AIZACK-DANEEN | 21

73.1K 3.3K 234
                                    

Aizack mencelikkan perlahan kelopak matanya, Kening dia bertaut dan matanya yang sudah terbuka itu mula memandang segenap bilik yang dirasakan sangat asing baginya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aizack mencelikkan perlahan kelopak matanya, Kening dia bertaut dan matanya yang sudah terbuka itu mula memandang segenap bilik yang dirasakan sangat asing baginya.

Perlahan tangannya naik mengurut dahinya, Terasa sedikit pening, Seakan tersedar tangan dia dicucuk dengan sesuatu, Aizack mengetap rahangnya perlahan. Boleh tahan sakit.

Tahulah dia dimana sekarang, Dengan gerakkan perlahan dia mula bangun mahu menyandarkan tubuh di kepala katil, Tengah-tengah menyandar moment-moment kejadian yang menimpa dia tadi kembali bertandang kedalam kotak pikirannya.

Kejadian tadi sama saja dengan kejadian diwaktu dia umur 10 tahun, Dari situlah bermulanya dia tidak boleh makan-makanan laut semua itu. Boleh mendapat alahan teruk dia jadinya. Tetapi tadi ingatkan dah lama tak makan tiadalah menyerang balik ternyata dia silap. Memang tak boleh dah kot dia makan. Aizack mengeluh kecil.

KLAK!

Laju kepala dia menoleh kearah pintu yang ditolak dari luar, Kini jelas dimatanya kelibat keluarga dia satu persatu melangkah masuk kedalam, Tetapi bukan itu yang menarik perhatian dia. Lehernya sedikit memanjang memandang kearah pintu seakan mencari gerangan yang dicari-carinya.

Pelik.

Semua dah ada, Tubuh kecil itu tiada pula.

"Cucu Grandma akhirnya bangun juga." Puan Sri Haridah yang menyedari cucu kesayangannya sudah bangun terus menerpa kearah cucunya. Terus dipeluk tubuh tegap Aizack. Tetapi tiada reaksi daripada lelaki itu. Mata hijau tajam itu hanya menatap orang kanannya.

Puan Sri Haridah meleraikan pelukkannya, Wajah tampan cucu kesayangannya ditatap sayang. Lega hati dia apabila melihat cucunya akhirnya sedarkan diri juga, Mana tak risaunya pukul 8 Malam baru Aizack sedarkan diri. Ini pun mereka baru balik daripada makan malam. Balik-balik je ketempat wad Aizack ternyata lelaki ini sudah sedarkan diri.

Dari pagi mereka tak balik sebab tunggu Aizack sedarkan diri.

Ada Irish, Dan papa dia disitu.

"Khalif, Where is my wife?" Tanpa menghiraukan Neneknya Aizack bertanya mana isterinya, Kelibat itu yang dicarinya tetapi kenapa budak tu seakan tiada dekat sini? Mana isteri dia?

He need his wife right now, Tapi mana budak kecik tu?

Khalif terdiam mendengar soalan Tuan Mudanya itu, Nak jawap apa eh? Takkan nak cakap yang Puan Sri Haridah dah halau Puan Muda awal pagi tadi. Nak kena bantai kali dengan Nenek lampir tu, Cakap dekat belakang dahlah jangan depan-depan macam ni.

Irish yang mendengar itu sudah mengenggam kuat tangannya, Dalam-dalam baru sedar pun Aizack terus saja cari perempuan tu, Mereka yang dari pagi menunggu lelaki itu untuk sedarkan diri seakan tidak kelihatan dimata lelaki itu. Panas pula hati dia.

Puan Sri Haridah menahan sebal dengan perangai cucu dia ini, Dah dalam bahaya pun sebab perempuan tak guna tu, Cucu dia ni masih juga cari perempuan tu.

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now