AIZACK-DANEEN | 4

69.1K 2.9K 127
                                    

Anak matanya bergerak memandang kearah kota dari atas bangunan syarikat miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anak matanya bergerak memandang kearah kota dari atas bangunan syarikat miliknya. Dia menghadap dinding kaca syarikatnya dan hanya memandang kosong pemandangan dihadapannya.

Kerjanya yang masih bertimbun diatas mejanya dibiarkan sekejap. Dia sengaja merehatkan diri dan hanya memandang kearah kota dihadapannya. Mahu menenangkan diri tetapi dengan apa yang dia rasakan sekarang. Tiada ketenangan yang dia dapat. Malah seperti biasa saja. Kosong.

Kerusinya dipusing-pusing kekiri dan kekanan. Dan kedua tangannya menyatu. Keadaannya hari-hari tiada yang berubah. Apa pun yang dia lakukan mesti terasa kosong. Kosong dan kosong. Tiada yang indah dalam kehidupan dia. Semua terasa kosong.

Tetapi percayalah dia lebih gemar hidup dengan keadaan seperti ini. Walaupun kosong tetapi bebas. Malah inilah kehidupan yang dia inginkan. Tidak suka bermesra dengan sesiapa pun. Dengan keluarga sendiri pun dia tidak rapat. Even his own father. Kehidupan dia semasa kecil bersama Arwah mamanya yang terasa indah berubah serta merta apabila dia kehilangan wanita yang bertakhta dihatinya sampailah sekarang. Malah sampai bila-bila. Dia yang dari hidup happy go lucky berubah sekelip mata kepada orang yang seakan tiada perasaan.

Apa itu bahagia? Dia sudah lupa.

Sejak wanita yang melahirkan dia itu pergi meninggalkan dirinya. Tiada lagi yang terasa bahagia dalam hidupnya. Malah hanya kekosongan saja yang dia rasakan. Kebahagiaan dia sudah dibawa pergi bersama oleh wanita yang sudah melahirkannya itu.

Walaupun keluarga dia yang lain sedaya upaya melakukan apa saja untuk membuat dia kembali bahagia. Tetapi tiada siapa yang mampu. Seperti yang dia katakan. Dia gemar dengan kehidupan dia sekarang. Bersendirian. Kerana tiada siapa yang faham dia selain Arwah mamanya.

KLAK !

Dia berhenti memusingkan kerusinya apabila mendengar pintu bilik kerjanya dibuka. Tidak menoleh malah hanya terdiam ditempat duduknya.

"Tuan Muda."

Tidak menunggu lama. Suara garau milik orang kepercayaannya mula kedengaran memanggilnya perlahan. Dan itu berjaya membuat dia memusingkan perlahan kerusinya untuk menghadap orang kepercayaannya itu.

Kening tebalnya terangkat kearah orang kepercayaannya itu apabila dia sudah berjaya menghadapkan kerusinya terhadap lelaki itu.

"Tuan Muda dah siap buat kerja ke? Kalau sudah marilah kita pergi makan tengah hari. Dah masuk waktu lunch ni." Ajak orang kepercayaannya itu. Hanya memandang lelaki bermata hijau yang jelas tiada riak diwajah tampan itu. Malah hanya menatap dia dengan tatapan kosong. Seketika dia mengukirkan senyuman manis kearah majikannya itu sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

"Kau pergilah makan dulu aku masih kenyang." Balasnya tanpa nada sebelum dia menarik perlahan fail dihadapannya. Dan tumpuan dia kini sudah ke file dan bukan lagi kearah orang kepercayaannya.

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now