Permulaan

28 1 0
                                    

Januari, Musim Sejuk

Kotaraya Sydney yang terkenal dengan bangunan Sydney Opera House bakal dijejaki. Selama ini bangunan yang menjadi mercu tanda kotaraya itu hanya dilihat melalui siaran TV Australia. Sudah hampir tiga tahun, Miranda bermukim di Brisbane, Queensland. Sudah banyak tempat di bumi itu yang telah dijelajahinya. Sebut sahaja di mana, hampir semua tempat-tempat menarik telah dikunjunginya di bumi yang saiznya bersamaan 85% Eropah. Queensland (tanah ratu) adalah negeri yang ke-dua terbesar selepas Western Australia di Benua Australia.

"Ada pakej yang menarik sepanjang winter ni, elok juga kita ke Embassy, uruskan apa yang patut nanti tak ada masa ... busy," ujar Miranda pada suatu petang ketika mereka berada dalam sebuah taman awam yang terletak di pinggir Brisbane River.

"Elok juga," ujar Fairuz sambil melayan karenah Amyra yang meminta botol minuman. Keadaan taman tersebut agak sibuk dengan kedatangan pengunjung yang memenuhinya, bersantai sambil menghirup udara nyaman dengan tiupan angin lembut berhadapan Brisbane River. Seperti biasa feri-feri City Cat bersimpang siur menghilir mudik membawa penumpang.

"Kebetulan ada conference Oktober nanti. Uni boleh sponsor."

"Kita boleh grab peluang ni. Last week ayang ada bincang dengan Ruth dan dah submit pun paper untuk conference tu," terang Miranda mengenai rancangannya untuk mengunjungi Kota Sydney ketika musim dingin. Sydney Opera House, perlu ditakluki.

Sudah tiga tahun Miranda dan Fairuz bermukim di Queensland. Faiz menjalani pengajian Sub-kepakaran di Matter Hospital selama empat tahun dalam bidang psikologi kanak-kanak. Apabila tamat pengajian, Fairuz akan bergelar sebagai seorang pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur. Manakala Miranda turut mengambil kesempatan melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D dalam bidang kejuruteraan di Queensland University of Technology, yang terletak di pinggir Brisbane.

***

Penerbangan dengan pesawat Jet Star mengambil masa selama tiga jam, merentasi bumi Queensland dari Brisbane International Airport menuju ke Sydney. Syukur kerana tiada ada apa-apa yang menggendalakan perjalanan.

PasrahWhere stories live. Discover now