HARI yang ditunggu-tunggukan oleh aku untuk disatukan dengan seorang lelaki yang pada mulanya hanyalah tunang. Kini, telah bertukar status dari tunang kepada suami. Sepanjang kami bertunang, kami hanya berjumpa pada hari mencuba baju sahaja. Kemudian, kami sudah tidak berjumpa sehinggalah ke hari ini.
Hari ini ialah hari yang amat bersejarah buatku. Hari yang akan menukar statusku sebagai seorang isteri.
"Cik Su!" Aku menoeh ke belakang. Aku ternampak seorang anak kecil berlari anak mendekatiku. Aku tersenyum.
"Hai, sweety. How are you?" soalku kepada anak kecil itu.
"I am fine. Cik su, tok ayah lang suruh cik su turun sekarang. Keluarga pak su dah sampai." Petah sekali kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu berkata.
Kanak-kanak itu merupakan anak kepada sepupunya. Nama diberi oleh kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu ialah Nur Maisya Aliesya. Sedap betul nama kau dik.
Aku hanya tersenyum. Gementar.
"Hey, tok lang suruh awak panggil cik su turun. Bukan suruh awak bercakap dengan cik su." Puan Norhayati yang entah datang daripada mana datang menyampuk.
Kanak-kanak itu hanya tersenyum tidak bersalah. Setelah itu, kanak-kanak itu terus berlari pergi tinggalkan Aria dan Puan Norhayati.
"Aria, diorang dah sampai. Jom, turun." Puan Norhayati berkata lalu jari jemari anaknya itu dipegang.
Dulu, dia membawa anak gadisnya itu 9 bulan 10 hari sehinggalah anaknya itu melihat dunia. Kemudian, dia menghantar anak gadisnya ke sekolah. Kemudian, meraikan hari graduasi anaknya. Kini, dia memegang tangan anaknya untuk diserahkan kepada yang lebih berhak iaitu suaminya. Dia percaya pilihannya adalah tepat dengan menyatukan Haikal Aidan bersama Aria Arrianna.
"Aria..." Puan Norhayati memanggil anak bongsunya itu dengan nada yang biasa. Dia sedaya upaya menahan sebak di dada.
Dia akan lepaskan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada yang lebih berhak. Suami kepada anaknya. Dia berasa berat untuk melepaskan Aria. Tetapi, telah tiba masanya untuk melepaskan dengan reda.
Puan Norhayati mencapai tangan anaknya lalu digenggam dengan erat. Dia memandang tunak ke arah anak mata anaknya itu. Perasaannya bercampur baur. Selepas ini, dia harus berpisah dengan anaknya.
"Aria... ibu nak pesan."
Jeda.
Puan Norhayati menarik nafas semula untuk menyambunag percakapannya yang terhenti sebentar tadi.
"Terlafaznya akad nikah di mulut suami Aria, tanggungjawab ibu dan ayah dah terlepas. Selepas ni, suami Aria akan menjaga Aria. Aria adalah tanggungjawab suami. Aria, ibu nak pesan... keluarga suami adalah keluarga Aria. Anggap sahaja keluarga suami tu keluarga Aria. Anggap adik-adik suami adalah adik kandung Aria."
Aria menahan air matanya yang bertakung di tubir matanya agar tidak menitis. Tetapi, dia tidak mampu. Air mata itu bagaikan air hujan yang mengalir tanpa henti.
"Ibu tak nak pesan banyak. Tapi, Aria kena ingat satu benda iaitu... setiap langkah Aria, Aria membawa nama suami Aria. Jagalah nama suami. Kalau suami minta Aria berhenti kerja dan Aria tidak mahu... bincanglah elok-elok dengan suami ya nak? Ibu sayang anak ibu." Puan Norhayati berkata lalu tubuh Aria dipeluk dengan erat.
Aria membalas pelukan dari ibunya.
"Sudah-sudahla drama air matanya. Jom." Abang Aiman menyampuk dari muka pintu bilik.
"Ish, kacau jelah kau ni bang. Aku baru nak manja dengan ibu." Aku berkata dengan nada yang tidak berpuas hati.
Abang Aiman menunjukkan riak wajah... "Ada aku kisah?"
Kalau tak dipikirkan harini hari bersejarah untuk aku, sudah lama abang Aiman dihempuk menggunakan kasut tumit tinggi yang berukuran 3 inci itu.
Biar otak dia yang biul tu... bertambah biulnya. Haha. So, cruel. Haha.
-TBC-
YOU ARE READING
Hey! My Wifey | SU
RomantizmHAIKAL AIDAN x ARIA ARRIANNA (KNOWN AS KATYA IVELLE) *** Kisah ini merupakan kisah merpati dua sejoli. Kenapa dikatakan begitu? Kerana mereka berkahwin pada usia yang sangatlah muda. Tetapi, mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka jug...