5

878 83 6
                                    

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

ADRYEN memberikan senyuman manisnya kepada Aafiya. Niat nak datang beli coffee, eh terjumpa jodoh pulak!

"Tuan Muda Ryker." Aafiya menahan matanya daripada mencerlung lelaki dihadapannya itu. Sabar Aafiya, sabar.

"Apa ni, siapa pulak Tuan Muda Ryker ni. Saya Adryen la." Kepalanya disengetkan sedikit, senyumannya tidak pernah hilang dari bibir. Aafiya mengetap bibir, tak boleh sabar dah ni!

"Dasar penipu." Aafiya berbisik perlahan. Adryen menopang dagunya sambil memandang Aafiya.

"Marah ke?" Soal Adryen polos.

"Eh tak lah Tuan Muda, saya senyum ni mana ada marah." senyuman tidak ikhlas diberikan, terletus ketawa Adryen melihatnya.

"Alolo, honey kita marah la." seronok pulak dia tengok wajah tahan marah Aafiya ni, comel!

"Sejak bila pulak nama saya Hani ni, Tuan salah orang ni."

"Dah order ke?" Adryen mengalihkan topik, buku yang diambil Aafiya tadi dicapainya. Aafiya menjeling tajam wajah Adryen. Apa ni dahla alih topik lepastu ambil buku orang!

"Jangan la, ish Tuan Muda pergi ambil yang lain la!" buku di tangan Adryen dirampas kembali.

"Eh kenapa pulak tak boleh? And it's Adryen for you, sweetheart. Siapa Tuan Muda ni? Tak kenal la."

"Ni saya punya la, saya ambil dulu. Suka hati saya lah nak panggil apa pun, mulut saya." bidas Aafiya, geram sungguh dengan manusia bernama Adryen ni. Kalau boleh mahu sahaja dia keluar dari kafe ni.

"Tapi, itu nama saya. Saya pun ada hak untuk halang awak panggil saya dengan nama tu. Lagipun, lebih mesra kalau awak praktikkan panggil Adryen. Nanti kalau dah halal, senang la nak upgrade ke level 'abang' pulak kan." Adryen tersenyum miang, membulat mata Aafiya mendengar perakuan Adryen.

"Gatalnya! Awak ni tak sesuai jadi lebah tau, sesuai jadi nyamuk! Menganggu!" pecah ketawa macho Adryen, pandai sungguh Aafiya buat lawak!

"Comel je marah-marah, cubit pipi tu kang baru tau." Adryen mengangkat tangannya dan mengacah untuk cuba mencapai pipi Aafiya. Aafiya yang melihat tindakannya pantas mengundurkan kerusinya ke belakang.

"Apa ni nak sentuh orang, haram lah!" buku yang ada ditangannya dijadikan senjata untuk mengetuk tangan lelaki itu. Puk!

"Ow! Sakitla, honey!" Adryen menggosok tangannya, pedih jugak. Sudahla buku itu hardcover.

"Padan muka Tuan. Siapa suruh gatal lagi, kena lah." bangga riak wajah Aafiya menuturkan ayat itu. Rasa puas.

"Aafiya sayang, sekurang-kurangnya saya menggatal dengan awak. Kalau saya menggatal dengan waitress depan tu nanti awak cemburu pulak." Aafiya menjulingkan mata ke atas, menyampah betul.

"Hello? Kenapa saya nak cemburu? Saya kenal awak pun tak."

"Sebab tu lah kita kena kenal-kenal! Tak kenal maka tak cinta. Tapi ni belum kenal, eh eh dah cinta." ketawa Adryen terletus sekali lagi apabila melihat Aafiya yang seakan mahu mengemas barangnya.

"Gurau lah, honey." Adryen menarik hujung handbag Aafiya.

"Gurau apa macam tu! Tak suka betul." tangannya disilangkan di dada, riak wajah jelas tidak berpuas hati dengan sikap Adryen.

"Alright, alright. I'm sorry okay? Untuk haritu pun, saya mintak maaf. Ya saya dah tau awak bukan sepatutnya buat company visit kat syarikat saya. But you looks so cute when you're lost like that. Jadi daripada saya biarkan awak seorang diri kat situ, why not saya tolong awak je?"

Dengar sahaja perkataan company visit, tiba-tiba sahaja perasaan amarah Aafiya membuak.

"Sebab encik lah saya kena marah tau!"

"Eh kenapa saya pulak?"

"Ni semua salah encik lah!"

"Garangnya, sayang!"

Laju tumit kasut high heels Aafiya memijak kaki Adryen, geram!

"Aduh! Sakit, honeyy!" rengek Adryen, matanya sengaja dikerdipkan perlahan di hadapan gadis itu.

"Eee dahla, malas layan awak! Bye!" Aafiya mengambil handbagnya sebelum dia berdiri dan melangkah keluar dari kafe itu.

Adryen hanya memerhati Aafiya berlalu pergi, senyuman tidak pernah hilang daripada bibirnya. Bahagia sungguh! Sempat dia mengerling ke arah meja, keningnya bertaut.

"Dia boleh tertinggal buku ni? Clumsy girl." Adryen tertawa kecil sebelum dia bangun dan menyimpan kembali buku itu di raknya.

"See you soon, honey."

Short chap!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Short chap!

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now