Di studio tarian EXO
Usai latihan, keluarga EXO (sebab moto EXO kan We are one, so author gelar mereka famili.) berehat sambil membuat hal masing-masing. Sebaek (Sehun & Baekhyun) sedang bergurau senda sesama sendiri. Kemudian, mereka berdua kehausan lalu mencapai minuman di penjuru bilik. Sehun yang sedang menghirup bubble tea tersedak ketika Baekhyun menggigit lengannya. Baekhyun tersenyum tak bersalah sambil menunjuk ke arah ketua mereka. Suho merenung lantai, ia nampak susah hati. Si vokalis utama bangun mendapatkannya.
"Hyung, entah aaapa yang merasukimu~ hingga kau tega mengkhianatiku yang tulus mencintaimu~" Baekhyun duduk di hadapan Suho yang sedang mengelamun, memancing reaksi Suho. Tiada respons. Si maknae Sehun turut mendekati.
"Wae hyung? Muram je..Pasport hyung tenggelam dalam runtuhan salji lagi ke?" Baekhyun melawak lagi, cuba menarik perhatian Suho. Runtuhan salji yang dimaksudkan ialah timbunan pakaian Suho dalam bilik yang tak sempat dilipat. Suho ni aish, suka sangat sepahkan barang. Pastu bila barang hilang, mulalah dia mencari gali. Sebab tu sekarang Suho tinggal berasingan dari ahli EXO. Sebab cara hidupnya terlalu unik untuk dimengerti dan difahami. Itu kisah dulu..sekarang Suho dah pandai urus bilik sendiri.
"Tak..hyung..urm..arhhh stressnya!" Suho menarik rambut sendiri. Yelah takkan nak tarik rambut Baekhyun, karang si happy virus jadi angry virus melihat crushnya disentuh.
"KaiSoo, XiuChen, Park Yoda! Mai sini sat. Hyung kita ada isu." Nyut nyut nyut.. bunyi gesekan kedengaran di lantai tatkala hampir semua ahli mengengsot ke arah tiga pemuda yang terhangat di pasaran.
"Ahh waeeeeee?" Soal Chen yang famous dengan mulut kucing dan mata dinasournya.
"Kenapa hyung? Tak mau sedih-sedih, tak best macam ni.." Chanyeol si tinggi galah menggosok-gosok kepala dan belakang Suho, berharap ia menjadikan Suho berasa lebih baik. Berkesan ke? Entah..
Dengan Suho bolehlah. Tapi kalau Kyungsoo yang kau sentuh, mahunya Satansoo yang keluar. Jangan pandai-pandai kau buat skinship dengan D.O, dia tu unpredictable."Tell us, hyung. We are listening." Kai berkata.
"Betul tu. Luahkan Suho, jangan pendam. Kita kan brotherhood selamanya." Ujar Xiumin pula. Xiumin je yang tak panggil Suho hyung, sebab dia yang paling tua, walaupun wajahnya keanak-anakan. (Even author pelik dengan Xiumin ni, he's never aging, dia ni vampire ke?)
Suho menarik nafas panjang.
"Hyung..kena kahwin..""Whattt??"
"Omooo!"
"Daebak!"
"Jinja?"
"Ehhh"
"Woah!"
Serentak itu, pelbagai reaksi famili EXO bertembung menjadi satu, membingitkan telinga dan memeningkan kepala. Tiba-tiba..
"Dengan yeoja ke hyung?"
Semua mata memandang ke arah Sehun. Pandangan Kyungsoo paling menakutkan, seolah-olah boleh tembus badan Sehun. Si pelontar soalan terasa serba salah.
"He..hehe..saja je gurau." Dia mengurut leher yang tak rasa sengal.
Suho tersenyum pahit seraya mengangguk.
"Tapi..hyung tak kenal dia. Tak tahu apa-apa pasal dia. Mama yang uruskan semua."
"Pasal tu ke hyung susah hati? Takut yeoja tu tak ngam dengan hyung?" Kyungsoo bertanya.
"Tak jugak..hyung dah terima takdir hyung..Siapa pun dia..hyung akan cuba serasikan diri..Cuma.."
"Jadi apa yang hyung risaukan?" Chanyeol mencelah.
"Hyung..risaukan korang. Kalau hyung kahwin nanti korang macam mana? Tak apa ke? Hyung takut korang rasa terabai. Kalau korang tak suka dengan yeoja tu, hyung nak buat apa?"
Suasana sepi seketika. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Tiga setengah saat.
Slurrpp!! Nyum, nyum, nyum~
Semua menoleh ke arah Sehun yang sedang rileks menikmati bubble tea. Satansoo mencubit pinggang si rambut oren.
"Auch auch, ampunnnn D.O hyung". Teriak Sehun kesakitan. Baru ada akal kau ye. Dasar budak manja.
"Erk, kenapa kitorang pulak dibahaskan ni?" Kai terkonfius.
"Suho..aku faham..Memang EXO nadi kamu.. Memang kami ni kepentingan kamu..Tapi dalam hal ini..Utamakan diri kamu dulu, jangan fikirkan kami." Lembut Xiumin bertutur.
"Hyung, janganlah bebankan diri fikirkan penerimaan kami..Kami okey, kami dah besar. Kitorang setuju jelah kalau hyung kahwin. Lagilah kitorang lega. It's good having someone by your side, taking care of you forever. " Jejaka telinga capang meyakinkan.
"Yup..Selama ni hyung dah banyak berkorban masa, tenaga dan duit jaga kami. Bagi kami kasih sayang dan awasi kami, now it's your turn to be happy." Baekhyun senyum ceria.
"Aah..lagipun hyung yang nak kahwin.." Kai membuka mulut.
"Yang penting hyung, yeoja tu yang kena dapatkan approval hyung..bukan kitorang.." Giliran Chen bersuara.
"We always support you. Whatever it is, we still together." Xiumin menutup bicara. Semua mengangguk.
Suho kian terharu, dia menatap wajah keluarga EXO satu persatu. Air matanya bergenang.
"Terima kasih..untuk segalanya."
"Kenapa hyung memasalahkan benda yang bukan masalah ni? Hyung ni sukalah living the hard life. Yang penting lepas ni, hyung akan tetap teman saya tidur kalau saya datang rumah hyung macam selalu..Sebab saya kan penakut.. Hehe.." Baby of the family bersuara lagi.
Teka siapa yang merasa tusukan siku D.O,
tepat pada rusuk kiri,
dan terpaksa dipapah pulang pada hari itu?
Yep, you got it.
Nota penulis : Suho selfless, always put others before him. Baiknya hati Suho yang selalu fikirkan keluarga EXO 😭😭😭
YOU ARE READING
Married with a stranger (Suho EXO ff)
FanfictionSuho ada kehidupan yang hampir sempurna. Figura yang tampan. Masa depan yang terjamin. Kerjaya yang gah. Populariti yang mencurah. Penyokong yang ramai. Duit yang melimpah ruah. Namun tidak semena-mena mama menyuruhnya kahwin. "Can we love a strang...