AIZACK-DANEEN | 25

78.8K 3K 22
                                    

"Angah cakap tadi nak datang, Kenapa tak sampai-sampai lagi?" Soal Daffa apabila kelibat adik keduanya masih tidak kelihatan, Ibu dia cakap tadi Dareena nak datang sebab tahu Daneen ada dekat sini sekarang, Tapi dah lepas Isyak dah pun kelibat Dar...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Angah cakap tadi nak datang, Kenapa tak sampai-sampai lagi?" Soal Daffa apabila kelibat adik keduanya masih tidak kelihatan, Ibu dia cakap tadi Dareena nak datang sebab tahu Daneen ada dekat sini sekarang, Tapi dah lepas Isyak dah pun kelibat Dareena belum kelihatan. Gelas didepannya diambil sebelum diteguk perlahan air itu, Mereka sekarang tengah menikmati makan malam.

"Oh lupa ibu nak bagitahu, Angah tak sempat nak datang malam ni, Katanya suami dia overtime malam ni. Tu tak dapat datang." Memuncung bibir Daneen apabila mendengar balasan daripada ibunya, Baru tadi dia teruja sebab ibu bagitau kakak dia nak datang, Sekarang tak jadi pula, Dia dahlah tengah rindu kakak dia, Bukan kakak dia je sekali dengan anak buah dia tu.

"Ala, Esok dahlah Nee kena balik dah, Tak boleh drive sendiri ke angah tu." Rungut Daneen tak puas hati, Biarlah abang ipar dia tu nak overtime, Datang jelah apa susah? Macam tak pandai drive sendiri kakaknya tu.

"Boleh tu bolehlah, Tapi kalau abang Eyaz kamu balik siapa nak bagi dia makan? Dahlah baru balik kerja takkan kena masak sendiri pula? Nak kena datang sini pula ke? Dahlah rumah kakak kamu tu bukannya dekat, Nanti kesian pula Abang Eyaz kamu kena drive malam-malam kesini." Ujar Puan Yumnaa dan kepala dia menggeleng kecil, Anak bongsunya ini cakap senanglah, Yang kena hadap kedua pasangan itu, Daneen sudah terdiam, Betul juga cakap ibunya, Kesian pula abang ipar dia nanti.

"Budak Daneen ni ibu memang, Kerjanya suka menyusahkan orang." Bidas Daffa selamba terhadap adik bongsunya itu, Senyuman mengejek dilemparkan kearah wanita itu, Jelas berubah riak adiknya itu.

"Macam alonglah, Suka menyusahkan juga dahlah senget otak, Kesian kak Laila dapat suami macam along." Tidak mahu mengalah Daneen kembali membidas abangnya, Daffa sudah ternganga, Melebih betul budak pendek ni.

"Lah kau pikir suami kau tu untung sangat dapat kau ke? Kesian tahu tak kena layan perangai tak matang kau tu." Terjuih-juih bibir Daffa membalas kembali, Sakit pula hati dia dengar adiknya tu kata kesian isteri dia dapat suami macam dia ye. Nak kena gantung atas pokok kali budak ni ye.

"Eh tak sed--"

"Daffa Yazeed! Daneen Yadawiyyah!" Serta merta perang mulut antara kedua beradik itu terhenti apabila mendengar suara lantang puan Yumnaa, Terkebil-kebil kedua beradik itu dibuatnya.

Manakala Aizack dan Laila turut terkaku keduanya.

"Nak ibu lagakan kepala kamu berdua ke apa? Tahu tak tengah makan sekarang ni? Tak malu ke? Tu Isteri kamu Daffa, Suami kamu pun Daneen, Nak makan pun tak senang tahu tak, Tak habis-habis buat perangai." Marah puan Yumnaa terhadap kedua anaknya, Bersilih ganti dipandang keduanya itu, Tak berubah langsung, Tak sedar diri ke dah berumah tangga? Sorang dah beristeri dah nak jadi bapa orang dah pun, Yang sorang pun dah bersuami.

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now