Chapter 2

2 0 0
                                    

Udara segar di waktu fajar kini menyinsing. Sofea yang lena tidur dibuai mimpi indah masih belum bangkit dari separuh matinya itu.

"Kriing kriing..." sesuatu yang bingit kedengaran di telinga Sofea.

"Ish apa bising-bising ni... Hah! Dah pukul 6:40. Aku dah lewat!" Sofea terkejut kerana dia bangun lambat dengan matanya terbeliak.

Dia bergegas mandi dan solat subuh lantas bersiap. Dia tidak kisah lambat atau tifak asalkan dia tiba di tempat kerjanya. Dia hanya memakai baju kurung biasa bercorak bunga keunguan. Dia langsung tidak menghiraukan sarapan lalu berlari menuju ke kereta. Dalam hatinya berbisik suatu suara agar dia segera cepat memandu supaya sampai lebih cepat. Tidak ingin dia menadah telinga daripada mendengar bebelan dan leteran yang diberikan oleh bosnya yang agak lokek itu.

Tiba sahaja di tempat kerja...

"Aiii... lambat kamu sampai harini. Nak kena potong gajikah? Kamu ingat ini syarikat bapak kamu suka-suka hati nak datang pukul berapa?" Tanya Encik Mahmud dengan nada tegas.

"Errr... maaf bos saya terlena malam tadi hehehe..." jawab Sofea dengan nada perlahan dan penuh hormat.

"Lain kali kalau lambat, jangan harap kamu boleh selamat," pesan Necik Mahmud kepada pekerjanya itu.

"Baik bos. Saya betul-betul minta maaf," balas Sofea.

Sofea berlari anak ke arah meja kerjanya lalu membuka komputer lantas meneruskan tugas sebagai pembantu peribadi Encik Hafiz, pekerja terbaik di situ.

"Kau ni asyik lewat je. Nasib baik aku boleh sabar lagi kalau tak dah lama kau kena tengking dengan bos tu," kata Kata Hafiz kepada pembantunya, Sofea.

"Alah... bukan selalu..." balas Sofea.

"Habistu, kau nak lewat setiap hari ke? Apakah bangangnya kau ni," balas Hafiz kembali. Maklumlah, mulutnya tidak pernah berlesen.

"Ish! Bukan macam tu lah. Aku...." belum sempat Sofea menghabiskan percakapan tiba-tiba...

"Ehem, ehem," Encik Mahmud rupa-rupanya sudah mengintip perbualan Hafiz dan Sofea yang mengumpat dirinya dari tadi. Patutlah terasa pelik mana bos mereka pergi.

"Eh! Alamak bos... maaf terum..."

"Kamu berdua ni nak buat kerja atau membawang! Kalau tak nak, boleh berhenti terus dan kerja di tempat lain," marah Encik Mahmud.

"Sorry bos kami tak sengaja..." kedua-dua mereka meminta ampun serentak.

Encik Mahmud langsung tidak menghiraukan permohonan maaf dari mereka sebaliknya beliau pergi dari situ secepat mungkin. Malas juga ingin bercakap dengan pekerja yang tolol.

Sebaik sahaja tiba waktu rehat, Sofea dan Hafiz berhenti sejenak. Boleh meletup otak mereka asyik menghadap komputer. Bikin pusing aja loh! Hafiz pergi ke Kafeteria untuk makan sementara Sofea, dia lebih suka duduk berehat di meja kerana malas ingin berjalan. Tiba-tiba sahaja wujud tabiat buruk itu. Namun dia ada bekalkan beberapa paket biskut dalam beg tangannya. Bolehlah asalkan ada makanan. Buat alas perut sahaja.

Sambil mengisi masa rehat, Sofea membuka Instagram sementara masih ada waktu. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Dia kelihatan sungguh sibuk menatal telefon sehingga tidak sedar bahawa Encik Mahmud sedang berdiri di hadapannya.

"Wah! Syoknya main ig waktu-waktu macam ni," tegur satu suara yang mengerikan di hadapan Sofea. Dia kaget sekali melihat bosnya berada di situ.

"Eh? Maaf bos saya cuma nak berehat saje hehehe," balas Sofea. Ketawanya pasti akan berturut serta tidak habis-habis.

"Haish... takpe sekarang waktu rehat. Nanti dah habis rehat sambung kerja ya?" Encik Mahmud membalas.

"Ok," jawab Sofea ringkas. Mukanya tersenyum comel.

Semuanya berjalan dengan lancar sehingga habis kerja. Jam di dinding menunjukkan pukul 6:04 petang. Sofea mengemas barangannya untuk berangkat pulang ke rumah.

"Selamat petang bos! Saya balik dulu ya," sapa Sofea kepada majikannya.

"Baiklah. Selamat petang juga,"

Sampai di rumah...

Sofea memandu pulang dengan sangat pantas di lebuhraya. Tak sabar ingin baring di atas katil empuk miliknya. Tiba di rumah dia bersalaman dan berpelukan bersama keluarganya di hadapan pintu rumah. Cepat-cepat dia berlari ke tingkat atas untuk mandi. Badannya mula berasa tidak selesa akibat minyak yang dihasilkan secara semula jadi oleh badannya.

Selesai solat isyak, Sofea baring dan berguling-guling di atas katilnya itu. Sungguh nikmat. Dia mulai teringat akan jejaka pujaannya itu. Agaknya apa yang dilakukan olehnya sekarang? Dia langsung memesej jejaka itu yang bernama Huzair. Sejaj berkenalan di Instagram, hubungan mereka menjadi begitu akrab.

Di Mesej Instagram

Sofea: "Hai, awak apa khabar harini?"

Huzair: "Hai... saya sihat. Awak macam mana pula?"

Sofea: "Alhamdulillah, sihat... tengah buat apa tu? >○<"

Huzair: "Oh saya tengah main game. Kenapa?"

Sofea: "hehehe saje je nak tanye. Bosan lah,"

Huzair: "Ooo begitu... okeylah saya nak sambung main game okey?"

Sofea: "Oh ok... sorry mengganggu masa awak,"

Huzair: Eh tak adalah ganggu... saya okey je kalau awak nak borak :),"

Tamat Mesej

Sofea tidak menyangka mesejnya dibalas segera. Walaubagaimanapun, bosan yang berada dalam dirinya masih belum hilang. Dia tidak tahu apa mahu dibuat supaya bosan tersebut dapat pergi dari hidupnya. Tidak ada apa-apa perkara lagi yang perlu dibuat lalu dia hanya mendengar lagu di aplikasi Youtube Music.

Malam dingin yang sunyi itu makin lama menambahkan lagi rasa bosan dalam diri Sofea. Dia pasrah untuk melakukan apa pun. Dia berhajat untuk tidur sambil memdengar lagu. Jadi dia cuma perlu termenung sejenak ke arah kipas siling. Beberapa minit berlalu dia terus terlelap sekelip mata. Sungguh mudah.

Esoknya, Sofea bangun dan melihat cermin. Dia terkejut dan hampir menjerit kerana rambutnya begitu kusut sekali. Dia lantas mandi dan menyisir rambutnya yang tadi terlohat bagaikan orang utan di Sabah. Dia menyanyi dengan keriangan dan melompat-lompat kegembiraan. Sedangkan dia langsung tidak sedar ada mata yang memerhati. Amni, kakaknya telah merakamkan aksi yang tak akan dilupakan dimana Sofea melompat seorang diri di dalam biliknya. Ia boleh dijadikan bahan ketawa suatu hari nanti.

Sebaik sahaja dia selesai menguruskan diri, tiba-tiba dia terperasan ada sosok lembaga disebalik pintu biliknya. Apabila dia mendekatinya, dia menjerit dengan penuh tenaga secara bertempik. Hampir pekak kakaknya dibuat. Amni ketawa melihat reaksi adiknya itu. Sungguh lawak. Sofea akhirnya sedar yang dia baru sahaja dirakam senyap-senyap. Tolol sungguh.memang ingin dikerjakan sahaja kakaknya itu sehingga lumat. Sabar sahajalah yang mampu menahan dirinya.

"HAHAHAHAHAHAH... kau buat apa tu nyah? Beranganlah tu," Amni menyindir dengan memek muka menganjing.

"Kau ni memang khinzir punya maklah! Delete video tu sekarang!" Sofea mula mengeluarkan kata-kata yang kasar. Ingin sahaja dia bertukar menjadi singa dan merkam Amni.

"Euww kok ngamok!" Amni membalas

"Kau ni memang... " satu tumbukan hampir dilepaskan. Tangan Sofea digenggam kuat.

"Tunggulah kau! Hiyyaaaah!" Satu suara anak betina keluar daripada mulut Sofea.

"Aaaaahhhhh!" Amni menjerit bingit.

Andai Kau Telah DitakdirkanWhere stories live. Discover now