2023 part 7

155 9 0
                                    

"Sempat lagi kau beranak anak kedua rupanya, Jessie. Patutlah senyap je korang berdua ni," kata Azlan ketika melawat rumah ibunya.

Memandangkan Jessica dan Art Ardan beli rumah Natasha zaman muda, yang bersebelahan rumah Pengetua tu, maka selalulah mereka berada di rumah Faridah.

"Nama anak aunty Jessie ni siapa?" tanya Julia.
"Nama dia Alia Natasha."

Azlan naik kening.

"Sempena nama Aunty Nat ke?" tanya Azlan.
"Ye lah, yang pertama ni Syawal Azlan, panggil Awal. Yang kedua ni, Alia Natasha. Yang Alia tu Art yang cadangkan. Sebab Ali."
"Oh, macam tu," kata Azlan.
"Bila Jugra kahwin, Abang Alan?" tanya Jessica.
"23 April."
"20 haribulan, Legalize Day. 21, merdeka, 22 raya, 23 Jugra kahwin. Ya Allah, tak padat ke jadual macam tu, Abang Alan?"
"Nak buat macam mana, dah yang pilih tarikh tu pun dorang."

Faridah keluar dari bilik bila dengar suara Azlan.

"Ibu..." kata Azlan sambil salam cium tangan.
"Nenek!" Julia mengikut dari belakang.
"Ni, nak kahwin ni, bunga pahar apa tu semua dah buat ke?" tanya Faridah.
"Dorang nak kahwin simple-simple je."
"Aku tak faham betul orang muda ni. Makin lama makin nak minimalis bila nak kahwin. Akan datang agaknya kahwin pakai t-shirt ke jersi bola je lah. Makan maggi je, tak payah nak masak macam-macam kat tetamu," kata Faridah.
"Dah dorang yang nak kahwin, cara dorang la, ibu."
"Hmm, ye lah. Merlina kat Dubai lagi?"
"Ya, ibu."
"Nanti kalau Jugra dengan Mili kahwin, perempuan tu ada tak?"

Azlan tahu ibunya maksudkan Adilah.

"Ada, ibu."
"Dia boleh tengok anak dia, tapi tolong jauhkan dia daripada aku. Aku allergik."
"Ibu..."
"Aku takde masalah dengan Mili, tapi aku ada masalah dengan perempuan tu. Kau jangan lupa apa yang dia buat pada kau dulu."
"Alan tak lupa, ibu. Tapi dia kan ibu kepada Mili."
"Aku tau tu. Benda dah jodoh, aku tak boleh kata apa. Tapi, perempuan tu menyusahkan keluarga kita. Yom Puteh dengan Wan Demang ni, tak boleh sebulu."
"Habis tu Jugra tu pun keturunan Yom Puteh juga, ibu."
"Dia ada campur al-Daulah."
"Dia tetap cucu ibu."
"Aku tau tu. Aku dah cakap, aku takde masalah dengan pilihan Jugra. Aku ada masalah dengan perempuan tu je."

Azlan pandang mata Jessica. Jessica cuma angkat bahu je.

--

"Bukan apa, Abang Alan. Aunty Idah tu kan dah 79 tahun. Jadi dia dah masak sangat dengan perangai Kak Dila tu."
"Dulu masa Jessie kecik, dia rapat dengan Jessie kan?"
"Entahlah, Abang Alan. Jessie akui dulu Jessie memang suka tengok rancangan TV dia masa kecik dulu. Tapi bila dah tau perangai dia, Jessie pun susah nak maafkan dia."
"Cubalah sekali, lawat dia. Dia dah berubah."

Jessica lepaskan nafas yang berat.

"Kali terakhir Jessie jumpa dia, dia masih lagi jahat."
"Bila kali terakhir tu?"
"Entahlah, 2014 rasanya."
"Lama dah tu."
"Jessie dalam pantang lagi ni. Susah nak gerak mana-mana. Lagipun Abang Art tengah sibuk nak shooting filem baru tu. Nanti masa majlis kahwin Jugra, Jessie jumpalah dia."
"Ye lah. Jaga diri baik-baik, Jessie."

--

Dalam kereta, Azlan diam dan berfikir tentang bagaimana untuk membersihkan nama Adilah selepas beliau telah menjalani hukuman. Kalau boleh, dia tak mahu lagi nama bakal besannya itu diburukkan lagi.

"Daddy, kenapa semua owang tak suka dengan mak Kak Mili?" tanya Julia yang duduk di sebelahnya.
"Semua orang tu siapa?"
"Semua owang la. Nenek, Kak Jessie, lepas tu semua owang cakap dia jahat. Dia buat apa?" tanya Julia.

Azlan pandang ke arah anaknya.

"Julia, setiap manusia ada silapnya. Tapi bila kita buat silap, kita kena minta maaf dan kalau perlu dihukum, maka perlu berdepan dengan hukuman tu. Dan mama Mili dah jalani pun hukuman tu."
"Julia wasakan, Abang Alif tu ada pewangai mak dia kot. Hawi tu kan, dia jewit-jewit, lepas tu Julia cakap la, bising la, owang nak belajar. Dia maki Julia. Julia bewitahu mommy, lepas tu mommy mawah dia."
"Hmm, yang lagi sorang ni buat hal pulak."
"Ada ke patut Julia kena maki dengan dia, kat wumah Julia sendiwi pulak tu?"
"Dia minta maaf tak?"
"Dia minta maaf lepas mommy tekan-tekan kat laptop dia, tewus dia minta maaf."

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now