2023 part 1

165 9 0
                                    

Azlan bercadang untuk menubuhkan Baitulmal Zakat Antarabangsa (IZB) yang akan beroperasi di dua ibu pejabat iaitu di Tun Iskandar Exchange di Kota Warisan dan di Makkah.

Cadangan Azlan ini digemari oleh Putera Muhammad, yang melihat ini sebagai satu cara negara-negara Islam membantu golongan miskin ketika ekonomi dunia sedang berdepan dengan krisis kebuluran.

Gelanggayu menawarkan $50 billion (atau 2.5% dari keseluruhan GDP), kemudian Arab Saudi pun tambah wang, diikuti Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman, Majapahit, dan negara-negara Islam yang lain.

Kemakmuran Gelanggayu menyebabkan ramai umat Islam terutamanya dari negara-negara miskin Timur Tengah dan Afrika mahu datang ke Gelanggayu. Negara seperti Pakistan, Bangladesh dan Majapahit pun ramai ke sini.

Namun syarat utama untuk bekerja di Gelanggayu ialah wajib mahir berbahasa Melayu. Maka kelas-kelas bahasa Melayu mendapat sambutan di negara-negara ini.

Pun begitu, disebabkan ada sayap Parti Pertiwi serta komponen tentera yang berpegang kepada pemikiran Ali, imigran ditapis dan dipantau agar tidak mengganggu gugat kepentingan orang Melayu di sini.

Polisi imigresen yang tidaklah seketat Ryukyu atau Goryeo Selatan, tapi tidak selonggar Amerika atau Australia.

Rancangan TV seperti Udin dan Idin, filem epik arahan Art Ardan berjudul Sang Juragan, lagu popular Bahasa Melayu campur Arab Mesir, Casablanca, serta bermacam-macam kuasa lunak (soft power) mula menguasai rantau ini.

Di Turkiye, penggunaan e-wallet YouCanDuit menguasai 28% sektor e-wallet negara tersebut.

IZB bertindak seperti IMF, tapi sebagai alternatif kepada negara-negara Islam dengan bantuan tanpa riba.

--

1 Januari adalah hari lahir Alif dan Mili. Tapi cuma Mili sahaja yang ada di 2 Jalan Cendana.

"Mana Alif?" tanya Azlan.
"Entah," kata Mili, sambil menunggu kek untuk tiba di meja.
"Bukan ke tradisi sambut new year slash birthday korang memang dari dulu kat sini? Takkan dia lupa kot?"
"Biar je lah dia tu, Uncle Alan. Dia dengan perempuan la tu," kata Mili.

Kek hari jadi tiba, dibawa oleh chef Jalan Cendana.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Alif and Mili...."
"Tapi Alifnya tak ada?" tanya Julia.
"Happy birthday to you!"

Mili meniup kek dua puluh tiga batang seorang diri. Selalunya dia dan Alif yang akan potong kek sama-sama, kali ni dia potong seorang diri, dan dia suapkan kek ke mulut Jugra.

"Yaaayyy!"

Jugra mengetuk gelas.

"Saya nak buat birthday toast! Walaupun ini bukan budaya Melayu, dan walaupun dengan air teh lemon. Tahun ni adalah tahun terakhir saya dan Mili bujang!"

Semua orang bersorak gembira.

"Kami berbincang panjang pasal honeymoon kat mana, tapi sebab hari tu daddy pergi Iceland tak ajak kitorang, jadi kami bercadang nak pergi Iceland lepas kahwin ni!"
"Iceland tu part one. Ada part two!" kata Mili.
"Oh ya, part two, saya dan Mili nak ke Barbados, sebab Mili ada rumah kat situ."

Semua tepuk tangan.

"Chop, daddy nak menyampuk sikit, boleh?" kata Azlan yang duduk di kerusi rotan paling belakang.

"Silakan. You have your floor," kata Jugra.

"Hari tu masa daddy cadang pergi Iceland, siapa yang paling kuat membantah?"

"Jugraaaaaa!" ramai-ramai tunjuk ke arah Jugra.
"Siapa cakap daddy tak ajak?"
"Ye la, kau sebut Iceland tu, kitorang bayangkan tempat beku ada polar bear macam tu, siapa nak pergi?" jawab Merlina kat sebelah.
"Ada teknologi, tak nak guna. Research la dulu best ke tak tempat tu!"
"Eh, aku memang tak minat tempat macam tu," kata Merlina.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now