Chapter 3

0 0 0
                                    

"Huuuhuuu..." satu suara tangisan kedengaran di bahagian tangga rumah.

"Padan muka kau. Pandai sangat cari gaduh!" Sofea menengking kakaknya.

"Astaughfirullah, apa kamu berdua buat ni? Kenapa bising-bising waktu pagi buta macam ni? Kenapa nangis ni, Amni?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Sofea dan Amni oleh ibu mereka, Zainab.

"Amni lah... orang tengah berangan nyanyi-nyanyi joget-joget tiba-tiba makhluk ni rakam. Tolol!" Sofea menjawab dengan bebelan.

"Aip! Siapa ajar Sofea carut ni ha? Anak dara apa kamu ni? Dah ibu nak kamu bersalaman. Minta maaf sesama sendiri," Zainab cuba meredakan keadaan sebelum ia menjadi lebih tegang.

"Sorry..." Sofea dan Amni bersalaman.

    Akhirnya perang dunia ke 15 itu berhenti. Memandangkan hari ini hari cuti, Sofea meluangkan masanya menghadap telefon pintarnya sahaja. Tidak henti-henti. Adakalanya, dia bermesej dengan Huzair.

    Setelah penat seharian bermain telefon, Sofea keluar rumah dan melepak di Starbucks kafe kegemarannya. Setelah minuman yang dipesan tiba, dia terserempak dengan seorang gadis berperwatakan serba mewah drngan beg tangan eksklusif dari Jerman.

Maizatul P.O.V

"Aduh! Kau tak nampakkah aku lalu kat sini? Butakah! Ada mata tapi tak mahu diguna. Asu!" Amuk Maizatul, si gadis mewah yang berlanggar dengan Sofea.

"Maafkan saya cik, saya..." tidak sempat menghabisi ayat Maizatul membalas,

"Ah kau! Tak payah nak acah-acah baik sangatlah. Kau ingat kau siapa nak langgar aku macam lembu tak ada tuan? Nak sok-sok control ayu pula, geli aku," kata Maizatul mengutuk Sofea secara berhadapan.  Sudahlah baru berjumpa, sudah mahu cari gaduh. Dasar perempuan jahanam.

"Saya betul-betul minta maaf. Tadi saya tak perasan cik lalu kat sini. Saya sangat minta maaf," Sofea sekali lagi mencuba meminta maaf.

"Diamlah kau! Tak payah nak buat-buat tak perasan. Kau ingat aku bodoh macam kau ke? Pleaselah," Maizatul yang hidung tinggi itu langsung tidak menghiraukan maaf yang dipinta Sofea.

    Langsung Maizatul berjalan meninggalkan Sofea. Tidak berminat dia ingin bercakap dengan gadis seperti Sofea. Terlalu kampung! Baginya, dia lebih baik daripada Sofea itu jika ingin dibandingkan dari segi harta. Jikalau ada kekayaan tetapi tiada adab apa gunanya.

End P.O.V

    Air minuman Sofea jatuh dan tumpah di lantai. Habis berselerak kesemuanya. Dia berasa sangat malu dan sedih kerana rezeki pemberian tuhan itu sudah terbazir. Cleaner datang mengemop lantai itu segera. Sofea pulang ke rumah dengan rasa kecewa. Mimuman keluaran terbaharu melayang duit pun terbazir. Haih, apalah nasib Sofea. Bak kata pepatah malang tak berbau.

Di dalam kereta Maizatul...

"Tuut... tuuut... hello baby! I kat Starbucks ni. You kat mana?

"Kau nak apa ha sial? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!" Huzair menengking Maizatul melalui panggilan telefon.

"Awwww... you ni janganlah macam tu. Garang lah..." Maizatul memujuk Huzair dengan suara gediknya.

"Stoplah buat benda bodoh macam ni. Kau jangan ingat aku akan terima kau sebagai isteri aku. Langsung tak ada guna. Hidup tahu menyusahkan orang lain sahaja," balas Huzair menyentak kata-kata perempuan murahan itu.

"

Okey fine, kalau you tak nak, I terpaksa guna cara lain. See you next time sexy, tunggu sahaja apa akan jafi nanti. Hehehe..." Maizatul memberi amaran keras atas penolakan yang diberi Huzair. Sedikitpun hati Huzair tidak gerun akan apa yang bakal menimpanya. Sebaliknya, dia hanya berserah dan berharap kepada Tuhan akan masa hadapannya.

Panggilan dimatikan...

"Baiklah Huzair, kau salah orang nak cabar. Hahahaha..." Maizatul bercakap sendirian dalam kereta miliknya.

End P.O.V

Di Starbucks...

"Maaf ya, saya tak sengaja tadi," Sofea meminta maaf kepada staf yang membantunya mengemop lantai yang basah akibat minumannya tertumpah sekian tadi.

"Tak apa. Pak cik nak tanya boleh?" Staf itu ingin bertanyakan sesuatu kepada Sofea.

"Apa dia pak cik? Tanyalah," Sofea membalasnya dengan nada suara yang lembut.

"Kamu dah kahwin belum? Kenapa pak cik selalu tengok kamu datang ke sini seorang diri sahaja. Mana suami kamu?" Staf itu bertanya.

"Oh, saya masih bujang pak cik. Kenapa pak cik tanya macam tu?"

"Pak cik kasihan. Gadis macam kamu tak sepatutnya berbelanja benda yang mahal macam kat tempat ni. Dahlah mahal. Pak cik pun tidak mampu," staf itu bertanya lagi.

"Tidak apa-apa pak cik. Yang penting saya masih menjaga kehormatan diri daripada diceroboh orang lain. Pak cik pula macam mana? Dimana pak cik tinggal?" Giliran Sofea pula mengajukan soalan.

"Hmmm... pak cik ni memang dungu. Pak cik tak patut buat begitu dahulu.  Sekarang lihatlah. Pak cik seorang diri. Isteri pak cik sudah lama meninggal dunia sejak 7 tahun lepas. Anak-anak pak cik pula semua menghilang. Ada yang tinggal di luar bandar, ada yang sudah beranak-pinak, ada yang masih menyambung pengajian. Tetapi mereka langsung tidak menjenguk malahan mengunjungi pak cik di sini," panjang lebar staf itu menceritakan pengalaman hidupnya.

"Maksudnya? Apa yang pak cik dah lakukan? Kenapa mereka langsung tak hiraukan keadaan pak cik di sini?" Sofea menanyakan soalan lagi. Hatinya berasa sungguh kasihan akan kisah yang dilalui oleh staf Starbucks itu. Apakan nasib, anak-anak staf itu langsung tidak mengenangkan jasa.

"Dulu, waktu pak cik masih muda, ketika pak cik sedang membesarkan dan mendidik anak-anak pak cik, pak cik selalu merotan mereka. Walaupun kesalahan yang dilakukan mereka hanyalah kecil, tetapi pak cik tidak henti-henti mendenda mereka semua. Mungkin kerana itu mereka semua merajuk dan tidak mahu mengambil tahu akan keadaan pak cik yang kurang sihat  di sini,"

"Kasihannya. Bertabahlah pak cik. Semua kejadian pasti ada hikmahnya. Mungkin mereka masih ingat akan pak cik, tetapi tidak kesempatan melawat pak cik di sini.
Berserahlah kepada Allah. Hanya Allah tempat kita memgadu," Sofea cuba menenangkan staf tersebut.

"Saya rasa saya harus pergi. Assalamualaikum pak cik,"

"Waalaikumussalam jaga diri kamu  baik-baik ya,"

Sofea meniggalkan tempat itu sambil tersenyum ke arah staf tadi.  Dia berdoa agar kebahagiaan datang menyapa staf itu sekeluarga.

Sofea berjalan menuju ke arah keretanya lalu dipandu pulang. Sebelum tiba di rumah, dia membeli sedikit barang dapur yang telah dikirim oleh ibunya. Tiba-tiba...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Andai Kau Telah DitakdirkanWhere stories live. Discover now