DATIN ARLUNA mengetuk pintu anak terunanya. Nama anaknya turut dipanggil.
"Haikal!"
"Haikal..."
"Ya, ma." jawab Haikal dari dalam bilik. Dia mengatur langkah ke arah pintu lalu pintu itu di buka dari dalam.
"Mama nak pergi rumah bakal mak mertua kamu. Nak bincang pasal kahwin kamu dengan tunang. Kamu nak ikut? Kot la kamu nak kenal-kenal dengan bakal isteri dan mak bapa mertua." kata datin Arluna.
"Haikal malas la ma." kata Haikal.
"Kamu tak nak ikut ni? Betul?"
"Ya, ma."
"Weh, angah..." seseorang menyampuk perbualan mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan Haider.
"Bende kau?" kata Haikal.
"Jomlah pergi. Aku sorang je laki. Kang orang ingat aku bakal menantu. Eiiii... Tak nak aku. Jomlah ngah...." Haider berkata dengan tangan dilipat ke dada. Badan disandarkan didinding luar bilik.
"Ish, kau ni... Yelah, aku pergi." Haikal berkata. Haider ni bukan boleh agak perangainya. Adakala elok. Adakala merisaukan.
Haider tersenyum kemenangan. Dia yang merancang dengan Datin Arluna untuk membawa Haikal ke sana. Memandangkan Arrianna cuti. How dia tahu? Mestilah mamanya yang bagitahu. Haha.
"Mama nak turun dulu. Kamu pergilah bersiap." Datin Arluna berkata dan terus pergi tinggalkan Haider.
Haider juga beredar ke biliknya untuk menyiapkan diri. Haikal hanya menghantar pemergian datin Arluna dan Haider melalui ekor mata sahaja sehinggalah figura mereka hilang dari pandangan.
Haikal masuk ke dalam wardrobe lalu baju t-shirt polo bewarna hitam dan seluar jeans hitam di ambil. Dia menyarungkan baju ke badannya dan menukar seluarnya. Biar lebih casual.
Setelah itu, dia mengatur langkah ke meja solek. Rambut dibetulkan dan dia menyembur minyak wangi. Setelah dia yakin dengan penampilannya, dia mengambil jam dan mengatur langkah keluar dari bilik.
Dia menuruni satu per satu anak tangga sehinggalah tiba di bawah. Dia mengatur langkah ke ruang tamu. Menunggu Haider dan Datin Arluna. Dia membawa keluar telefon dari kocek seluarnya.
Beberapa minit kemudian, Haider turun lalu melabuhkan punnggung di hadapan Haikal.
"Mama tak siap lagi ke?" Haider bersuara memecahkan kesunyian.
"Tak. Biasalah, perempuan. Women always late. Aku tak tahu apa yang diorang bersiap sakan sangat. " kata Haikal.
Haider terlepas tawa apabila mendengar komen dari abangnya. Tetapi, dia juga menyokong komen dari abangnya kerana memang benar... Perempuan selalu lambat.
"Kau nanti kahwin pakai baju seragam pilot tak?"
"Tak kot. Simple is nice. Lagipun, malaslah buat majlis besar-besar." Haikal memberi pandangannya sahaja. Tidak bermaksud pun. Tetapi, jika boleh... Dia mahu begitu.
Haider mengangguk.
"Minggu depan wedding Kazar. Make sure... Kau pergi."
Haikal berfikir sejenak.
"Minggu depan... Aku tak tahu ada dekat Malaysia ke tak. Sebab, aku rasa minggu depan aku ada flight."
Haider mengeluh. Abangnya ini susah benar nak cuti. Dia faham kerja abangnya. Tetapi, dia mahu luangkan masa bersama abangnya. Manalah tahu.. Nanti abangnya kahwin dah tak ada orang nak manjakan dia. Haha.
YOU ARE READING
Hey! My Wifey | SU
RomanceHAIKAL AIDAN x ARIA ARRIANNA (KNOWN AS KATYA IVELLE) *** Kisah ini merupakan kisah merpati dua sejoli. Kenapa dikatakan begitu? Kerana mereka berkahwin pada usia yang sangatlah muda. Tetapi, mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka jug...