Qirana dah pun pulang setelah Aunty Intan dan Uncle Farid pulang dari US. Esoknya,aku ada temuduga di syarikat milik Dato' Najmi iaitu abah kepada Naim.
Hari ni,aku nak cari baju untuk kerja. Aku bersiap ala kadar. Tshirt hitam, jeans dengan sandal. Beg laptop aku sandang di belakang. Bolehlah aku lepak dengan Naim dan Humaira.
Aku ke KLCC dengan menaiki superbike. Aku tak pernah pun pergi KLCC. Kalau shopping pun,shopping dekat shopping mall masa aku date dengan Qirana.
Dalam 40 minit, aku tiba di KLCC. Ramai juga pengunjung yang datang. Setahu aku KLCC ni ada taman untuk kanak-kanak.
Aku mencari kedai yang menjual baju kemeja. Aku pun tak tahu kedai yang mana satu. Aku jalan-jalan sebentar.
Kali ni, aku terserempak dengan mama, Yana dengan Kayla.
Aku memegang lengan mama daripada meneruskan langkah. "Ma. Sampai bila nak bencikan Irfan?"soalku.
"Yana. Bawa Kayla dari sini"arah mama pada Yana dan Yana hanya menurut.
Mama menarik tangannya. "Peringatan ye. Kalau Kayla report lagi dekat mama yang kamu kacau dia. Siap! Mama tak akan teragak-agak buat report". Mama terus beredar.
Aku mengeluh. Mama masih lagi marahkan aku. Aku meneruskan langkah untuk mencari baju untuk dipakai masa interview esok.
Akhirnya, aku menjumpai Topman,kedai yang sesuai untuk membeli baju kemeja. Aku membeli tiga helai kemeja dan dua helai seluar slack.
Aku bersiar di sekitar taman. Sekali lagi, aku terserempak dengan mereka tetapi hanya Yana dan Kayla.
"Yana. Bagi abang jumpa Kayla sekejap"pintaku yang menghalang mereka berdua.
"Apa yang abang nak? Asal tak pergi je dekat girlfriend abang yang abang mengandungkan dia? Kenapa sis yang abang cari?".
"Bukan salah abang. Abang tak buat semua tu. Abang kena perangkap"jelasku.
"Kena perangkap? Tak payah tipulah, bang. Bodoh sangat ke abang ni sampai senang kena perangkap? Nak kata bodoh. Belajar sampai luar negara. Ambil course engineering. Tapi senang kena tipu"balas Yana.
"Jomlah,sis. Tak payah layan penipu ni. Harap je belajar sampai luar negara. Tapi bodoh. Benak". Yana melanggar tubuhku dan meninggalkanku.
Aku mengambil keputusan untuk beredar daripada situ.
Aku tunggu Naim dan Humaira di restoran yang selalu kami lepak. Dah habis segelas Nescafe Ais.
"Wow Irfan. Macam ni lah yang kitaorang nak. Irfan macam dulu"tegur Naim.
"Duduklah"pelawaku. Mereka berdua duduk di hadapanku.
"Ha Irfan. Dah okay?"soal Humaira.
"Dah okay. Aku nak mulakan hidup baru. Takkan lah aku nak selekeh je. Esok ada interview"jawabku.
YOU ARE READING
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [RE-EDIT] [C]
RomanceHilmi Irfan - Seorang lelaki berusia dua puluh tiga tahun berkahwin dengan seorang gadis yang baru berusia tujuh belas tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang mempunyai peminat dari kalangan pelajar...