1

1.7K 108 3
                                    

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

KELUHAN halus terdengar di antara dua gadis.

"Kau ni kalau bukan sebab kau tu kawan baik aku, takde maknanya aku nak tunggu kau macam ni tau." tegas suara Daisha membidas Aafiya.

"Chill lah, selalu nak marah dia ni. Elok jadi mak tiri orang nanti ni." Aafiya kekeh perlahan, amboi terhibur.

Daisha menjeling tajam sahabat baiknya itu, haihla nasib sayang. Sudah hampir dua jam mereka berada di dalam kedai buku itu. Hampir dua jam juga Daisha hanya melayan kerenah Aafiya, bukannya dia tidak kenal kawannya itu. Terlampau obses dengan buku!

"Daisha tengok ni dah jumpa! Latest punya , argh sukanya! Nasib sempat." riang sekali suara Aafiya kedengaran, dipeluk erat buku itu. Sempat jam di tangannya dikerling, riak wajahnya lantas berubah. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Daisha.

"Aku tengah bersabar ni tau. Better kau pergi bayar cepat sebelum kesabaran aku hilang..." belum sempat Daisha menghabiskan tutur katanya, laju sahaja tubuh kecil Aafiya berlari ke arah kaunter pembayaran di kedai buku itu.

Sabar jelah dengan Aafiya ni !

...

Sampai sahaja di perkarangan rumah itu, Aafiya menghembus nafas lega. Nasib baik lah sempat sampai, kalau tak.

"Terima kasih tau, Isha! Nanti kalau nak belanja makan lagi, jangan lupa ajak aku hehehe." kata Aafiya sambil memberikan senyuman manis. Daisha hanya menggeleng kepalanya. Perempuan ni lah.

"Bab makan nombor satu. Ha iya lah, sama sama tak kasih. Jangan lupa kirim salam dekat uncle dan aunty. Aku tak singgah la, dah nak masuk waktu maghrib ni." Aafiya mengangguk perlahan tanda faham.

"Okay lah babe, nanti kalau ada apa-apa kau chat aku tau! Drive elok-elok tau!"

"Baik boss!"

Aafiya hanya melihat kereta yang dipandu Daisha keluar dari pintu pagarnya. Dia kemudian masuk ke dalam rumah.

"Aafiya baru balik? Pergi mana lepas kelas tadi?"

Suara yang bertanya itu memberhentikan langkah Aafiya. Jam ditangan dikerling.

"Yup, Mama. Aafiya keluar dengan Daisha lepas habis kelas tadi. Dia ajak makan. Dia kirim salam kat Papa dan Mama. Katanya tak sempat nak masuk singgah, sebab dah nak maghrib."

Puan Ayla mengangguk perlahan. "Waalaikummusalam. Hah tak apa lah kalau macam tu. Aafiya pergi mandi dulu, nanti jangan lupa solat. Lepas solat, datang bilik kerja Papa okay? "

"Alright, Mama."

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

" ESOK ada program dari syarikat Papa. Program untuk company visit syarikat yang ada contract dengan Papa. Papa nak wakilkan anak perempuan Papa ni."

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now