Entah berapa lama Hazim tidak dapat tidur di atas katil bertilam empuk. Tidak terkira, bahkan mungkin ribuan kali 'lemek' nipis yang melapisi belakang Hazim, di atas hamparan karpet yang agak keras.
Bilik sederhana besar yang dijadikan studio untuk menghasilkan video untuk media baharu, telah lama menjadi tempat tidur.
Bukan tidak ada bilik tidur yang selesa dengan katil dan tilam 'premium'. Tapi, mustahil bagi Hazim untuk tidur di dalam bilik tidur utama.
Selagi Lia tidak tidur, selagi itulah Hazim tidak dapat tidur.
Terdengar suara Lia menggoncang penghadang besi yang dipasang bagi memisahkan ruang utama dengan ruang dapur. Sebuah mangga dipasang kukuh.
Ruang dapur perlu dikawal rapi. Dapur adalah 'syurga' bagi Lia. Bahan-bahan untuk memasak yang tersimpan rapi di dalam peti sejuk, suka diselerakkan oleh Lia.
"Abang, Lia bawa lari bawang!"
"Abang, mana gunting dapur?.Tadi letak kat Sini."
"Mengapa tak lock ,grill tu?"
Inilah dialog biasa bila Lia memunggah dan melarikan barang dari peti sejuk yang terletak di bahagian ruang dapur. Miranda sudah tidak mampu menjerit lagi.
Suara Miranda bukan lagi asing kepada jiran-jiran.
***
Dua tiga hari ini Lia tidak tidur. Bermain sehingga Azan Subuh. Kemudian, tidur dengan nyenyak sehingga jam 2.00 petang. Bahkan, sesekali bangun pada jam 9.00 pagi dan bermain sehingga Subuh.Banyak usaha telah dibuat. Doa dipanjatkan kepada Ilahi.Lia tetap begitu.
Pernah, sekembali dari bercuti di CH, Lia tidak tidur selama seminggu. Membuka tingkap dan pintu. Menarik langsir jatuh bergelimpangan bersama kayu-kayu yang memegang langsir. Bukan sekali dua. Bahkan berkali-kali. Dibetulkan dan direntap berterabur semula.
"Besok ramai yang nak jumpa di klinik.Ahad biasanya sibuk." Ngomel Hazim sendirian. Tugasnya sebagai seorang doktor pakar di Klinik Pakar Hospital Sultanah Bahiyah ,dirasakan semakin mencabar.
"Ramai dah dapat aku bantu. Tapi, Lia ... Oh!", mengeluh Hazim berseorangan dalam bilik studio. Miranda tidur di bilik utama tetapi sentiasa terjaga secara automatik apabila terdengar bunyi kuat.Sudah bertahun begitu.
Bunyi barangan plastik disusun dan dijatuhkan dan suara ketawa Lia kedengaran. Jam sudah 2.00 pagi. Lia masih bermain.
Sesekali Hazim cuba masuk ke bilik tidur secara diam-diam ketika Lia fokus bermain. Cuba untuk merebahkan badannya di sebuah katil berehat di bilik persalinan yang bersambung dengan bilik tidur utama. Namun, Lia akan datang bersama bantal busuk , menghalau Hazim.
" Abah letih lah Lia...tomorrow abah kerja. Patient ramai. Lia tidak mengendahkan. Lia serang cakaran pada lengan dan badan Hazim. Mahu tidak mahu, Hazim terpaksa mengalah. Bergegas ke bilik studio.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceFairuz "Ah! apa sebenarnya yang telah berlaku?" Fairuz gagal memahami kenyataan yang tersedia di hadapan matanya. Selama ini sudah ramai ibu-bapa yang bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kanak-kanak. Kini akan menghadapi apa...