┏ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┓
RYKER AAFIYA
┗ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┛" DAISHA, tunggu lah. " berlari anak Aafiya mengejar kawan baiknya itu. Daisha memberhentikan langkahnya.
" Kau ni lah, terkedek macam itik. Kang kalau tinggal membebel pulak dia ni. " Aafiya tertawa perlahan, eleh cakap je nak tinggal nanti tak tinggal pun.
" Kau yang laju sangat kenapa? Nak pergi kejar jodoh ke? " ejek Aafiya, Daisha hanya mencerlungnya tajam.
" Kau nampak ada ke Hakimie kat depan? Takde kan? "
" Mentang-mentang lah ada tunang, riak kau eh. " terletus ketawa Daisha sebelum wajahnya memasang senyuman sinis.
" Kau pun apa kurangnya, mana abe lebah kau? " Aafiya mencerlung tajam wajah sahabatnya, ha ni melebih ni!
" Apa pulak kau ni, merepek lah! Sejak bila pulak dia lebah aku, geli lah. " rungut Aafiya, mulutnya dicebik. Malas la dengan Daisha ni, malas!
" Eleh jangan tak suka sangat, takut nanti tercinta pulak susah. Aku yang nak kahwin tahun depan tup tup kau dulu naik pelamin. " Aafiya hanya kekal diam, langkahnya dilajukan. Tinggal jelah manusia ni!
Sekali lagi ketawa Daisha kedengaran sebelum dia berlari anak mengejar Aafiya. " Alah Aafiya gurau je. Honey, jangan lah merajuk. "
Aafiya hanya mendiamkan diri, terhenti langkahnya apabila terlihat satu susuk lelaki berdiri di hadapannya. Lelaki itu memberikan senyumannya.
" Assalamualaikum, Aafiya. "
...
Aafiya memandang lelaki dihadapannya, sesekali air kopi ais nya disedut.
" Awak buat apa kat sini, Airell? " soal Aafiya keliru. Mahu tak keliru? Keluar saja dari kawasan kolej nya, terpampang wajah Airell itu di depan muka.
Daisha pulak ambil keputusan mahu keluar dengan tunangnya, tinggal lah Aafiya seorang diri. Mujur saja lah Airell mengajaknya keluar makan, kalau tidak kebulur lah Aafiya.
" Airell datang nak jumpa Aafiya lah. Aunty cakap Aafiya ada kelas harini, tu yang saya datang sini. "
Aafiya mengangguk perlahan. " Oh, Airell cuti lama ke? "
"Tiga bulan je, Airell ada kena buat research sikit. Tu yang balik sini. " jelas Airell sambil matanya tidak lepas memandang Aafiya.
" Lah Aafiya ingatkan 6 bulan. " jawab Aafiya polos.
Tawa Airell terletus. " Fuh kalau dapat cuti 6 bulan, taktau lah dah sampai mana sekarang ni. Memang Airell ajak Aafiya pergi travel la. "
Aafiya menahan diri daripada menjulingkan mata ke atas. Airell ni memang la!
Belum sempat Aafiya mahu membidas, bunyi kerusi ditarik sebelum seseorang duduk di kerusi itu mencuri perhatiannya.
" Hai, seronok borak? "
" Tuan Muda Ryker? "
┏ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┓
RYKER AAFIYA
┗ ━━┅━━━┅━━┅━━━┅━━ ┛SUDAH hampir 5 minit berlalu, dua jejaka itu masing-masing masih berdiam diri. Yang seorang memasang mata penuh dingin merenung lelaki dihadapannya. Seorang lagi sibuk memandang ke arah Aafiya.
Aafiya mengeluh perlahan sebelum bersuara. " Airell, ni Tuan Muda Ryker. Tuan Muda, ni Airell kawan saya. "
Aafiya memberikan senyum nipis, memerhati wajah Adryen yang seperti tidak berminat dengan pengenalan tadi. Malah dia hanya membiarkan apa yang dibicarakan Aafiya tadi lenyap ditelan angin.
Puk!
" Bro, tak elok tenung anak dara orang. " Airell menepuk bahu Adryen. Walaupun senyuman dibibir, tepukan tadi tidak nampak seperti friendly reminder lansung!
Aafiya menjulingkan mata ke atas, dia cakap kat Adryen tapi dia pun sama.
" Oh, sorry bro. Tak perasan pulak kau ada kat sini. " Sinis suara Adryen, Airell mengetap rahangnya.
Aafiya memandang mereka berdua, ni dah kenal ke? Macam kawan rapat je!
" Airell kenal Tuan Muda Ryker eh? " keningnya sebelah diangkat. Belum sempat Airell membalas, Adryen mencelah.
" Honey, berapa kali nak pesan ni? Just call me, Adryen. Awak malu ye depan kawan awak ni, sayang? " Perkataan ' sayang ' ditekankan. Mahu menguji harimau yang tengah separuh marah tu.
Makin tajam renungan Airell selepas mendengar nama panggilan yang diberikan oleh Adryen kepada Aafiya.
" Tuan Muda buat apa kat sini? " Aafiya mengabaikan ayat buaya Adryen. Tidak berminat mahu membalas.
" Saya datang nak jumpa honey saya lah. Ni saya ada hadiah untuk awak ni. " Adryen meletakkan beg kertas itu di atas meja, Airell terlebih dahulu merampas beg kertas itu.
" Disrespectful, Aafiya kenal ke dia ni? Atau dia ni ada pernah kacau Aafiya selama ni? " Pandangannya dialihkan ke arah Aafiya. Riak wajahnya terpampang risau.
Eh? Keliru Aafiya. Dia fikir dua jejaka ini saling mengenali satu sama lain. Yelah, tenung sesama sendiri macam musuh 10 tahun dah.
" Airell tak kenal Tuan Muda ke? Tadi cakap macam dah kenal masing-masing. " Matanya dikerdipkan, aduh penat la dua orang ni.
" Tak, buat apa nak kenal dia. " Airell mengalihkan pandangan ke luar tingkap, muak lah pandang muka Adryen yang tengah pasang muka sinis dia.
Sekali lagi Aafiya mengeluh, kepala digelengkan perlahan. " Takpe lah kalau macam tu, Aafiya nak balik dulu lah. Dah pukul berapa ni, nanti Mama bising pulak. "
" Nak Airell hantarkan? "
" Eh it's okay. Aafiya drive sendiri harini. " Aafiya memberikan senyuman tipis, handbag nya dicapai. Adryen menghulurkan beg kertas yang dibawanya tadi.
" Jangan lupa ni, honey. Pandu kereta tu elok-elok. Kalau ada pape, call saya tau. " pesan Adryen, Aafiya hanya mengangguk. Malas mau berlawan mulut, beg kertas itu diambil sebelum dia melangkah keluar dari kafe itu.
Adryen hanya memerhati pergerakan Aafiya, senyuman dibibir masih terpampang. Aduh terubat rindu kita!
Ehem!
Adryen pandang ke tepi, memandang Airell yang menyilangkan tangan ke dada sambil sebelah keningnya diangkat.
" Kau buat apa kat sini, Ryker Adryen? "
Senyuman sinis terukir dibibir Adryen, sebelum tangannya disilang meniru gaya Airell. " Kenapa? Kau cemburu ke, Airell Rizky? "
Maaf storyline mengarut sebab rushing, next chapter saya usaha baiki balik. Anyway, thanks for 1k read sayangku ❤️❤️
YOU ARE READING
𝗛𝗶𝘀 𝗔𝗮𝗳𝗶𝘆𝗮
Romance𝑯𝒊𝒔 𝑨𝒂𝒇𝒊𝒚𝒂. Qayle Aafiya - Gadis polos yang telah diatur jalan hidupnya. Dari kecil, tidak pernah sekali dia mengeluh tentang aturan itu. Baginya, bukankah apa yang ditetapkan oleh ibu bapa itu lebih baik memandangkan mereka lebih tahu tent...