AIZACK-DANEEN | 55

80K 3.3K 1K
                                    

"BERHENTI!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BERHENTI!"

Kesemua mereka yang berada didalam itu laju menoleh kebelakang apabila pintu bilik mahkamah tersebut dirempuh dari luar sebelum kelihatan satu kelibat jejaka tampan yang sudah tercungap-cungap mencari nafas dihadapan pintu tersebut.

Suasana kembali sunyi pada saat itu. Dan tatapan hakim mahkamah sudah berubah tajam. Rempuhan itu baginya sangat-sangatlah biadap. Seakan tidak menghormatinya.

Tangannya yang baru saja mahu mengetuk papan kayunya terkaku.

Aizack yang sudah menoleh terkebil kejap melihat kelibat dihadapannya. Berkerut seribu dahinya melihat kelibat yang sangat-sangatlah dikenalinya itu. Terlebih kenal sebenarnya.

"Maafkan saya yang Arif. Saya Khalif Iffan dan mahu menjadi saksi untuk Tuan Muda saya. Tolong. Tolong bagi saya peluang untuk menjadi saksi Tuan Muda saya. Dan membuktikan bahawa Tuan Muda saya tidak bersalah." Kedengaran suara Khalif yang seakan merayu. Walaupun nafasnya masih tidak stabil digagahkan juga untuk bercakap. Dia mula berjalan ditengah-tengah itu. Berjalan sampailah dia berhenti dihadapan mereka semua. Tepat menghadap hakim dihadapannya yang tidak berapa jauh darinya.

"Yang Arif. Bukankah sudah terbukti bahawa Tuan Aizack bersalah--"

"Yang Arif. Seorang khalif Iffan datang mahu menjadi saksi. Kalau masih ada peluang untuk membela defendan apa kata yang Arif berikan satu lagi peluang." Peguam Aizack bingkas bangun dan mencantas pihak sebelah. Kini tatapan tenang dilemparkan kearah hakim mahkamah yang seakan dalam dilema itu.

"Saya ada bukti. Dan saya berjanji sekirannya bukti yang saya bawa tidak memuaskan hati sesiapa. Saya rela akan dijatuhkan hukuman kerana sudah berani membuang masa." Penuh berani Khalif bertutur. Penuh yakin dia memandang hakim mahkamah dihadapannya. Tiada keraguan diwajah tampan itu melainkan satu keyakinan.

Aizack disebelah sudah terkelu. Bukan dia saja malah yang lain juga.

"Yang Arif kemenangan sudah diumumkan--"

"Yang Arif. Izinkan khalif menjadi saksi." Mendengus tak puas hati peguam wanita itu apabila selalu dicantas oleh peguam pihak sebelah. Berombak kasar dadanya menahan geram terhadap lelaki tersebut.

Hakim mahkamah terus saja mengetuk papan kayunya. Suasana senyap lagi.

"Saksi diterima."

"Peguam pendakwa dipersilahkan duduk. Dan peguam defendan silakan tampil kehadapan bersama saksi." Mendengar itu menghembus nafas besar khalif dibuatnya. Dia menoleh kebelakang sebelum memandang kesatu arah. Senyuman penuh makna terbit dibibirnya semestinya sinis. Kelihatan jelas wajah kelibat tersebut yang sudah berubah itu.

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now