Bab 3

76 5 0
                                    

Sedar tidak sedar, sudah masuk sebulan usia perkahwinan Farah dan Airil. Tidak dinafikan, Farah bahagia bersama Airil. Tidak pernah walau sekalipun Airil meninggikan suara terhadapnya sebaliknya Airil akan duduk berbincang baik-baik di depan Farah dan menegurnya dengan penuh sopan.

" Ok ok, lepas ni i janji i akan telefon u kalau i balik lambat. I bukan sengaja, bateri telefon i mati. " Kata Farah sambil menguis-guis lengan Airil.

" Takpa, i faham. Tapi lepas ni kalau u balik lewat ke ada mesyuarat ke mesti call i ok. I risau dah lewat malam macam ni u tak balik lagi. I hampir nak report polis tau tadi. "

Farah memeluk lengan Airil. Kepalanya disandarkan ke lengan Airil.

" Sorrylah sayang...  "

" Sorry naik lori " Balas Airil

Farah tersengih manja. Matanya memandang Airil.

" Sorry... " Ujar Farah seraya mengerlip-gerlipkan matanya.

" Aduh, cair terus i... " Jawab Airil sambil memegang hatinya.

" Yeayyy ! I menang ! " Kata Farah sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas.

Airil mencubit pipi Farah.

" Dah jom maghrib dulu. Siap u malam ni !"

Farah menjelir lidahnya.

Sementara menunggu azan Isyak, Farah duduk di samping Airil. Airil mencapai terjemahan Al Quran miliknya lalu dibaca. Begitulah rutin mereka selepas solat maghrib. Airil sentiasa membaca al quran dan Farah akan duduk di samping Airil mendengar alunan bacaan Airil. Sesekali Farah ada juga membetulkan sedikit tajwid Airil.

Airil membaca al quran dan menterjemahkan ayat tersebut kepada Farah. Katanya, kita perlu memahami isi Al Quran itu sendiri dengan mengetahui setiap makna ayat yang dibacakan. Barulah kita dapat memahami intipati setiap surah dalam Al Quran itu secara lebih mendalam. 

" Sadaqallahullazim "

Airil menutup Al Quran tersebut lalu menciumnya. Farah menyalam tangan Airil, Airil pula mengucup lembut dahi Farah.

" U " Panggil Airil

Farah menoleh.

" Yes ? "

" Kejap i pergi dapur. Ada sesuatu untuk u. I singgap beli kejap tadi lepas balik kerja "

5 minit kemudian, Airil memanggil Farah untuk ke meja makan. Pantas Farah menuju ke arah suaminya.

" Ya Allah u ! " Kata Farah.

Kek coklat blueberry itu disuakan kepada Farah. Tertera di atas kek tersebut, Happy 1 Monthsarry Sayang.

" Tiup lilin cepat ! " Kata Airil

" Sama sama tiup ! "

Farah dan Airil meniup lilin-lilin tersebut. Airil meletak semula kek itu di atas meja. Kotak kecil pula dikeluarkan dari kocek seluarnya.

" Untuk u. Khas buat isteri i, Farah Airina. " Kata Airil.

" Terima kasih u. Sekejap je dah sebulan. Cepatnya masa berlalu "

" Sama sama. Jom makan kek ! "

" Eh kejap-kejap !! "

" Lah kenapa? "

" Kita amik gambarlah dulu. "

Usai sesi bergambar, Airil meletak semula kek tersebut di atas meja.

Malam Tanpa Bintang (COMPLETED)✅Where stories live. Discover now