tenang. Perasaan aneh mula tumbuh dalam hatinya, sesuatu yang dia sendiri tak dapat jelaskan.

Hari-hari berlalu, dan Helmi kerap melihat Huda di dalam bas yang sama. Setiap kali mata mereka bertemu, Helmi akan tersenyum dan Huda membalas dengan senyuman manis. Dari situ, mereka mula bertegur sapa. Percakapan kecil di dalam bas menjadi semakin panjang dan mesra.

Helmi sedar ada sesuatu yang berbeza dalam dirinya. Setiap pagi, dia semakin tak sabar untuk naik bas dan melihat Huda.

Sekolah Menengah Satria Mandiri

Khamis, 10:32pagi

19 April, 2017

Helmi sedang berjalan menuju kelasnya setelah habis waktu rehat ketika dia melihat Huda berlari dengan tergesa-gesa. Begnya terbuka dan beberapa buku hampir terjatuh. Helmi memerhatikan Huda yang kelihatan sangat cemas. Tiba-tiba, satu bukunya terjatuh ke tanah.

Helmi cuba memanggilnya, "Hei, buku kau jatuh!" Tapi Huda terus berlari tanpa menoleh ke belakang. Helmi menggelengkan kepala dan mengambil buku yang tertinggal itu. Dia membuka buku tersebut dan melihat nama kelas Huda tertulis di dalamnya, "4 Optimis"

"Nampaknya aku kena jadi posmen pagi ni," bisik Helmi sambil tersenyum sendiri.

Dengan langkah santai, Helmi berjalan menuju kelas 4 Optimis. Sepanjang perjalanan, dia tertanya-tanya apa yang membuat Huda begitu tergesa-gesa. Setibanya di kelas 4 Optimis, dia melihat Huda sedang berdiri di depan kelas dengan wajah cemas, nampaknya dia sedang didenda oleh cikgu yang kelihatan marah.

Senyum kecil terukir dimukanya melihat Huda didenda. Tanpa melengahkan masa dia mengetuk pintu perlahan. Cikgu itu menghentikan pelajarannya dan beralih ke pintu dengan wajah yang masih tegang. "Ya, ada apa?" tanya cikgu itu dengan nada tegas. Cikgu Zarina yang terkenal dengan ketegasannya, memang tak boleh buat main main! Sebutlah nama dia satu sekolah ketar ketir.

"Saya nak pulangkan buku ini. Buku ini tertinggal di luar, milik Huda Ayuni," kata Helmi sambil menghulurkan buku itu.

Cikgu itu memandang Helmi dengan kening terangkat, kemudian tersenyum sinis. "Oh, nampaknya Huda ada 'posmen' peribadi hari ini," katanya dengan nada mengusik. Satu kelas ketawa, dan Huda menundukkan kepalanya, pipinya semakin merah.

Huda berjalan ke arah pintu kelas untuk menerima buku tersebut dengan tangan yang sedikit bergetar dan menatap Helmi dengan pandangan terima kasih. "Terima kasih..." ucapnya lembut.

Mata mereka bertemu sejenak, dan ada sesuatu yang tidak terucapkan dalam pandangan mereka. Dunia seolah-olah berhenti berputar saat itu.

Cikgu Siti mengusik dengan senyuman sinis. "Ha! Jangan nak buat drama Korea pula pagi-pagi ni, dah Helmi, awak dah boleh pergi kelas awak. Huda, lain kali jangan cuai sangat"

Kata kata cikgu zarina membuatkan mereka berdua tersentak.

Helmi mengangguk cepat dan tergelak kecil, "Okey, cikgu nampaknya tugas postman saya dah selesai" Katanya sambil memandang Huda yang malu diusik oleh cikgu. Dia beredar dari kelas 4 Optimis dan menuju ke kelasnya sementara Huda pergi duduk kembali di tempatnya.

Whispers Of Affection ꕤWhere stories live. Discover now