Bab 20

39 1 0
                                    

Masa berlalu dengan pantas. Farah akhirnya kembali bertugas selepas berpantang selama 40 hari bersama Pn Haja dan hari ini juga genap 60 hari usia Fairil. Fairil pula dijaga oleh Pn Haja sementara Farah kembali bertugas. Pn Haja berkeras mahu Farah terus tetap tinggal di rumahnya. Sekurang-kurangnya tunggulah sehingga Fairil berusia 6 bulan.

Jam di dinding ruang pejabatnya dikerling.

Tepat jam 4 petang. Laju langkah Farah keluar dari ruang pejabatnya.

Langkahnya terhenti apabila terlihat Tengku Asyraf yang sudah sedia menunggunya di ruang menunggu pejabatnya. Dia melihat Asyraf ralit melihat telefon pintarnya itu.

Pada sebelah petang pula, Asyraf berpakaian kemeja blueblack lengkap dengan blazzer dan seluar slack berwarna hitam. Cukup mengetarkan tangkai jantung para wanita yang melihatnya. Farah melangkah ke arah Asyraf.

"Ehem"

Tengku Asyraf menoleh ke atas. Senyumannya terukir apabila terlihat sosok tubuh Farah yang berada di hadapannya itu.

"Tak cukup dengan kau hantar aku pagi tadi, ni balik pun kau nak hantarkan jugak?" Bebel Farah

"Lah, apa salahnya. Lagipun kereta kau kan masih kat rumah kau sana."

"Apa-apa jelah, tapi mulai esok aku naik kereta aku sendiri. Baba dah suruh Yusuf hantarkan kereta ke rumah bonda tadi." Ujar Farah

Asyraf mengangguk. Rambutnya dikuak sedikit.

"Jom" Balas Asyraf.

"Kejap sebelum balik, boleh tak kita singgah ke satu tempat ni dulu?"

Tengku Asyraf senyum seraya menganggukkan kepalanya. Semestinya dia sudah pun tahu destinasi yang ingin dituju Farah.

*

*

*

*

Farah membuang daun-daun kering dan ranting kayu yang berada di pusara Airil. Baru hari ini dia dapat kesempatan untuk menziarah kubur arwah suaminya. Farah kemudian mengembur sedikit tanah dan menanam pokok bunga di pusara. Farah dan Asyraf kemudian menghadiahkan surah Al Fatihah dan Yassin kepada Airil. Usai bacaan yassin, Farah hanya merenung batu nisan Airil.

"Saya tunggu kat depan sana." Ujar Asyraf. Sengaja dia ingin memberi ruang kepada Farah.

Farah mengangguk. Batu nisan Airil disentuh Farah.

"Dah setahun u pergi tinggalkan i."

Farah menarik nafas. Cuba untuk menenangkan hatinya.

"Hari ni i habis pantang. Cepat sungguh masa tu berlalu kan. Anak kita pun dah masuk 3 bulan u. Kalau u nak tahu, muka Fairil saling tak tumpah macam wajah u. Dari dia lahir, sampai sekarang tak berubah. Sedikit sebanyak dapatlah i lepaskan rindu i pada u, Airil."

Suasana kembali sepi, hanya kedengaran kicauan burung-burung dan semilir angin yang menampar lembut tubuh Farah.

"I sebenarnya tak ready untuk cari pengganti u. Tapi i tahu u mesti akan marahkan? I tau Fairil perlukan kasih sayang seorang ayah. "

"Asyraf sukakan i dan dia nak jadi ayah kepada Fairil. Dia baik, caring and romantic. Tapi, hati i belum ready untuk bagi mana-mana lelaki masuk ke dalam ruang hati i ni."

Farah mengeluh. Tiada lelaki yang dapat mengantikan Airil di dalam lubuk hatinya. Tapi dia kasihan melihat Asyraf yang tidak putus-putus menjaga dia dengan Fairil. Kesungguhan Asyraf sedikit sebanyak telah melembutkan hatinya kepada jejaka tersebut. Namun begitu, ia bukan satu balasan bagi Farah untuk menerima lelaki lain selain Airil di dalam hidupnya. Masih terlalu awal untuknya mendapatkan penganti suaminya itu.

Malam Tanpa Bintang (COMPLETED)✅Where stories live. Discover now