Cemburu

31 4 9
                                    

Hujan di luar sedang deras mengguyur bumi. Sejuk, nyaman, redup, sayup dan tenang. Sesuai untuk bercuddle kan?

Tapi kenapa.. Terjadi situasi sebegini? Dua insan itu sedang saling pandang, namun tatapan Suho macam err... Lain macam?

"Suho-ah, kenapa ni hmm? Cakap dengan saya.. Saya tak tahu kalau awak pendam cerita, okey?"

"Tak okey."

Ehh. Asal?

"Kenapa awak asyik pandang lelaki rambut merah kat TV tu? Lama pulak tu. Pastu siap dekat-dekat dengan skrin."

"Ouh, yang tu ke? Suho, ja- jangan salah faham, saya tenung lelaki tu se- sebab muka dia familiar. Macam -"

Seketika Chara mengalihkan wajahnya ke kiri.

"Kenapa elak tengok saya?"

"Su-ho... Masalahnya se- sekarang, awak terlalu dekat, sa- saya tak boleh fokus."

Pertama kali Suho dengar Chara gugup. Selalunya kemain rileks lagi dia mengurat atau usik laki dia ni. Ha ni dah kena tindih atas katil, dua-dua tangan ditahan ke kiri dan kanan sisi kepala, tiber member lemah semangat. Umpama jiwa dia keluar dari mulut , macam dalam anime Jepun.

Suho pun satu, ko buat camtu memang nervous lah anak orang tu, lagi-lagi member have no idea apa salah dia 😭.

Sudut bibir Suho tertarik. "Kenapa, awak takut ke?"

Diam. Hening. Chara membeku. Lidahnya terkelu.

Suho menghembus nafas perlahan, mencuba mengontrol emosinya. Perlahan dia bangkit, melepaskan kukungan.

Kesian pulak tengok isterinya yang manis tu 'terkejang 'di situ. Dia takde niat untuk mengintimidasi belahan hatinya tu, sumpah! Cuma yelah, orang jealous tau tak! Chara ni tak tangkap hint pulak 😩.

Suho menarik lengan Chara lembut, terdengar cicitan Chara yang halus.

"Now wifey, explain."

"Idol tu.. Muka dia iras kawan saya masa sekolah menengah.. Nama dia Yuta.. Saya rasa tu memang dia sebab saya tadi cuba cam mata dia.. Sebab itu je satu-satunya kriteria Yuta yang sama, tak berubah." Chara menggaru lehernya walaupun tak terasa gatal.

Suho melotot kaget.

"Yuta kawan awak si nerd? Yang kena buli dan ayah dia bawak ke Jepun?"

"Eh, awak tahu? Macam mana?"
Alih-alih menjawab, Chara bertanya kembali.

'Ha? Betul ke apa yang aku dengar ni?'

"Yaah! Chara dengar ni, even if si budak Jepun tu nakkan awak balik, jangan sesekali fikir awak boleh pergi, saya takkan lepaskan awak. I'm your one and only husband. Dulu, kini, selamanya, sampai syurga!"

Lenyap sudah imej cool Suho yang dipasang selama ni, cemburu punya pasal.

Jap, cemana dari dulu kau dah jadi husband Chara, lahh ghisau 😂.

"Ung?" Manik hijau itu terlihat keliru, mengerjap beberapa kali.

"Eeee, jangan nak buat muka comel tu time2 macam ni ea, takde-takde, awak saya punya, saya dah cop, dah kunci, tiga kali pusing!"

Suho membebel macam mak-mak, sambil bercekak pinggang. Tetap memandang Chara yang duduk di pinggir katil.

"Suho, tenang dulu wak. Apa maksud awak dia mahu saya balik? Kitorang kawan rapat, itu je. Saya tak pernah bercinta dengan dia."

"Tapi dia have crush on awak kan? Nanti kalau dia jumpa awak, dia nak culik awak dari saya, tak boleh tak boleh!" Ujar Suho frustasi. Bagai anak kecil, Suho menginjak-injak kakinya ke lantai. Ada takungan air jernih dalam matanya.

"Wak, Yuta tu gay."

"................."

"Kalau kita jumpa dia, mungkin dia suka awak, bukan saya."

"................."

"Kenapa dalam mimpi saya dia tak gay? Dia siap nak rampas awak dari genggaman saya?"

"Mana saya tahu wak, tu kan mimpi awak."

"................."

"Eeee, ni semua salah awak Chara. Siapa suruh perfect sangat? Lain kali kalau dah cantik tu, cantik jelah. Tak yah nak mengada sangat. Ni dah lah cantik, pastu baik, pastu sopan, pastu manis, saya insecure tahu takkkk 😭".

Suho benar-benar menangis sekarang. Chara bingung sebenarnya, tapi dia cuba bertindak pantas. Dia memeluk Suho, kepalanya terbenam di perut lelaki itu. Posisi Suho yang berdiri, memaksa Chara sedikit merapat.

"Shh.. Tenang sayang... Dengar ni suami saya Suho.. Saya tak pergi mana-mana.. Mana mungkin saya tinggalkan awak sedangkan awak lelaki pertama yang saya cinta.. Mana mungkin saya berpaling di saat hati saya dah terpaut erat pada awak.. Mana mungkin saya lupa segala kenangan yang kita lalui walaupun masih baru dan sedikit.. "

Mana mungkin ~ selimut tetangga, hangati tubuhku ~ dalam kedinginan.. Okay abaikan author.

"Dan awak tahu, sang tampan? Masih banyak perkara yang saya nak kita lakukan bersama.. Saya nak cipta memori dengan awak.. Hanya awak.. Bukan dengan orang lain.. Kita berlabuh perlahan pun tak apa.. Asalkan kita tahu menikmati setiap detik kita bersama.."

Member dah tersedu-sedan, kena pujuk dengan isteri, siap pakej puk-puk dekat belakang.

"Hiks, hiks.. janji ea, jangan tinggalkan saya?" Suho mengangkat jari kelingking ke udara.

Chara menggeleng.

"Tak, saya tak nak janji. Sebab semua orang boleh berjanji. Biar saya buktikan kata-kata saya dengan perbuatan."

"Huwaaaaa!!! Tak kira, janji dulu! Pinky promise dengan saya! Ple- please?"

Chara menahan senyum, alahai anak siapa ni bikin gemes!

"Iya, iya, okay sayang, kekanda, pujaan, pemilik hati saya. Saya, Chara Charcules, janji takkan tinggalkan awak selagi ada daya upaya saya. Sekarang dah happy?"

Suho angguk-angguk. Comel hawau!

Jemari indah itu menelusuri wajah kacak sang suami, menyeka air matanya.

Kemudian dia bangkit, menghadiahkan sebuah ciuman pada dahi Suho. Turun ke kedua-dua belah kelopak mata Suho, hidung, pipi, dan akhirnya mulut. Hah kau, nah, ambik semua.

"Chara.. tadi..Saya tu.. dari dapur.. nak panggil awak.. Nak tunjuk awak brownies yang saya buat.. "

"Ouh iyeke? Woah, bak saya nak rasa. Jom kita pergi dapur, saya tak sabar ni nak cicip hasil buatan awak." Chara senyum lebar, matanya berbinar teruja, menatap Suho dengan bahasa tubuh yang antusias. Membuatkan Suho yang baru recover dari sedih, terpana. Kini Suho pula yang memberi tatapan memuja, penuh cinta.

"Tapi.. Kita makan nanti lah ea, tunggu sejuk. Apa kata kita buat benda lain dulu?"

"Hurm? Kita nak buat apa?"

Suho tersenyum nakal.

"Kita buat baby, hihihi."

Katanya seraya menjatuhkan tubuh langsing isterinya ke katil.

Okay, mari kita biarkan pasangan yang masih dalam fasa bulan madu ini melakar kisah cinta mereka.

Married with a stranger (Suho EXO ff)Where stories live. Discover now