Di mana tempat yang paling selamat untuk pertemuan penting dan seperibadi ini? Mujurlah pak cik Suho memiliki sebuah kafe, ia menghentikan operasi pada hari tersebut demi anak saudaranya yang fabulous itu. Apa ada hal, kafe tutup pun tetap ada income. Suho payung. Hihi. Perk of being a rich man. (Siapa tengok drama Rich man kita geng 😉). Suho menanggalkan mask dan Ray ban hitamnya setelah ia masuk dari pintu belakang.
Terdapat beberapa sajian terhidang di atas meja, namun Suho tidak mengendahkan. Sukar untuk Suho bertenang kerana berasa gemuruh. Sesekali Suho melirik jam di dinding (terus berdetak ahhh). Hawa sejuk dari penyaman udara menemani keberadaannya, menambah keresahannya.
"Annyeonghaseyo, Suho-ssi." Pemilik suara itu berada di hadapannya, tersenyum sambil memberi tunduk hormat. Kemudian dia menarik kerusi dengan cermat, mengambil tempat bertentangan Suho. Suho membetulkan duduknya, menegakkan postur tubuh.
"Jemput minum dulu, cik. Sementara teh masih hangat." Layaknya seorang gentleman, Suho menuangkan minuman tersebut. Asap daripada teh anggur yang dituang ke dalam cawan itu berkepul ke udara. Si gadis mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.
(Nota : Gadis itu mengenakan pakaian seperti gambar + cermin mata nerd bingkai hitam. Abaikan api dalam pic).
"Suho-ssi, saya agak awak belum tahu apa-apa pasal saya, ne? Jadi saya akan bercakap tentang diri saya sikit, is that okay?"
"Sure, you can talk first, miss." Suho mempersilakan setelah beberapa detik berlalu di antara mereka, diselangi hirupan perlahan.
Melihat anggukan Suho, gadis itu menarik nafas panjang lalu memulakan bicara.
"Saya Kim Chara Charcules, ayah saya dari New Zealand dan mak saya Korea campur Filipina (Dasar fantasi punya penulis, nak mix lebih2😅)."
'Woah, mama pilih gadis kacukan? Tingginya taste. Aku ni pun pure Korean je.' Desis hati Suho.
"Saya berumur 23 tahun. Bekerja sebagai promoter OutfitOfTheDay di Jalan Oneul. Flat saya berdekatan situ."
(Author main tulis je nama tempat😂).
Saya jalani kehidupan ringkas. Hobi saya membaca dan bersenam. That's all about me. I'm sorry that's nothing really interesting about me to share with. ""How about your family? Awak duduk dengan parents? Got any siblings?" Soalan Suho membuatkan Chara terdiam seketika.
"Sebelum ni..iya. Saya serumah dengan mak ayah..Saya ada adik kembar perempuan dan adik lelaki. Tapi sekarang saya sebatang kara. Keluarga saya dah meninggal dalam kejadian rompakan empat tahun lalu. Masa tu saya terselamat sebab saya tak ada kat rumah."
"Er..maafkan saya. Saya tak bermaksud.." Suho menggosok-gosok belakang kepala, terasa serba salah.
"It's okay, you just curious." Tulus Chara mengulum senyum, pandangannya redup. Kemudian ia menyambung,
"Suho, kalau awak tak kisah..boleh saya tanya beberapa soalan?" Suho menunjukkan isyarat okey.
"Awak okey ke saya akan jadi isteri awak? I know this is an arranged marriage, I just need you to be honest.
Sebab Suho..saya tak mahu awak terima saya secara terpaksa..hanya sebab mama awak. Hati dan perasaan awak pun saya kena jaga..Awak pun manusia, pandangan awak penting pada saya. So tell me how you feel.Maksud saya, kalau awak sebenarnya tak mahu teruskan, atau awak dah ada pilihan hati, we can figure out the way. Because my concern right now is you, you can say whatever in your mind, Suho-ssi."
Minda Suho menyusun kata sebelum ia bermula,
"Saya.. sebenarnya belum bersedia bila mama suruh kahwin. Sebab saya banyak celanya. Saya masih clumsy urus diri sendiri, jadi saya risau nak ada isteri. I means, isteri akan jadi teman seumur hidup. I never have a love experience. Macam mana kalau.. awak tak berkenan dengan cara saya kemudian awak nak pergi.. itu yang menjadi kerisauan saya. I can give my best and do harder but, what if I mess this up? I'm so damn afraid. But as I thought deeply about it, I guess I should give it a try anway."
Dia bertutur dengan hati-hati, cuba menjelaskan sebaik dan sejujur yang boleh. Panjang lebar ucapan Suho, namun dia rasa sedikit tenang kerana dapat memberitahu Chara mengenai apa yang ada di fikiran.
"Thank you for stating the truth, Suho. So.. you will give a chance for us right?" Lembut Chara bertanya. Suho mengiyakan.
"We can be friends first.. no need to rush. Kita boleh saling mengenali sepanjang tempoh kita jadi suami isteri. Selalu beritahu saya apa yang awak rasa, sebab saya nak awak selesa. Awak kan busy sebagai idol.. Kerja awak tak mudah, jadi saya tak mahu buat awak susah hati.. Ne?" Sepasang mata bundar itu bersinar lagi.
"Thank you," Tanpa sedar senyuman Suho merekah.
"Thank you too."
Perbualan Suho dan Chara pun berlarutan. Dalam diam, Suho lega kerana interaksi mereka berdua berjalan lebih lancar daripada yang dijangka. Syukur pada Tuhan.
Nota penulis : Nak saya lanjutkan lagi ke part ni atau ini dah cukup panjang? Okay lah ni kut. Haha sendiri tanya, sendiri jawab, sendiri gelak. TQ singgah🌷.
YOU ARE READING
Married with a stranger (Suho EXO ff)
FanficSuho ada kehidupan yang hampir sempurna. Figura yang tampan. Masa depan yang terjamin. Kerjaya yang gah. Populariti yang mencurah. Penyokong yang ramai. Duit yang melimpah ruah. Namun tidak semena-mena mama menyuruhnya kahwin. "Can we love a strang...