Bab 19

54 2 0
                                    

Farah tersenyum melihat cubaan Aidil mengambil gambar Fairil. Aidil mahukan gambar Fairil terhasil dengan sempurna dan cantik maka sebab itulah dia bersungguh-sungguh menangkap gambar Fairil. 

"Comel betul muka anak papalong ni." Puji Aidil

"Macam muka arwah Airil kan?"

Aidil mengangguk.

"Dapatlah kita melepas rindu pada arwah." Ujar Aidil. Jarinya lincah menangkap gambar Fairil.

"Ok. Settle gambar Fairil. Farah duduklah situ sambil pangku Fairil. " Arah Aidil

Farah mengangguk dan menurut arahan Aidil. Beberapa keping gambar Farah dan Fairil ditangkap Aidil menggunakan kamera berjenamanya itu.

Tidak lama kemudian, kelibat Tengku Asyraf memasuki ruang kamar itu. Serentak Aidil dan Farah menoleh ke arah Tengku Asyraf. Senyuman antara Aidil dan Asyraf bertukar ganti. Tengku Asyraf berjalan menghampiri mereka berdua.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam." Jawab Aidil. Mereka berdua berjabat tangan.

"Abang Aidil, kenalkan ini Tengku Asyraf. Asyraf, ni Aidil...abang ipar aku."

Mereka berdua mengangguk. 

"Oh inilah dia Tengku Asyraf tu." Ujar Aidil seraya mengerling ke arah Farah. Farah hanya membuat muka bersahaja.

"Alang-alang dah sampai ni, mehlah aku amikkan gambar korang sekali."

"Eh apa abang Aidil ni. Seganlah Farah."

"Apa nak segannya, bakal papa baru Fairil juga kan.."

Pipi Farah menjadi merah. Malu dia apabila diusik begitu. Tengku Asyraf langsung mengambil tempat di atas kerusi berkenaan. Tangannya menepuk lembut kusyen sebelah. Mengisyaratkan Farah untuk duduk di sebelahnya. 

"Tu, cik abang dah panggil. Cepat sebelum Fairil terjaga." Kata Aidil

Farah akhirnya duduk bersebelahan Asyraf. Fairil masih berada di pangkuannya. Laju jari Aidil menangkap gambar. Pelbagai posing disuruhnya, sehingga naik malu Farah dibuatnya. 

"Oklah aku turun dulu. Korang dua sembanglah." Kata Aidil seraya berjalan keluar dari kamar berkenaan.

Tengku Asyraf melihat Fairil yang masih tidur nyenyak di pangkuan Farah.

"Nak cuba dukung dia?" Soal Farah

Tengku Asyraf mengangguk. Fairil kemudian diletakkan di pangkuan Asyraf. Ini merupakan kali kedua Asyraf memangku Fairil. Masih jelas kelihatan kekok pada Asyraf untuk memangku Fairil.

"He's getting big."

"Ya dia kuat menyusu."

Tengku Asyraf senyum. Dia mengelus lembut rambut Fairil.

"So, how are you? "

"Aku ok. "

"Fairil ok?" 

Farah mengangguk.

"Good,then."

Suasana sepi seketika. Tengku Asyraf ralit melihat wajah Fairil. Jari tangan Fairil dielusnya perlahan, terpesona seketika melihat Fairil.

"Hm esok kau free?" Soal Farah.

"Yes. Why?"

"Boleh bawak aku ke klinik? Bukan apa, aku tak nak menyusahkan ayah atau baba. Aku boleh je drive sendiri tapi takutlah dengan Fairil masih kecik lagi ni."

Malam Tanpa Bintang (COMPLETED)✅Where stories live. Discover now