IBS 45

53 1 0
                                    

"Irfan. Sayang. Cepatlah. Kata nak cari baju kahwin. I tak sabar ni"ajak Aisha.

Aku mengeluh. "Aku ni banyak kerja nak buat. Tunggu sekejap boleh tak? Serabutlah kau ni"balasku.

"Kenapa you layan I macam ni? I nak jadi wife you tau. Okay. Kalau you nak I berubah,I akan berubah. I akan jadi wife you yang baik. But please. Layan I dengan baik"rayu Aisha.

"Okay. Kau tunggu bawah dulu. Bagi aku kemas meja dulu. Boleh?"pintaku.

"Okay. I tunggu dekat bawah". Aisha keluar dari bilikku. Aku menyandarkan tubuhku. Naim masuk tak lama kemudian.

"Kau nak pergi mana dengan Aisha?"soal Naim.

"Cari baju kahwin. Mungkin aku masuk lambat. Nak lunch lagi"jawabku.

"Kau tak happy kan dengan perkahwinan ni? Apa kata kau buat hal? Kau kan selalu buat kerja gila. Time nak kahwin tu,kau lari jelah. Hilangkan diri sekejap"cadang Naim.

"Kau nak mama aku lagi marahkan aku ke? Biarlah. Aku tak kisah dah. Aku gerak dulu. Dia dah tunggu tu". Aku meninggalkan bilikku.

Dah tiga jenis baju yang Aisha cuba, semua tak kena padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah tiga jenis baju yang Aisha cuba, semua tak kena padanya.

"Aisha. Boleh tak jangan memilih. Dah dua jam ni. Lunch pun belum lagi. Cepatlah"bebelku.

"I nak nampak cantik je. Sekejaplah. Bagi I cuba yang ni dulu. Tunggu ye". Aku angguk.

Setengah jam kemudian, Aisha keluar. "Okay tak ni,sayang?"soal Aisha.

"You pakai apa pun cantik. Ni nampak you makin lagi cantik. I like"jawabku. Nak termuntah aku.

Aisha sudah pun menukar pakaiannya. "Okay. You pula cuba. I dah suruh diaorang cari yang sepadan. Then, show to me. I akan decide"arah Aisha. Aku mengangguk.

Aku pun mencuba. Baju pertama, Aisha menggeleng. Baju kedua, pun tak setuju. Baju ketiga, pun tak kena.

"Cepat sikit boleh tak? Nak lunch lagi. Kerja dekat office tu berlambak. Tolonglah faham"rungutku.

"Lagi dua minggu tau, kita nak kahwin. Ambil EL hari ni. Spend time dengan I. Okay. I janji lepas ni kita lunch"balas Aisha. Aku mengeluh.

Baju terakhir, barulah Aisha membuat keputusan. Kemudiannya,kami ke restoran berdekatan dengan butik itu. Kami lunch bersama.

"Irfan. Boleh kita pergi rumah you? I teringin nak tengok rumah kita. Boleh?"pinta Aisha manja.

"Tak payah. Dah kahwin nanti baru aku bawa kau ke sana. Dah. Aku nak hantar kau balik. Aku kena masuk kerja balik"balasku.

Selepas menghantar Aisha pulang, aku masuk semula ke office.

"Penat nampak. Puas dating?"tegur Naim.

"Aku penat ni, Naim. Bagi aku rehat kejap"balasku.

ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [RE-EDIT] [C]Where stories live. Discover now