ZARIF sudah membuat temujanji untuk berjumpa dengan Pakar Psikiatri Kanak-kanak di Kedah Medical Centre(KMC). Tidak sabar rasanya untuk cepat berjumpa dengan pakar itu.
Soalan yang diajukan melalui FB Group Autisme Malaysia, sentiasa mendapat komen dari pelbagai ahli, mengenai kebolehan seorang pakar di KMC.
Tiba hari yang dijanjikan itu, Zarif bergegas ke KMC ber sama-sama dengan Nisa dan seorang anak lelaki, Azim. Azim adalah anak lelaki tunggalnya, setelah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
"Saya nak jumpa Dr. Fairuz," tutur Zarif apabila sampai di kaunter pendaftaran.
"Dah buat appointment?"
"Dah. Kan tadi saya dah call?" Zarif merasa tidak sabar dengan jawapan petugas kaunter.
"Maaf, ramai yang menelefon. Kami tak dapat kenalpasti. Siapa nama encik?"
"Zarif." Petugas kaunter menyemak sistem pendaftaran. Zarif gelisah, matanya liar memerhati di sana sini. Pandangannya dilemparkan ke arah Nisa yang sedang memangku Azim. Azim asyik menghisap botol susu.
"OK. Jam 2.30 petang ... Dr. Fairuz. Bilik No.3," ujar petugas kaunter.
"Thanks Cik Mirna," ujar Zarif. Mirna menghadiahkan sekuntum senyuman.
***
"Anak saya masih tidak boleh bercakap dan mengurus diri."
"Berapa umurnya?"
"Lima tahun. Lihat ini adalah kesan gigitan dan cakaran dari Azim.
YOU ARE READING
Pasrah
Lãng mạnFairuz "Ah! apa sebenarnya yang telah berlaku?" Fairuz gagal memahami kenyataan yang tersedia di hadapan matanya. Selama ini sudah ramai ibu-bapa yang bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kanak-kanak. Kini akan menghadapi apa...