Bilik konsultasi yang terletak di tingkat 2 dalam bangunan Klinik Pakar Psikiatrik Kanak-kanak, Hospital Besar Kuala Lumpur sentiasa dikunjungi. Di sinilah tempat Dr. Fairuz berkerjaya, memberi khidmat nasihat dan mengesan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran adalah berkait dengan kelainan yang ada pada perkembangan seseorang kanak-kanak.
"Sekarang ni semakin ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Bukan sahaja masalah untuk menghadapi pembelajaran seperti lambat bercakap atau dipanggil 'speech delay', tetapi juga masalah berkaitan kendiri kanak-kanak itu," tutur Dr. Fairuz kepada Khalid yang datang bersama isterinya dan seorang anak kecil."Saya faham tuan doktor."
"Anak kami ni tak boleh bercakap hanya mengeluarkan bunyi sahaja yang tiada mempunyai makna, suka mengamuk tidak tentu pasal dan tiada respond apabila dipanggil," tutur Zakiah sambil Amy anaknya yang berumur empat tahun itu meronta-ronta minta dilepaskan.
"Kalau ikut rekod yang ada pada saya, anak puan telah menjalani ujian. Sampel darah telah diambil pada Februari lepas dan keputusannya adalah negatif untuk ujian Chromosome, ujian Down Syndrome," Dr. Fairuz membetulkan kedudukan bingkai cermin matanya kemudian menyentuh badan Amy. Amy memberi respon yang segera dengan mencakar lengan ibunya. Mungkin bimbang dengan perlakuan doctor itu.
"Selalu ke Amy macam ni?"
"Macam inilah doktor, dia bukan sahaja mencakar. Dia juga menggigit. Kita yang sedang berehat pun selalu kena gigit dan cakar," Khalid memberi penjelasan. Dr. Fairuz mengangguk tanda faham.
"Kanak-kanak begini biasanya cuba untuk menarik perhatian dengan cara tantrum, atau berkelakuan luar jangka. Menggigit dan mencakar adalah di antara cara yang mereka ada. Maklumlah secara nalurinya mereka faham bahawa mereka tidak boleh bercakap atau mengeluarkan perkataan yang boleh difahami oleh ibu dan ayah.
Secara tiba-tiba, pegangan Zakiah terlepas. Amy melompat dari ribaan dan berlari seperti lipas kudung ke arah alat-lat permainan yang disediakan dalam bilik konsultasi itu. Seorang jururawat datang dan cuba mengawal Amy. Satu hentakan menggunakan kepalanya dilepaskan pada sebuah meja berdekatan
"La haulawala ..."
"Macam nil ah perangai Amy," Khalid berjaya menangkap Amy dan memeluknya erat-erat.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceFairuz "Ah! apa sebenarnya yang telah berlaku?" Fairuz gagal memahami kenyataan yang tersedia di hadapan matanya. Selama ini sudah ramai ibu-bapa yang bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kanak-kanak. Kini akan menghadapi apa...