IBS Final

88 3 0
                                    

"Abang! Abang! Sini!"jerit Kayla
dari pintu rumah. Aku yang sedang
membasuh kereta berlari ke arahnya.
"Kenapa?"soalku. Kayla menarik aku
masuk ke dalam rumah. "Tengok ni". Dia menguatkan volume TV.

"Seorang penjenayah yang diburu polis
menemui ajal setelah merempuh sebatang pokok di Jalan Ampang ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya..".

"Daniel Asyraff atau dikenali sebagai Dani menemui ajal setelah terlibat dengan kemalangan ketika kejar mengejar dengan pihak polis".

Kayla menutup televisyen. "Bagus la.
Menyusahkan orang je"omel Kayla.

Aku dah menggeleng. "Tak baiklah cakap
macam tu. Kita doa je yang baik-baik untuk arwah. Dah ajal dia untuk meninggal dengan cara tu. Harap-harap roh arwah dicucuri rahmat".

"Im sorry". Aku mengusap pipi Kayla.

"Ingat nak terberanak tadi. Risau abang
dibuatnya"ujarku. Yep! Kayla dah sarat
mengandung. Alhamdulillah! Kali ni
melekat seorang. Perempuan kali ni.

Triplets aku pun hampir menginjak usia
ke tiga tahun. Triplets tengah berada di
rumah mama. Dua hari lagi,birthday
triplets aku ke tiga tahun.

"Due lambat lagi la,bang. Pergi la sambung basuh kereta tu. Petang ni kita balik rumah mama". Aku angguk lalu ke luar rumah semula dan menyambung semula membasuh kereta.

Petangnya,kami pulang ke rumah mama.
Kelihatan triplets aku tu tengah bermain
sambil diperhatikan oleh mama. Kami
keluar daripada kereta.

"Mummy! Papa!" Triplets tu berlari ke arah kami. "Rindu dekat mummy. Rindu dekat papa"ucap mereka bertiga.

"Anak-anak papa main apa? Tak ajak papa pun"soalku.

"Main hantu-hantu. Adik jadi hantu,pa.
Tengok rambut adik ni"jawab Aireen.

"Ee takutnya. Tapi mana ada hantu
comel macam ni"balasku sambil mencuit
hidungnya. Aireen mengekek ketawa.

Sebuah kereta masuk ke perkarangan
rumah. Yana dan suami dia tiba. Apa
yang menarik perhatian aku. Perut Yana
yang membusung tu. Ada dua orang mak
buyung dekat sini.

"Hi,bang. Sis. Baru sampai ke?"'sapa Yana.

"Baru je sampai. Yana sihat? Perut tu
nampak sihat sangat"balasku.

"Sihat je,bang. Ha'ah. Terlebih sihat". Yana menjeling Hazim. Hazim hanya tersengih.

"Makin besar keluarga mama ni. Andai
mama dah tak ada,mama cukup happy.
Sebab dapat tengok anak-anak mama dah berkeluarga"ujar mama.

"Ma. Apa cakap macam tu? Boleh tak kalau tak cakap pasal benda tu"marah Yana.

"Mama dah tua,Yana. Bila-bila je Allah
boleh tarik nyawa mama"balas mama.

"Ma. Cukup la sekali masa mama accident dulu. Yana tak nak kehilangan mama. Kita semua tak nak. Banyak lagi jasa mama yang kami tak balas lagi".

Yana berlari anak ke arah mama dan terus memeluk mama. Aku pun turut memeluk mama. "Sayang mama"ucap kami serentak.

"Jom masuk. Mama dengan triplets ni buat kek"'ajak mama. Kami semua masuk ke dalam rumah.

 Kami semua masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [RE-EDIT] [C]Where stories live. Discover now