WOA: Tell me your name [Huda]

9 0 0
                                    

Perhentian bas Seloh Emas

Selasa, 16:30 petang

12 April 2017

。゚•┈୨♡୧┈•゚

Huda yang masih terkenang peristiwa memalukannya di sekolah. Dimana, seorang lelaki yang tidak dia kembali tiba-tiba muncul di pintu kelas untuk memulangkan buku yang tertinggal disebabkan lupa zip beg. Tetapi bukan sebab itu dia malu tapi sebab lelaki itu sempat melihat Huda sedang didenda oleh cikgu paling ditakuti di Sekolah Satria Mandiri. Boleh pula lelaki tu ketawa, mesti dia fikir situasi Huda kena denda nampak kelakar.

“Aduh, dahlah kena denda dengan cikgu Zarina lepastu boleh pulak ada mamat aku tak kenal tengok aku kena denda,” bisik hati Huda. Rasa malu terus menjalar dalam dirinya setiap kali teringat kejadian itu. Dia berusaha menenangkan diri, tapi bayangan lelaki itu yang ketawa kecil membuatnya rasa semakin canggung.

Dalam perjalanan ke perhentian bas, Huda cuba untuk tidak memikirkan insiden pagi tadi. Namun, sebaik sahaja dia sampai di perhentian bas, dia ternampak lelaki itu sedang berdiri menunggu bas. Jantung Huda berdegup kencang. “Aish! Mamat ni lagi,kenapa mesti dia ada kat sini?” fikir Huda sambil cepat-cepat menutup muka dengan tangan, berharap lelaki itu tidak menyedari kehadirannya.

Namun sayangnya, lelaki yang dia cuba mengelak sudah menyedari kehadirannya. Malah, dia perasan kelakuan 'pelik' Huda, tersenyum melihat gelagatnya. Dia berjalan menghampiri Huda dan dengan nada ceria, menegur, “Huda, kenapa tutup muka macam tu? Kau okay ke?”

Huda tersentak. Dia perlahan-lahan menurunkan tangan dari muka, Pelik macam mana lelaki ni boleh tahu nama dia? “Eh! Macam mana kau tahu nama aku?” jawab Huda terkejut dan mahukan jawapan

Lelaki itu tersenyum lagi dan menunjukkan name tag Huda yang dipasang di uniform sekolahnya “Apa gunanya name tag kan?” katanya.

Pipi Huda kembali memerah, satu lagi peristiwa memalukan telah terjadi, dah lah dengan orang yang sama pula tu.

Huda terus menunduk tidak mampu untuk bertembung mata dengan lelaki ini, rasa malu masih belum hilang sepenuhnya. “O-Oh! Yela haha lupa pula..” jawabnya dengan nada perlahan, berharap perbualan ini segera berakhir.

"Lagi pun kalau bukan dari name tag kau, kan ada kat buku yang terjatuh pagi tadi?" Ujar dia dengan nada mengusik.

Huda hanya tersimpul malu dengan ujaran lelaki di hadapannya. Dia hanya ingin cepat-cepat keluar dari situasi yang membuatnya rasa sangat tidak selesa ini.

Dengan pantas, dia mencari tempat duduk di perhentian bas dan menundukkan kepala, berharap lelaki itu tidak akan mengajaknya berbual lagi. Dalam hatinya, Huda berharap masa akan berlalu dengan cepat supaya dia boleh melupakan peristiwa yang memalukan ini

Lelaki yang dia cuba mengelakkan diri, ketawa terbahak-bahak melihat Huda yang seakan ingin menyelinap darinya. Tanpa berlengah, dia mendekati Huda dengan ramah dan berkata, "Eh, janganlah malu sangat, sorry aku  tergelak. Kenapa tiba-tiba kau rushing tadi? Laju pulak tu kau lari dah macam Usain Bolt! Sampai lupa nak zip beg, ala-ala dalam drama Korea!"

Huda terpinga-pinga dengan kejutan ramah dari lelaki ini. Wajahnya memerah, tetapi dia tidak mampu menahan senyuman. "Aku nak cepat tadi dan macam biasa, semua benda jadi kacau bilau" akunya dengan nada penyesalan.

Lelaki yang sekarang duduk di sebelahnya mengangguk, tetapi senyumannya tidak reda. "Ada ada je kau ni, lain kali jangan lupa zip beg, tak nak ada lagi episod 'Beg Terbuka - The Sequel'. Silap hari bulan, ada director yang ambil kau sebagai pelakon drama 'Beg terbuka'!"

Huda tersenyum mendengar jenaka lelaki ini. Rasa canggungnya perlahan-lahan berkurang, digantikan dengan rasa keselesaan. “Yelah, terima kasih sebab ingatkan aku tapi aku masih tak tahu nama kau?" Kata Huda sambil melihat Helmi dengan wajah ingin tahu siapakah lelaki yang telah membantunya pagi tadi.

Rupa lelaki itu terus berubah dan mengangkat keningnya dengan sedikit kehairanan. "Aik? Kau tak dengar ke cikgu Zarina panggil nama aku tadi?" katanya sambil ketawa.

Huda merasa semakin canggung. "Oh ada ke! Sorry! Aku malu sangat tadi kena denda, tak ingat pulak cikgu Zarina ada sebut nama kau." ucapnya, sambil meraba belakang kepalanya dengan jari, menunjukkan rasa penyesalannya.

Sebuah tersenyum terukir di muka lelaki yang sudah melihat semua peristiwa memalukannya. "Tak apa, Huda. Nama aku Helmi. Jadi sekarang kita sudah kenal nama masing-masing!" katanya dengan penuh keriangan.


Tiba saat yang ditunggu-tunggu, bas akhirnya meluncur masuk ke stesen dengan halusnya, seolah-olah menyambut kedatangan para penumpang dengan hangat. Huda dan lelaki yang akhirnya dia sudah ketahui namanya; Helmi, yang tanpa sengaja bertemu di platform, dengan cepat berlari menuju pintu masuk bas yang terbuka lebar.

Mereka berdua memasuki bas dengan riang, diikuti oleh riuh rendah mesin diesel yang berdentum lembut. Helmi, dengan senyuman yang merekah di wajahnya, menepuk tempat kosong di sebelahnya dan berkata dengan semangat, "Eh, duduklah sini bersama! Tak selesa berdiri sorang-sorang dalam bas."

Huda sedikit terkejut oleh keceriaan Helmi, namun dia tersenyum kecil sebagai tanggapannya. Meskipun ragu-ragu sejenak, akhirnya dia mengambil tempat di sebelah Helmi. "Erm, terima kasih," ucapnya dengan suara lembut, mengungkapkan rasa syukurnya.

Helmi melambaikan tangannya dengan riang. "Tak ada masalah, aku selalu melihat kau naik bas, tapi kita tak pernah berbual, kan?"

Huda terkejut dengan pengakuan itu. "Eh, serius ke? Kenapa aku tak pernah nampak kau sebelum ni?"

Helmi mengangkat bahunya sambil tersenyum jenaka. "Hmm, mungkin kau rabun kot?" ucapnya sambil mencoba menyelipkan sedikit humor ke dalam percakapan mereka.

Mereka berdua terus berbual dengan riang, dan dari situ, persahabatan mereka berkembang dengan alami. Huda merasa lega kerana kini dia sudah tidak lagi merasa canggung ketika berada di dekat Helmi. Sebaliknya, dia kini merasakan bahawa Helmi adalah teman yang menyenangkan untuk diajak berbual.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Whispers Of Affection ꕤWhere stories live. Discover now