7

865 75 6
                                    

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

TERMENUNG Aafiya, kuntuman bunga ditangan ditilik sekali lagi. Dari siapa pulak ni?

" Seriusla dia cakap ni untuk saya? Takkan lah saya ni ada secret admirer pulak, pakcik? " Zafran mengangkat bahunya.

" Saya pun taktau, dia cuma mintak tolong saya bagi bunga tu pada cik muda. Mungkin betul la dia secret admirer, cik muda. Tak mustahil pun kan? " panjang lebar jawapan Zafran, mana tau nanti dibalas pendek kan kita pulak yang kena marah.

Seketika wajah Adryen terlintas di mindanya. Adryen ke? Yelah, jejaka itu menghilang sudah hampir seminggu. Selepas sahaja pertemuan kali terakhir mereka haritu, wajah Adryen lansung tidak kelihatan. Eh tapi mustahil la. Takkan lah Adryen tahu alamat rumahnya pula. Aafiya menidakkan fikirannya.

" Ish apa pulak! Takkan lah, saya mana ada secret admirer. Tak pernah tahu pun. " rungut Aafiya. Yelah, tak pernah-pernah lagi dia ada pasang peminat rahsia ni?

" Ya Allah, cik muda. Tak nama nya peminat rahsia la kalau cik muda tahu. " Sabar Zafran sabar, cik muda kau tu. Bawa bertenang, jangan marah.

" Betul jugak kan! Bijak la pakcik ni. " Aafiya terkekeh perlahan, senyuman manis diukir dibibir. Zafran menggelengkan kepala perlahan, nak marah kan nanti dia pulak dibuang kerja!

" Layan cik muda ni nanti tak terambil pulak, Tuan Darien. Saya pergi dulu lah, cik muda. " Aafiya menjatuhkan kepala beberapa kali tanda faham, dia mula menapak masuk ke dalam rumah.

Mana tak terkejutnya, baru sahaja sampai rumah Zafran berlari ke arahnya dengan membawa kuntuman bunga. Hampir sahaja dia fikir Zafran mahu melamar kepadanya.

" Assalamualaikum, Mama. Aafiya dah balik. " Aafiya berjalan ke arah dapur. Kelihatan susuk Puan Ayla yang sedang sibuk memasak makanan tengah hari untuk suami dan anaknya.

" Waalaikummusalam, meh sini makan tengah hari dulu. Mama dah nak siap masak ni.  " Tersenyum lebar Puan Ayla setelah mendengar suara anak tunggalnya, Wajah Aafiya dipandang sebelum pandangannya jatuh ke arah kuntuman bunga yang dipegang oleh Aafiya.

" Tu, siapa bagi bunga tu? " Puan Ayla mengangkat sebelah keningnya, hai sejak bila pulak pandai berbunga-bunga anak dara tunggalnya ni?

" Oh ni! Entahla, pakcik Zafran cakap ada orang mintak tolong dia bagi kat Aafiya. Dari siapa tu taktau laa. " jawab Aafiya, sesekali jarinya kembali menilik bunga itu. Cantik.

" Oh, Aafiya ada peminat rahsia ke ni? Entah-entah daripada Airell? " Puan Ayla tertawa perlahan, wajah cemberut anaknya sungguh menggelikan hatinya.

" Mama ni, rajin pulak Airell tu nak kasi bunga-bunga ni. Lama duduk negara orang, balik-balik jadi mamat bunga eh? " giliran Aafiya pula tertawa, aduh terbayang wajah Airell bersama bunga diselit di telinga. Kelakar sungguh!

" Ha sudah-sudah. Mari makan dulu, dia ni kalau bab mengejek orang nombor satu eh? " Aafiya memberikan senyuman polosnya, pipi kanan ibunya dicium sekilas sebelum dia mengambil tempat duduk di hadapan Puan Ayla.

" Iya lah, Mama sayang. "

━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━
RYKER AAFIYA
━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━

" SIAPA? Kau memang taktau lah siapa yang hantar? " Aafiya mengangkat bahunya tanda tidak tahu, terkerut dahi Daisha. Siapa pulak yang hantar bunga kat Aafiya ni?

𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮 Where stories live. Discover now