"Junmyeon, kamu tu dah kahwin ni, jangan lupa balik rumah pulak. Kalau asyik bermalam kat studio je, nanti kesian Chara bosan. Jangan buli dia tau, lepas tu rajin-rajinlah belikan dia hadiah, duit berkepuk-kepuk tu nak simpan buat apa, bukan boleh transfer kat alam barzakh pun". (Wahh pandai mama Suho mention alam barzakh ye😂).
"Chara jangan lupa habiskan duit suami kamu tu. Dia dah carik duit, biar kamu pulak belanjakan, haa barulah balance gitu."
Kuat betul suara mama Suho, walhal mereka berlima (Papa Suho, mama Suho, abang Suho, Suho & Chara) duduk semeja. Tapi macam ler jarak mereka berbatu, bingit telinga dibuatnya.
Mama Suho memang macam menjerit kalau bercakap. Bayangkanlah, dia berbisik pun, dua row belakang boleh dengar. Agaknya masa kecik dia tertelan speaker.
'Aduh mama ni.' Mental Suho koyak.
Chara tertawa menampakkan barisan giginya yang rapi. "Baiklah ma, nanti Chara ajak mama shopping ye," Ujarnya menunjukkan thumb up.
"Mulai hari ini kita sekeluarga, jangan segan-segan datang sini ya, nanti mama kenalkan kamu dengan biras kamu. Dua minggu lagi dia balik. Dia join rombongan sukarelawan dekat Sudan sekarang ni, pastu nanti ke Busan pulak. Banyak nau charity dia dah pergi. Greece, Georgia, Mongolia, Filipina. Mama syak dia bosan sebab abang ipar kamu selalu busy, hahaha padan muka suami dia ni." Bergegar seisi ruang makan apabila mama Suho gelak sambil tepuk-tepuk meja. Ish ish ish anak sape lah terlebih gula nih.
Merah padam telinga Suho menahan malu. Yelah, mama suruh dia behave, alih-alih mama pulak yang tunjuk true colour awal-awal. Dia mencuri pandang ke arah isterinya. Nasib baik reaksi Chara tak janggal, dia nampak gembira dan terhibur.
"Ohh nanti kalau Chara bosan, Chara dah tahu nak buat apa. Boleh ikut kakak pergi travel."
Mujurlah Chara just play along with her mom's behaviour. Suho boleh menarik nafas lega di situ. Sesi makan malam berlangsung dengan rancakya sebab mama Suho watak utama. Kadang-kadang dia bercakap sampai dah jadi rap. Suho dan abangnya hanya pasrah bila jadi sasaran 'membahan' oleh mama mereka. Mereka tahu mama mereka tak normal. Sabar jelah.
"Maaflah mama saya macam tu, dia tu memang meriah sikit." Kata Suho ketika mereka berdua masuk ke dalam kamar.
"Haha tak apa..mama awak selesa jadi diri sendiri.. Itu maknanya dia ikhlas dan jujur..Saya suka cara mama awak, dia menghidupkan suasana. Mendiang keluarga saya dulu pun macam tu, saya dah biasa. Awak tak perlu risau apa-apa." Chara meyakinkan Suho bahawa dia baik-baik saja.
Of course lah baik, dapat mak mertua yang sporting is better than mak mertua yang cerewet kan?
(Actually author pun selalu risaukan hal ni, I wish dapat bakal mak mertua yang tak strict sangat. Sampai satu tahap terfikir nak kahwin dengan anak yatim biar xde masalah ni😅).
"Lagipun tadi saya sebenarnya nervous sangat nak jumpa keluarga awak. Bila mama awak buka mulut, terus hilang rasa gugup saya."
"Iya? Baguslah kalau awak fikir macam tu. By the way.. awak nampak cantik sangat siang tadi." Mendatar saja suara Suho, nak puji isteri sendiri tapi segan la pulak!
"Hihi iyeke..Terima kasih awak, saya berbangga dapat compliment dari idol hebat macam awak. Saya mandi dulu, ne?" Chara menanggalkan anting-anting dan aksesori lain. Suho angguk seraya berkata,
"Okey wifey. Jangan lama-lama, nanti saya rindu." Fattah Suho cuba membungakan suasana. (Apakah ayat ini😂😂).
Chara hanya tergelak kecil lalu memicit lembut hidung Suho.
"Okay hubby, saya akan selesai sebelum rindu awak terasa menyesakkan dada."
Wah boleh tahan cheesy kau orang ye. Takpelah, dah namanya kekasih halalkan.
Nota penulis : Segan lah pulak tulis sweet2 ni, tapi demi ff Suho yang disayangi, saya cuba. Terima kasih para pembaca🌷.
YOU ARE READING
Married with a stranger (Suho EXO ff)
FanfictionSuho ada kehidupan yang hampir sempurna. Figura yang tampan. Masa depan yang terjamin. Kerjaya yang gah. Populariti yang mencurah. Penyokong yang ramai. Duit yang melimpah ruah. Namun tidak semena-mena mama menyuruhnya kahwin. "Can we love a strang...