2021 part 13

141 8 0
                                    

"Baby! You balik jugak hari ni!" kata Iman bila Alif tiba di pintu rumah penthousenya. Dia masih panas hati lepas kena reject dengan Rachel walaupun dah bagi sebuah kereta Ferrari.

"Orang KKG dah clear rumah ni dah?" tanya Alif.
"Of course lah! Dorang satu hari clearkan rumah tu, so I tidur hotel semalam. Benci betul lah, kena kuarantin. Boring!"
"Kan ada PS5, berlambak game kat situ. Takkan boring lagi? Netflix lagi."
"I boring sebab takde you!" kata Iman.

Alif terus on PS5, dan main game. Malas nak layan Iman. Dia nak hilangkan stress dia lepas dia dimalukan oleh Rachel sampai begitu depan Jugra.

Telefon Alif berbunyi.

"Yo Juggie!"
"Kau marah ke aku ambik kereta Ferrari tu? Aku message, kau tak reply."
"Takdelah, tadi aku tengah drive. Aku tak nak dah kereta tu. Aku baru order Lamborghini Diablo ni. Custom made. Kau nak pakai kereta aku tu, kau pakai la."
"Tak nak la. Daddy tak bagi aku bawak. Daddy suruh aku pulang balik kereta tu kat kau."
"Asal?"
"Dia cakap aku tak jaga hati kawan kalau aku bawak kereta tu."
"Hekeleh, relax la. Kau bawak ke, aku bawak ke, tak kisah pun. Kau kan bakal abang ipar aku."
"Kau kat rumah sorang je ke tu?"
"Ada orang."
"Awek la tu."
"Heheh! Asal?"
"Sajalah tanya. Betul, kau tak marah dengan aku?"
"Yeee, kau tu anak Tuan Pengerusi. Gila ke nak marah kau. Karang kena tulah nanti, padan muka."
"Ni bukan kira aku ni anak daddy. Ni kira kita brotherhood sejak kecik lagi."
"Yeee, kita brotherhood la. Kau ni, sejak dah nak bertunang dengan kakak aku tu, perangai pun dah macam kakak aku. Entah mende-mende. Chill sudah!"
"Orait geng. Assalamualaikum. Jumpa besok!"
"Okay chow!"

--

Hari ni Rachel shoot video untuk content YouTube terbarunya, iaitu nak buat tomyam udang. Jadi dia terkial-kial kopek kulit udang dan buang urat hitam belakang udang dengan gunting.

"I think you need a helper," kata Natasha, cekak pinggang.
"Mommy nak tolong Rachel siang udang ke?"
"Oh nooo, mommy memang tak pandai masak. Maksud mommy, you kena hire orang sorang. Therefore you tak payahlah udang, sayur, ayam ni semua you yang potong, kamera pun you kena setting, lepas tu video pun you nak kena edit. Sementara tengah lockdown ni boleh la. Nanti dah open balik business, restaurant you tu siapa nak manage?"
"Ye tak ye jugak ya? That's why la mommy ni jadi the best Prime Minister ever!"
"Ye ke? Mommy ingatkan Rachel nak cakap daddy tadi."
"Daddy Pengerusi, okay. Lain level."
"Why not you tanya budak yang deliver makanan tu, siapa nama dia?"
"Nama dia Azam, tapi orang panggil dia Nyco."
"Why not you tanya Nyco, nak tak job ni?"
"Agak-agak, berapa bayaran yang agak decent untuk seorang yang handle bab video ni?"
"Tanya Aunty Mer lah. Or Jessie."
"Thank you for your advice, mommy!"
"Mommy nak rasa sikit nanti!"
"Alright, mommy!"

--

Azlan dan Julia dua-dua fokus menghadap laptop sambil main game Jailbreak dalam Roblox.

Jugra dan Mili hanya gelengkan kepala bila tengok perangai Azlan yang main game budak-budak bawah 12 tahun dengan penuh khusyuk.

"Alaaaa, Awal! Jangan hampakan Uncle!"
"Uncle, jangan pergi ke arah itu, Joshua ada di situ!"
"Alamak, uncle sangkut la!"
"Haha, daddy kalah!"

Azlan tersengih bila Julia kata begitu, kemudian dia tengok jam.

"Okaylah, Julia. Daddy ada kerja ni. Lagi satu, pesan pada Ashanti, Joshua, David, Bala, Kak Nilam semua, lepas semua dah vaksin, daddy nak buat gathering Roblox Gelanggayu. Lepas tu, Julia design la custom display tu, jual lah, boleh dapat Robux lebih sikit."
"Okay, daddy! Daddy, belanjalah Julia Wobux!"
"Kejap, daddy bagi 20,000!"
"Yaaayy! Thank you daddy!"
"Dah, daddy nak pergi kerja ni."

Azlan berjalan menuju ke dapur, dan nampak Jugra dan Mili mencebik.

"Kenapa daddy main Roblox? Macam budak-budak je," kata Jugra.
"Umur daddy ni, apa game sekalipun macam budak-budak. Zaman daddy dulu budak-budak main guli, main gasing. Kitorang tak main PS5 macam Jugra. So, sebelum nak kata daddy macam budak-budak, nampak tak kat tepi tu ada apa?" Azlan tunjuk ke arah cermin.
"Cermin?"
"Yes. Umur dah 21 tahun pun pakai baju Transformers, ada hati nak sound daddy macam budak-budak. Dasar monyet dark satanic of infinite darkness! Mili, ikut aku ke rumah nombor tiga. Ada meeting dengan Dr Zamhuri."
"Errr, bbb...baik, Tuan Pengerusi!"

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now