Aktiviti pertama kem ialah explore race. Soalan yang diberikan mengikut apa yang telah dipelajari.
"Dah sedia semua? Satu! Dua! Mula!".
Bertaburan para peserta bergerak.
Setiap checkpoint, lain mata pelajaran.
Akhirnya,sekolah yang diwakili Harris menjadi juara. Sekolahku ditempat yang kedua.
Aku duduk di tepi sungai. Ayin dan Nisa sibuk bersembang dengan pelajar sekolah lain.
"Hey sorang je?". Aku memandang ke belakang. "Oh awak. Ye saya sorang je"balasku.
"Boleh saya duduk sekali?"soal Harris. Aku mengangguk. Dia duduk di sebelahku.
"Nice game. Saing-saing juga kita tadi"ujar Harris.
"Ye. Well. Tahniah sebab jadi juara game tadi"balasku.
"It's okay. Mana kawan awak yang dua orang tu?"soal Harris.
"Entah la. Maybe cari calon"selorohku.
"Awak tak cari pula? Ke memilih?"soal Harris.
"Mana ada memilih. Cuma tak berminat. Tu je"jawabku.
"Em Kayla". Aku memandang Harris. "Ada apa-apa ke?"soalku.
Dia menyelit sekuntum bunga di telinga kananku.
"Eh?". Aku terkelu plus terkejut.
"Kalau awak nak tahu, saya jatuh cinta dekat awak sejak awak naik pentas semalam. Malam tadi pun saya termimpi kan awak"jelas Harris.
"Apa awak ni. Kita tak kenal pun. Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya"ujarku.
"Perasaan saya, Kayla. Memang semalam saya dicabar untuk dapatkan nombor awak. Tapi saya rasa sesuatu antara kita berdua".
"Mengarut je awak ni. Tengok la. Punyalah ramai awek dekat sini. Kenapa mesti saya? Dahlah. Saya tak nak cakap pasal ni".
"Okay. Kita boleh jadi kawan, kan?"soal Harris. "Em setakat kawan tu tak apa. Kalau nak bercinta ni,minta maaflah"jawabku.
"Kayla. Ustaz Khair cari kau. Sorry ye Harris". Ayin menarik tanganku. "Ada apa ustaz nak jumpa aku?"soalku.
"Aku tipu je. Wah kau. Siap dapat bunga lagi. Untung lah"ujar Ayin.
"Untung? Tak ada nya"balasku sambil menbuang bunga yang terselit di telingaku ke tanah.
"Jom balik dorm. Lepas ni kita ada bengkel Math". Aku angguk. Kami kembali ke dorm.
Habis bengkel Math, aku, dan dua orang kawanku melangkah menuju ke kantin.
"Weh Kayla. Aku rasa Harris suka kau"ujar Nisa.
"Asal pulak?"soalku.
"Masa bengkel Math tadi, dia asyik pandang kau. Bila aku pandang dia balik, dia pandang depan"jelas Nisa.
YOU ARE READING
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [RE-EDIT] [C]
RomansaHilmi Irfan - Seorang lelaki berusia dua puluh tiga tahun berkahwin dengan seorang gadis yang baru berusia tujuh belas tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang mempunyai peminat dari kalangan pelajar...