AIZACK-DANEEN | 13

77.3K 3.5K 415
                                    

Daneen berjalan dengan sopan menuju kepelamin dihadapannya yang sudah terhias cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daneen berjalan dengan sopan menuju kepelamin dihadapannya yang sudah terhias cantik. Bibirnya dipaksa menarik senyuman manis walaupun dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu apa perasaan dia sekarang ini.

Malu!

Kesemua mata sudah terpaku kearahnya. Dan itu membuat Daneen semakin gugup. Apabila berjaya mengambil tempat dipelamin Daneen hanya mampu menundukkan kepalanya. Tiada kekuatan untuk memandang hadapan.

Hari ini. Hari akan merubah segalanya. Dia akan diangkat menjadi isteri orang sekejap lagi. Tidak pernah dia sangka yang dia akan secepat ini menamatkan zaman bujangnya. Dan lagi-lagi dengan orang yang tidak berapa dia kenali.

Hmm nasib baik encem.

Dan tetamu-tetamu yang datang pun jiran mereka saja. Lepastu keluarga lelaki itu. Oh mereka tak buat resepsi atas kehendak dia sendiri. Taknaklah orang kenal dia sangat. Lelaki bernama Prince Aizack tu berpengaruh tau. Taknaklah rosak image lelaki itu sebab kahwin dengan dia yang tiada apa-apa ini. Perbezaan meraka sangat jauh. Bak kata orang bagaikan langit dan bumi. Lelaki itu jutawan muda. Semua orang kenal. Tapi satu jelah dia nak cakap. Asal dia tak kenal? Hmm HAHAH.

Aizack yang sudah bersedia duduk dihadapan Daffa itu hanya menoleh memandang Daneen. Hujung bibirnya naik. Cantik.

Disisinya ada Papanya dengan Khalif. Kesemua keluarganya ada. Hanya Nenek dengann Irish saja yang tiada.

But nevermind. Bukan urusan dia pun kalau Nenek dia tidak datang.

"Boleh kita mulakan?"

Aizack terus menoleh menghadap Daffa apabila kedengaran suara lelaki itu sudah menyoalnya. Aizack terus mengangguk kecil menjawab lelaki itu.

Daffa terus saja menghulurkan tangannya kearah Aizack. Bersedia mahu berjabat tangan dengan lelaki itu. Dialah yang akan menjadi wali. Memandangkan Ayah mereka sudah tiada.

Aizack terus saja berjabat tangan Dengan Daffa. Tidak dinafikan. Jantung dia berdegup sedikit laju. Cemas juga dia rasakan. Tetapi sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya. Nafas paling kecil dia hembus. Fuh.

Gementar!

"Prince Aizack bin Aytaaq."

"Ye saya."

"Aku nikahkan kau dengan adikku Daneen Yadawiyyah binti Darian dengan mas Kahwinnya lima ribu ringgit tunai..."

"Aku terima nikahnya Daneen Yadawiyyah binti Darian dengan mas Kahwinnya lima ribu ringgit tunai..." Tenang saja suara Aizack melepaskan akad nikah itu. Hanya sekali lafaz saja dan kini Daneen berjaya dia angkat menjadi isterinya.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now