Bab 27

42 1 0
                                    

Berkerut dahi Asyraf melihat rakaman cctv yang ditunjuk oleh Faizal.

Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui kematian inspektor Hamid beberapa hari yang lalu. Pantas Asyraf mengarahkan mereka mengali rakaman cctv dan dashcam sampai dapat. Semakin bertambah kerja mereka dibuatnya.

"Sekejap lagi kawan aku sampai. Dia sendiri yang akan bagitau hasil siasatan dia"

Pintu bilik diketuk. Faizal membuka pintu.

"Ni lah bos aku, perkenalkan... Tengku Asyraf."

"Assalamualaikum Asyraf."

"Aidil?"

"Kejap...kejap...korang kenal?" Soal Faizal pelik.

"Abang ipar Farah" Jawab Asyraf.

"Keciknya dunia ni." Ujar Faizal. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

"Apa cerita sebenarnya ni bro?" Soal Aidil. Timbul kerisauan di hatinya. Semasa dia menyiasat rakaman cctv yang dipinta Faizal, dia terkejut melihat individu di dalam rakaman tersebut.

Memang betul wajah Tengku Asyraf, namun dia tidak mengetahui keseluruhan cerita kerana Faizal tidak mahu membuka mulut.

Kemudian Tengku Asyraf pun meluahkan segalanya kepada Aidil.

"Jadi sekarang ni Farah dalam bahayalah!" Kata Aidil.

"Bukan Farah seorang je. The whole family dia dalam bahaya." Jawab Faizal.

Tengku Asyraf mengangguk perlahan.

"Ni aku datang sini sebab nak jelaskan dengan lebih lanjut tentang rakaman cctv dan dashcam yang kau pinta tu." Aidil mengeluarkan komputer ribanya dan menayangkan semula beberapa rakaman kepada Tengku Asyraf dan Faizal.

"Ni dua hari sebelum hari kemalangan Inspektor Hamid. Dari sinilah aku nampak muka kau Asyraf dgn inspektor tu."

Lalu Aidil menayangkan satu lagi rakaman.

"Ini pula hari kematian inspektor tu. Korang tengok sini. Nampak tak seorang lelaki bertubuh rendah sikit, pakai kemeja dan jaket hitam on mask tu? Ok...kalau kita tengok dia macam tengah tunggu someone,kan? Tak lama lepas tu, orang ni jalan ke tepi taman. Masa ni memang aku terpaksa cari beberapa dashcam kawasan situ untuk perhati pergerakan lelaki ni."

Aidil menayangkan pula rakaman dashcam.

"Ni, lelaki ni berjumpa dengan seorang lagi lelaki lain. Bertukar sampul. Aku syak dalam sampul tu ada duit."

"...and the most interesting part is....hari selepas kematian inspektor Hamid. Orang, pakaian dan waktu berada di tempat yang sama. Lelaki ni serahkan lagi sampul surat. Kalini lebih tebal berbanding hari sebelumnya. Dan bila aku semak balik cctv di kawasan kemalangan... BOOM! Lelaki yang terima duit ini berada di lokasi kejadian. Memang sahlah kemalangan inspektor Hamid ni dirancang."

Tengku Asyraf mengetuk jarinya di atas meja.

"Tengok dari video, bukan Tengku Han ni." Kata Faizal.

"Orang lain. Orang-orang Han semua berada di Malaysia... dan Han tidak akan segila itu untuk merancang kemalangan di luar negara...lebih-lebih lagi di Singapore!" Jawab Tengku Asyraf.

"Lagi pun, kenapa pula Han nak bunuh  sedangkan dia pun tengah mencari keberadaan inspektor tu." Sambung Faizal.

Tengku Asyraf mengangguk. Ada benar juga kata Faizal.

"We need to know siapa lelaki dalam video tu. Kau boleh cari, Aidil?" Soalnya.

"Boleh tu memanglah boleh, tapi makan masa sikit. Nak dapatkan rakaman cctv di luar negara bukan mudah, bro. Tapi mungkin aku boleh mulakan dengan lapangan terbang or laluan masuk sempadan Johor-Singapura."

Malam Tanpa Bintang (COMPLETED)✅Where stories live. Discover now