Bab 36

53 0 0
                                    

Beberapa bulan kemudian

"Alhamdulillah, doktor pun dah kata awak dengan Han pulih sepenuhnya. Lega hati saya ni dengar" Luah Farah sewaktu mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tengku Asyraf mengangguk setuju.

"Ni bonda ada bagitau tak hujung minggu ni diorang jemput kita buat kenduri."

"Kenduri? Kenduri siapa? Aidil?" Soal Asyraf bertalu-talu.

"Bukan Aidil. Tapi untuk kita semualah. Doa selamat dan tahlil untuk arwah Airil. Hah bonda minta nama penuh arwah papa dengan arwah ayah long sekali." Ujar Farah lagi.

Asyraf menoleh ke arah Farah.

"Sayang? Sayang ok ke ni?"

Kening Farah bertaut.

"Oklah. Kenapa?"

"Saya tak kisah kalau nak letak nama arwah papa tapi why we should include his name?"

Mengertilah dia kenapa riak wajah suaminya bertukar seketika setelah terdengar dia menyebut nama ayah long.

"Awak masih tak maafkan dia?" Soal Farah.

Suaminya diam. Pandangannya teralih ke hadapan.

"Saya tahu perbuatan arwah ayah long tu salah, tapi bukan kerja kita untuk menghukumnya. Benda pun dah berlalu lama dah, kita maafkan jelah dia ya? Lagipun, sejak bila suami saya ni pendendam ni hm?" Jari Farah bermain-main di dagu suaminya.

Tengku Asyraf tersenyum apabila diusik sedemikian. Isterinya sekarang ni bukan main nakal, ada saja peluang dia untuk mengusik suaminya.

"Saya tak berdendam pun. Cuma, it takes time for me to move on from the incident. Ia sebuah mimpi ngeri buat saya, sayang."

"Saya faham. Kita pun dah decide untuk buka buku baru kan? Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. "

Tengku Asyraf mengangguk. Jari isterinya dicapai dan diciumnya lama.

"Kita pergi honeymoon nak?" Cadang Tengku Asyraf setelah keadaan lama menyepi antara mereka.

"Nak! Nak! Kita nak pergi mana?" Laju Farah menjawab. Kalau dulu mereka terpaksa menangguhkan bulan madu mereka kerana Fairil yang masih kecil dan perlu menyusu badan tetapi sekarang Fairil sudah berusia setahun. Fairil juga setiap minggu akan bergilir-gilir ke rumah atuk dan nendanya. Minggu ini rupa Haji Hassan, minggu depan pula rumah puan Haja.

Kadang-kadang puan Haja dan encik Aman sendiri datang ke rumah Farah untuk bermain bersama cucunya. Bertuah sungguh Fairil dimanjakan sedemikian.

"Kita pergi jauh sikit. Kita pergi ke... ISTANBUL!!"

"Okeyy!! Onnnn!!! "Jawab Farah.

*

*

*

*

*

Selesai kenduri doa selamat serta tahlil, Farah dan Tengku Asyraf minta izin untuk pulang setelah mereka berdua selesai menolong mengemas ruang rumah puan Haja. Mereka berdua berjumpa dengan Haji Hassan sebelum beralih ke puan Haja.

"Bonda ada nampak Han?" Soal Tengku Asyraf selepas menyalam tangan puan Haja. Tadi dia seperti ada perasan kelibat adiknya itu tapi selesai majlis batang hidung pun tak nampak.

"Dia dah balik dah lepas tahlil tadi. Dia berkeras tak nak makan sebab nak jumpa kawan katanya. Sudahnya bonda bungkuskan jelah lauk sikit untuk dia makan kat rumah nanti." Ujar bonda.

Malam Tanpa Bintang (COMPLETED)✅Where stories live. Discover now