2022 part 3

171 10 1
                                    

Azlan

Aku dan Merlina, bersama keluarga mertua aku menghadiri majlis tahlil sempena kematian Pak Jamil. Kami berdua tak sempat untuk menghadiri pengebumiannya, maka datang majlis tahlil sahajalah.

Pak Jamil usianya dah sampai 96 tahun. Pak Jamil ni lebih kurang baya Pengetua kalau tak silap aku. Pak Jamil ni adalah generasi yang terakhir yang hidup pada zaman perang dunia kedua.

Ibu, Pak Hashim dan Mak Ayuni adalah generasi baby yang lahir semasa perang, sama dengan arwah ayah.

Pak Hashim pun semakin uzur, dan Merlina pun risau tentang keadaan tu. Aku cuma mampu pujuk dia, yang satu hari nanti kita semua pun akan tua dan akan mati, tidak ada yang akan abadi di dunia ini.

Pak Hashim duduk di kerusi roda, sambil membaca Yasin untuk bekas bosnya. Ayah mertua aku pun dah umur 78 tahun, baya-baya Joe Biden.

Selepas majlis tahlil, Pak Hashim duduk dengan aku dan Merlina di hadapan rumahnya di Katanning ni. Dia kata yang sebelum Pak Jamil meninggal, dia pesan pada aku dan Merlina untuk menjalankan upacara bersiram.

Dia kata, aku kena ambil tujuh kuntum bunga dari setiap negeri di Gelanggayu, dan tujuh gayung air dari punca air sungai di setiap negeri di Gelanggayu. Kemudian air dan bunga itu dicampur, dan disiram kepada aku dan Merlina, dan kami berdua duduk di bawah kain putih.

"Kenapa masa Norman dulu takde upacara ni?" tanya aku.
"Masa Aminul Rasyid pun tak ada. Kali terakhir ialah Jaafar," kata Pak Hashim.
"Kenapa Sultan Aminul Rasyid tak buat upacara ni, ayah?" tanya Merlina.
"Sebab dia tak percaya semua ni. Sebab tu sejak dia, keluarga al-Daulah jadi tunggang langgang. Lagi satu, sebab dia ni dah ditunggang oleh Yahya."

Aku dan Merlina faham.

"Kau kena buat benda ni. Masa bersiram nanti, baca selawat ketika jiruskan air ke arah kamu berdua. Selepas bersiram, waktu malam nanti, kamu berdua solat tahajjud meminta petunjuk kepada Allah bagaimana nak jadi khalifah untuk negara Gelanggayu. Bila kau dah lafaz ikrar, Pak Nayan dengan budaknya dah main lagu nobat, kau dah cium keris pusaka Sultan Muzaffar, maka sempurnalah istiadat dan bermulalah pemerintahan kau."
"Baik, ayah," kata aku.
"Ingat, Azlan. Pak Jamil sebelum dia meninggal, dia pesan kepada kau, jadi pemimpin yang adil untuk rakyat. Insya-Allah, keberkatan akan datang, dan kedaulatan itu akan kembali. Jangan salahgunakan kuasa. Jangan zalimi orang yang tak bersalah. Berat nanti kau nak menjawab kat Padang Mahsyar nanti."
"Insya-Allah, baik ayah."

Selepas singgah jumpa ayah mertua aku, aku pergi ke Perth, dan jumpa dengan dua orang Tengku tu.

Dania dah kahwin dengan seorang pengusaha galian uranium di kawasan gurun Australia Barat ni. Maka senanglah aku kawtim dengan Dania dalam urusan pembelian uranium selepas ni.

Danish pulak joint venture business dengan seorang lelaki lembut yang dah jadi transgender bernama Sujat. Entah business geng pelangi ni aku tak nak masuk campur. Asalkan kau bahagia.

Dari Perth, aku ke Melbourne untuk menonton pertandingan tenis Australian Open, atas jemputan seorang ahli politik dari Parti Buruh Australia (ALP).

Dekat Australia ni, sementara Scott Morrison dari Parti Liberal ni boleh dikatakan personal friend aku, tapi ibu ada ramai cable dari geng ALP ni sebenarnya. Tahun ni Australia ada pilihan raya, maka kalau ALP menang, senang aku nak uruskan pembelian banyak benda dari gandum nak buat roti, ke potassium untuk buat baja.

Jadi aku tak perlu import lagi potassium dari Rusia memandangkan Rusia bakal berdepan dengan konflik Ukraine. Dengan stabilkan baja dan bekalan makanan, maka masa inflasi melambung satu dunia nanti, Gelanggayu tak perlu berdepan dengan semua tu.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now