Kronik vs Mild

40 0 0
                                    

Fairuz bungkam. Kata-kata Dr. Irwan rakannya yang juga seorang Pakar Psikiatrik Kanak-kanak mahu sahaja dihumban jauh-jauh. Fairuz masih tidak percaya apa yang diperkatakan Irwan. Cadangan untuk mendapatkan pandangan dari pakar lain mengenai anaknya, turut dibantah oleh Miranda.

Beberapa jam tadi Fairuz membawa Najmi ke Klinik Pakar Kanak-kanak. Di unit Psikiatrik itu Najmi akan menjalani beberapa ujian.

"Based on the report, Najmi perlukan terapi di Operational Therapy Unit, lagi untuk speech delay juga perlukan therapy. You tahukan kanak-kanak yang ada disorder perlukan perhatian, perlu dibantu."

"Yup." Fairuz seperti melepaskan bebanan yang menekannya. Kepakarannya dalam bidang jantina kanak- kanak tidak mampu merungkai persoalan yang bersarang di kepalanya. Jika pesakit yang datang mendapatkan khidmat nasihat jantina, Fairuz adalah pakarnya.

"Anak you ni macam chronic," tutur Dr. Irwan setelah melakukan beberapa ujian terhadap Najmi.

"Chronic?"

"Disorder?"

"Yes, pervasive development disorder, tapi lebih specific menjurus kepada chronic, you name it ... severe," putus tutur kata Dr.Irwan apabila melihat Fairuz menekup tangannya pada muka.

"Oh no! Lahaulawala..." Hanya itu yang mampu diucapkan Fairuz.

"Autism with behavioral problems, severe ... Chronic?. Is that true?".

"You mean that my son is not mild autism or aspeger syndrome?" Bertalu-talu pertanyaan dari Fairuz. Dr. Irwan menggeleng-gelengkan kepala.

"Mild Autism or Aspeger Syndrome ... still OK. They can understand and process information. But not for the chronic." Ujar Dr. Irwan.

"Mozart, Temple Grandin dan ramai lagi adalah penghidap Aspeger Syndrome. Kumpulan penghidap Autism ini yang sentiasa dihebahkan oleh media massa. Mereka menjadi genius apabila semakin dewasa, mereka merekacipta, membuat penemuan baru, membimbing masyarakat and many more effort."

"Chronic Autism sukar untuk belajar. Mempunyai tantrum yang sukar diramal dan sentiasa perlu dibantu."

PasrahWhere stories live. Discover now