"Awak. Cepatlah. Saya dah lambat ni"jerit Kayla.
Aku masih lagi tidak puas tidur. Malam tadi empat kali penyakit Kayla datang.
Aku menguap. "Sabarlah. Saya mengantuk ni"ujarku.
"Tulah. Main game je. Kan dah tak cukup tidur"bebel Kayla.
"Apa pulak kita. Awak tu ha. Empat kali awak sleepwalking. Mahunya saya tak mengantuk"balasku.
"Takkan empat kali? Tipulah". Tak percaya pula. "Dahlah. Jom".
Aku menghantarnya ke sekolah. Pelajar-pelajar lain dah menunggu di luar sekolah. Kelihatan para pelajar sedang menunggu bas.
Aku teman Kayla sambil tunggu bas tiba. Banyak mata yang memandang kami.
"Kalau tak silap saya, kamu ni Irfan kan? Hilmi Irfan". Ustaz Khair menegurku.
"Ye saya. Ustaz apa khabar? Sihat?"soalku.
"Alhamdulillah. Kamu pula?"balas Ustaz Khair.
"Saya macam nilah, ustaz"ujarku.
"Adriana ni isteri kamu?"soal Ustaz Khair. Aku mengangguk.
"Bagus. Ha Irfan. Kamu jangan ajar isteri kamu bukan-bukan. Awak pelajar paling nakal dekat sekolah ni". Aku ketawa.
"Nakal? Nakal macam mana tu?"celah Kayla.
"Saya tak nak buka aib suami kamu ni. Kamu kena tanya dia sendiri"balas Ustaz Khair.
"Kem yang dorang pergi ni. Tempat yang sama ke masa saya tingkatan lima dulu?"soalku.
"Ya. Tempat yang sama. Tempat yang awak kena ikat dekat pokok yang dekat sungai tu"jawab Ustaz Khair.
Aku ketawa. Kayla pula menahan gelak. "Apa yang Irfan buat ustaz? Bunyi macam kelakar"soal Kayla.
"Suami kamu ni memang nakal. Dia dengan dua orang kawan dia menyakat pelajar-pelajar lain. Mengilai atas pokok.
Dan ada pelajar lain report dekat saya. Saya terus tangkap suami kamu ni. Tak banyak cakap,saya terus ikat dia dekat pokok"."Awak! Kenapa nakal sangat ni? Tak baiklah". Aku tersengih.
Bas yang dinantikan tiba. "Irfan. Lain kali kita jumpa lagi". Aku mengangguk.
"Awak. Saya pergi dulu ye. Doakan saya supaya tak jadi apa-apa dekat saya. Sayang awak". Kayla mencapai tanganku lalu menciumnya.
"Okay,awak. Nanti dekat sana jaga diri.
Kalau ada yang mengorat, jangan layan. Hati-hati". Aku mengucup dahi Kayla.KAYLA'S POV
Aku melangkah naik ke dalam bas.
Aku duduk di sebelah Ayin. "Jealous aku tengok kau. Sweet je"ujar Ayin.
"Dekat kem nanti kan banyak calon. Kau pilih jelah"balasku.
Keadaan dalam bas amat riuh.
"Pelajar lelaki. Sila diam! Jangan buat bising dalam bas"tegur Ustaz Khair. "Buat perkara yang tak sia-sia. Tak pun tidur".
Aku sumbat earphone dan layan lagu Korea. Sedar tak sedar, aku tertidur.
YOU ARE READING
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [RE-EDIT] [C]
RomanceHilmi Irfan - Seorang lelaki berusia dua puluh tiga tahun berkahwin dengan seorang gadis yang baru berusia tujuh belas tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang mempunyai peminat dari kalangan pelajar...