Azan subuh mula berkumandang. Sofea bangkit dari tidurnya lalu masuk ke bilik air. Dia segera mengambil wuduk selepas mandi. Selesai sahaja solat, Sofea turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama keluarga tercinta. Hari ini ibunya memasak lauk istimewa iaitu Kari Kepala Ikan bersama Sup Sayur yang menjadi kegilaan Sofea. Dia berlari turun dari tangga dengan pantas lantas menarik kerusi kemudian duduk sambil tersenyum girang.
Di ruang makan...
"Wah! Anak mama seorang ni dah bangun? Mana Amni?" sapa Zainab, ibu Sofea.
"Belum bangun lagilah tu. Sedapnya bau sarapan pagi ni, mama masak apa?" balas Sofea dengan muka teruja.
"Hari ni mama masak Kari Kepala Ikan dengan Sup Sayur. Mesti Sofea suka kan?" jawab ibunya.
"Tap... tap," bunyi tapak kaki turun dari tangga.
Kelihatan Amni turun dalam keadaan mukanya yang mamai.
"Eh! Baru bangun ke? Dah solat subuh belum tadi?" tanya Sofea kepada kakaknya, Amni.
"Dah, sedapnya bau. Wah! Kari Kepala Ikan, sedapnya," kata Amni.
"Jom duduk, dah pukul 7:30 pagi, nanti lambat pula Sofea nak pergi kerja," kata Zainab mempelawa anak-anaknya makan.
Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi, Sofea bersiap-siap memakai baju kemeja putih, seluar hitam dan tudung hitam. Ia sangat cocok jika dipakai olehnya. Sungguh menawan. Tambahan pula matanya yang berwarna hijau cerah berketurunan Pakistan.
Sofea bergegas masuk ke dalam kereta Honda Civic yang diberi oleh Encik Razali bapanya sebagai hadiah hari jadinya yang ke - 20 tahun. Setibanya di pejabat tempat kerjanya, dia membuka pintu lalu memberi salam kepada bosnya yang sedang menunggu pekerja-pekerjanya hadir.
"Assalamualaikum, Selamat Pagi bos," sapa Sofea.
"Waalaikumussalam, Pagi. Awal kamu datang hari ni," jawab Encik Mahmud, bos Sofea.
"Takda lah. Mood tiba-tiba OK pulak hari ni,"
"Oh kalau begitu baguslah. Pergi buat kerja sekarang," balas Encik Mahmud sambil menunding jari ke arah meja Sofea.
"Baik bos," jawab Sofea serta-merta.
3 jam berlalu dan sudah tiba waktu rehat. Sofea berasa lapar yang amat lalu bangun dari mejanya dan ke Kafeteria. Dia membeli sebungkus Nasi Lemak dan segelas kopi panas. Beberapa minit kemudian, Sofea selesai makan lalu melihat ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 11:30 menandakan habis waktu rehat. Sofea bergegas menuju ke lif kerana tidak ingin lambat masuk kerja. Bimbangnya dimarahi bosnya yang baran.
Seharian berlalu. Sofea berasa begitu penat lantas keluar dari tempat kerjanya lalu menuju ke kereta. Kepenatan itu membuat dia ingin singgah ke Starbucks. Sofea memesan Mocha Ais bersama Krim Putar. Ia berharga RM 21. Biasalah Starbucks memang harga minumannya mahal.Sedang Sofea berjalan, tiba-tiba...
"Aaah!" Sofea tergelincir kerana lantai licin.
Seorang jejaka datang lantas menyambut Sofea dari belakang. Sofea begitu terkejut melihat peristiwa itu dan langsung tidak menjangkanya.
"Lain kali hati-hati ya," pesan jejaka yang agak tampan rupa parasnya sambil tersenyum.
Sofea berasa sungguh malu. Dirinya kaku dan membisu. Hanya terdiam di atas lantai. Dia memerhatikan jejaka tersebut keluar. Sofea berlari menuju ke keretanya. Sofea benar-benar tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disambut oleh seorang jejaka tampan yang tidak dikenalinya. Jantungnya begitu berdetak seperti memiliki drum di dalamnya.
Sofea tidak boleh melupakan hal yang terhadi tadi, serta muka jejaka tampan itu yang terkurung dalam mindanya. Seolah-olah sudah jatuh cinta akan jejaka tersebut. Sofea meneruskan pemanduan. Tiba-tiba keluar lagu Prisoner nyanyian Miley Cyrus ft. Dua Lipa yang dipasangkan di radio keretanya. Semua elok seperti biasa sampailah di lirik,
"Locked up, can't get you off my mind, off my mind,"
Apa yang tertulis dalam lirik itu adalah sama seperti apa yang dirasakan Sofea. Adakah lagu ini tercipta akibat tergelincir di Starbucks kemudian berjaya disambut oleh jejaka idaman? Itu yang difikirkan oleh Sofea saat itu.
Sebaik sahaja Sofea tiba di rumahnya, dia mendaki anak tangga dan menuju ke bilik tidurnya lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Selepas sudah mandi, Sofea baring di atas katilnya dan terbayang akan wajah jejaka tadi.
"Your face on my ceiling, I'm fantasize. Oh I can't control it, I can't control it, "
Sofea teringat salah satu lirik Prisoner yang didengarinya dalam kereta tadi. Lirik itu sungguh unik dan mempunyai metafora yang sesuai kerana menganggap orang yang bermain di fikirannya sebagai banduan yang terkurung dan tidak dapat keluar. Sejak hari itu, Sofea sering terbayang-bayangkan wajah jejaka yang dipertemukan kepadanya tadi.
Beberapa hari berlalu...
"Oi anak mama termenung apa? Fikir sapa tu? Jauh betul, dah sampai mana?" Tanya Zainab.
"Tak ada apa-apalah mama. Terfikir sesuatu tadi, hehehe..." jawab Sofea.
"Yakah? Ada masalah di tempat kerjakah? Ceritakanlah pada mama, manalah tahu mama dapat tolong," tanya Zainab lagi.
"Betul tak ada apa-apa. Mama tak usah bimbang," jawab Sofea lagi.
"Ke... fikir fasal boyfriend?" Zainab mengusik anaknya sambil membuat memek muka yang lucu.
"Eh mana ada!" Sofea tersentak dan berasa malu. Pipinya mulai kemerahan.
"Kenapa blushing? Mesti ada sesuatu ni..." usik Zainab lagi.
"Muka mamalah nampak lucu... dahlah Sofea nak pergi solat zuhur. Nanti lewat kurang pahala," Sofea cuba melarikan diri daripada ditanyakan soalan yang bukan-bukan dari ibunya. Sengaja dia menukar topik dengan lewat solat pula. Ada-ada saja.
Selesai sahaja menunaikan keeajipan sebagai seorang islam, Sofea mengambil telefon pintarnya lalu membuka Instagram. Sambil asyik dia menatal media sosial itu, tiba-tiba dia terjumpa satu akaun Instagram seorang jejaka yang sangat tampan. Dia berasa seperti dia mengenali jejaka tersebut. Namun tidak tahu siapa dan bila. Apabila meniti setiap ingatan dia dalam otak kepalanya, baru dia teringat, jejaka itu adalah sama dengan orang yang dia jumpa di Starbucks kian hari. Dia menekan butang follow dengan segera lalu tanpa segan silu memesej jejaka itu.
Beberapa minit berlalu, jejaka itu pun membalas mesej hantaran daripada Sofea tadi. Mereka berkenalan dan Sofea sempat bertanya bahawa jejaka tersebut masih ingat akan dirinya yang pernah berjumpa secara tidak sengaja sebelum ini. Jejaka itu menjawab dengan respon yang baik. Dia tidak akan lupa terhadap seorang gadis yang sangat manis juga pernah diselamatkan olehnya daripada jatuh tersungkur.
Sofea berasa bersyukur kerana dapat berkomunikasi dengan jejaka itu sekali lagi. Dia gembira kerana mendapat peluang keemasan dalam mengenali jejaka itu dengan lebih mendalam. Dia berhasrat dapat bertemunya lagi suatu masa yang akan datang mungkin di Starbucks, ataupun dimana jua sekali pun.
YOU ARE READING
Andai Kau Telah Ditakdirkan
RomanceSofea ialah seorang gadis yang rajin bekerja. Suatu hari sesuatu yang agak malang menimpanya, melibatkan seorang jejaka bernama Huzair. Sejak itu hidup Sofea mulai berubah. Sofea sering termenung dan suka menyendiri. Apakah yang akan terjadi berikut...