12

818 85 4
                                    

┏ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┓
RYKER AAFIYA
┗ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┛

AAFIYA berdehem perlahan sebelum dia mengundur beberapa langkah, pipinya terasa membahang. Adryen ni pun satu, masa ni lah nak mengayat pulak!

" A-Apa awak ni! Ish dahlah, saya nak rest. Sini luggage tu. " Aafiya menggapai kembali pegangan luggage itu dan terus berjalan ke arah reception itu. Malas mahu berhadapan dengan Adryen, boleh gila jika berlama dia disitu.

" Cute. Hey honey, tunggu lah! " Adryen tertawa perlahan sebelum dia mengikuti langkah Aafiya.

Receptionist itu hanya memerhati Adryen dan Aafiya silih berganti. Oh ni mesti datang sini nak honeymoon kan?

" Hello, may I know what name is the reservation under? " Receptionist itu tersenyum mesra ke arah Aafiya.

Aafiya pula membalas senyum sebelum soalan itu dijawab. " I have a reservation under Qayle Aafiya. "

Gadis itu mengangguk faham sebelum skrin dihadapannya ditekan beberapa kali. Terkerut dahinya apabila melihat bilik yang ditempah Aafiya.

" I'm sorry, madam. But this is a single room? "

Kali ini dahi Aafiya pula yang berkerut. Iya lah, memang dia menempah bilik untuk seorang. Adryen yang berada disebelah Aafiya sudah menekup mulut, sedaya upaya ketawanya ditahan. Sempat mendapat jelingan tajam dari Aafiya. Ni mesti sebab Adryen! Tak pasal-pasal receptionist itu berfikiran yang mereka kesini berdua.

" As much as I want it too, but we are not yet married, miss. " Adryen menjelaskan kepada receptionist itu sebelum senyuman diberikan.

Terus menggelabah gadis itu, badan ditundukkan sedikit beberapa kali. Perkataan maaf tidak lekang dimulutnya. " I apologize, miss! "

Aafiya menggelengkan kepala sebelum menghulurkan senyuman. " No no, it's okay. "

Adryen hanya menyimpan senyum, wajah Aafiya ditenungnya. Selesai sahaja Aafiya mengambil kad biliknya, dia memusingkan badan ke arah Adryen.

" Saya nak masuk bilik dulu. Nanti apa-apa chat ajelah ya, Tuan Adryen. Terima kasih sebab jadi bodyguard tanpa gaji saya. "

" Aww, bukan ke kita satu bilik? Sayang taknak tunggu abang ke? " pecah ketawa macho jejaka itu, Aafiya pula sudah menahan rasa mahu memijak kaki Adryen. Abang sayang pulak! Nak kena dia ni.

Dahlah hatinya masih tidak tenang selepas ditenung Adryen tadi. Bukannya dia tidak perasan, cuma dia tidak mahu melayan lelaki itu. Makin dilayan nanti makin menggatal.

" Ish malas lah layan awak ni, bye! " Aafiya melangkah ke arah lif meninggalkan Adryen.


┏ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┓
RYKER AAFIYA
┗ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┛

" LAPARNYA, " keluh Aafiya sebelum perutnya diusap perlahan. Selepas saja menunaikan solat Isyak tadi, dia terlelap. Mungkin kerana badannya yang sudah letih memandu tadi.

Langkah diatur ke arah pintu, instant shawl yang sudah sedia ada tersarung di kepalanya itu diperbaiki sedikit. Buka sahaja pintu bilik, terpampang wajah Adryen. Hampir sahaja Aafiya hilang nafasnya, terkejut!

" Tuan ni kenapa! Terkejut tau tak? " Aafiya menggelengkan kepalanya beberapa kali, kesal. Adryen ni, mahu saja dia smackdown.

Lain pula reaksi Adryen, jejaka itu cuma memasang riak tenang dan tergelak kecil. " Sorry, sorry. Saya nak ajak awak keluar makan, tak sangka awak pun dah nak keluar. Kuat sungguh jodoh kita ni, honey! "

Sempat Adryen berseloroh, Aafiya sudah sedia mencerlung tajam ke arah lelaki itu. Tak gatal sehari memang tak sah, tak kesian kat hati orang ke? Eh.

" Ish dah lah, jom pergi makan. " Aafiya mengatur langkah meninggalkan Adryen.

" Eh eh, sayang tunggu lah! "

__

" Lepasni nak pergi mana-mana tak? " Soal Adryen sebaik sahaja mereka selesai memesan makanan mereka. Aafiya yang masih lagi khusyuk memerhati sekeliling kafe itu menghiraukan pertanyaan Adryen.

Cantik! Betul lah orang cakap, kafe dekat sini memang lawa-lawa sungguh. Sempat tangannya menekan skrin telefon pintarnya dan membuka aplikasi kamera. Laju saja dia mengambil beberapa keping gambar.

Adryen hanya mengukir senyum, comel. Sesekali dia mengusik gadis itu dengan menghulurkan tangannya ke arah Aafiya, sempat juga dia menerima jelingan maut dari gadis itu.

" Jangan kacau lah, ish! "

" Iye iye tak kacau dah. " Adryen tertawa perlahan. Namun beberapa saat sahaja dia berpegang pada kata-katanya, sekali lagi dia mengusik Aafiya.

Gadis itu sudah berdengus geram. " Awak ni kenapa ? "

" Kenapa apa, sayanggg ? " Adryen memasang wajah polos, tawanya ditahan.

Aafiya menjeling tajam ke arah Adryen. " Kacau lagi, pijak kaki tu kang! "

" Asyik nak pijak je, cuba sayang pulak. " Adryen menahan senyum. Namun jawapan daripada Aafiya menghentikan segala tingkah laku Adryen, terkejut.

" Dah sayang dah. "

Samekom, saya bawak Adryen ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Samekom, saya bawak Adryen ni. ❤️

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now