2020 part 16

151 6 0
                                    

Azlan

Balik dari rumah Dayah tu, aku rasa mengantuk, dan aku cakap pada Merlina yang aku nak tidur di dalam bilik peta aku kejap, sebab tingkap bilik peta menghadap ke arah timur, jadi waktu petang, cahaya matahari tak terik sangat berbanding di bilik tidur aku.

Kalau kau dah makan rendang, makan ketupat, makan lontong, makan kuah kacang, confirm kau mengantuk punya.

Jadi aku bukak sampin aku, kemudian aku buka baju Melayu aku, lepas tu aku mandi.

Lepas mandi, aku pakai seluar pendek serta jersi Liverpool zaman Kenny Dalglish yang aku pakai sejak aku remaja. Aku pasang aircond, kemudian aku bakar lilin berbau lavender.

Aku lelap ni, aku bangun sebelum Asar. Dalam dua jam lagi.

Semasa aku siesta (tidur petang) tu, aku lelap tak sampai sepuluh saat lepas aku letak kepala aku atas bantal.

Aku mimpi aku memakai baju Melayu songket emas siap tengkolok emas, dengan baju layang Melayu berwarna kuning. Di pinggang aku ada keris.

Aku seperti berada di dalam sebuah istana yang telah lama ditinggalkan. Aku rasa ia adalah sebuah istana berdasarkan perhiasan mewah di sekitar ruang masuk ke dalam istana itu.

Tetapi keadaan istana itu gelap, seperti sudah lama tiada orang. Keadaan penuh habuk, dan permaidaninya telah koyak-koyak, seperti dimamah tikus.

Sebaik sahaja aku berjalan masuk menuju ke balai rong istana, aku dengar bunyi gendang, diikuti bunyi nafiri dan gong.

Ini bunyi lagu nobat ni.

Bulu roma aku jadi meremang. Aku jadi ketakutan, kerana apabila aku berada di dalam ruang balairong itu, aku perhatikan tidak ada orang, namun bunyi nobat itu semakin kuat.

Aku berdiri di atas takhta, kemudian aku mendengar suara orang yang cukup ramai, melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Allahuakbar' sambil bunyi gendang dan nafiri itu semakin kuat.

"Azlan, sempurnakan takdirmu sebagai pemerintah agung negeri ini. Carilah Pak Nayan, ketua pemain nobat istana."

Aku terjaga dari tidur, dan aku tengok jam, aku hanya tidur dalam masa 10 minit. Aku perasan aku dah tertidur macam berjam-jam lamanya.

Pak Nayan ketua pemain nobat istana? Macam mana aku nak cari dia ni? Dia hidup lagi ke ni?

Jugra masuk ke dalam bilik peta, sebab nak ambil laptop dia.

"Daddy? Daddy okay tak ni?" tanya Jugra.
"Tak ada apa. Daddy ada mimpi yang pelik."

Aku termenung memikirkan tentang mimpi tu sampailah azan Asar berkumandang.

--

"Betul ke daddy hantar korang pergi Goryeo Utara?" Jugra tanya Mili dan Alif.
"Haah. Enam bulan kena duduk kat sana."
"Kepala hotak dia enam bulan kat sana? Buat apa benda?" tanya Jugra.
"Maaf, Jugra. Saya dan Alif dah angkat sumpah tak boleh beritahu sesiapa pun tanpa kebenaran Tuan Pengerusi."

Jugra garu-garu kepala.

"Goryeo Utara wei! Pishang korang nanti. Kalau Goryeo Selatan takpe lagi," kata Jugra.
"Bukan awak ke dulu yang tak suka Goryeo Selatan?" tanya Mili.
"Goryeo Utara negara apa wei. Menakutkan je."
"Rileks la, nanti bila dah siap benda tu, kau akan suka punya."
"Hah?" Jugra terkejut.
"Jangan cakap la apa benda tu, Alif. Kan kita dah angkat sumpah," kata Mili.

--

Fazrul, Marina, Mili dan Alif berjalan menuju ke lapangan terbang dan menaiki kapal terbang yang disewa khas.

"Kita akan mendarat di Beijing, kemudian kita akan naik keretapi menuju ke Pyongyang, dalam masa satu hari. Sekarang ni, sebab COVID, dorang tutup sempadan. Tapi kita dah request dengan Kim Yo-jong. Di Beijing nanti ada sorang lagi budak hacker dari Iran. Kitorang hantar sampai stesen keretapi Beijing je, lepas tu korang bertiga nanti pandai-pandai la masuk sana," kata Fazrul.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now