SEPERTI yang disuruh oleh ayah kepadaku dan abang semasa makan tadi. Setelah kami berdua selesai makan, kami mengemas dapur dan menyusun semula kerusi dan meja. Setelah yakin dapur itu bersih, kami berdua mengatur langkah ke ruang tamu.
Aku mengambil tempat di kerusi yang ditepinya ada dua buah kerusi lagi. Kerusi ini berhadapan dengan ibu dan ayahku.
"Dah selesai?" Encik Ari bertanya kepada anak-anaknya.
Aria dan Aiman mengangguk sebagai jawapan. Mereka berdua dapat rasakan yang hal ingin dibincangkan itu sangatlah penting.
"Ayah nak bincang apa?" soal Aiman bagi memecahkan suasana sunyi.
"Ayah nak bincang pasal perkahwinan." Ringkas tetapi padat.
Aria cuba mengawal riak wajahnya sehabia baik agar ayah tidak perasan akan perubahanku.
"Kan Aiman dah cakap, tunang 2 bulan... lepastu, kahwin." Aiman berkata senada.
"Bukan kamulah." Puan Norhayati menyampuk.
"Habistu?" aku menyoal pelik. Kalau bukan abang Aiman takkanlah aku? Siapa je nak kat aku.
"Kamulah." Dengan selambanya ayah berkata. Perasaan aku masa ini, hanya Tuhan saja tahu.
Aku terasa bagai terkena renjatan elektrik. Aku taktahu riasksi yang macam mana aku boleh berikan kepada ayah. Terkedu. Terkejut. Semua 'Ter' ada pada aku.
Terasa bagai... biar betul aku akan kahwin. Biar betul ada orang suka aku. Tak percaya. Haha.
"Aria..." Encik Ari memanggil anak bongsunya yang kelihatan sudah mengelamun jauh.
"Ya." Aku cepat-cepat tersedar dari lamunan aku tadi.
"Ayah nak kamu kahwin dengan anak kawan ayah. Kamu setuju ke tidak?" Encik Ari menyoal anaknya itu. Dia harap sangat anaknya terima.
"Aria terima." Aku berkata dengan yakin. Aku yakin dengan keputusan sendiri.
Abang Aiman kelihatan begitu terkejut tetapi riak wajahnya dikawal sehabis baik.
Abang Aiman pelik mengapa Aria dengan mudah sekali menerima untuk menjadi isteri. Sedangkan sebelum ini, asal buka cerita kahwin... Aria terlebih dahulu melarikan diri.
"Alhamdulillah." Serentak Puan Norhayati dan Encik Ari berkata. Mereka tersenyum senang dengan jawapan yang diberikan oleh Aria.
"Pihak lelaki terima?" soalku kepada kedua-dua orang tuaku.
Jawapan yang aku dapat ialah anggukkan dari mereka berdua. Aku yakin dengan keputusan aku.
Aku harap dialah suami yang aku idamkan selama ini. Harapnya tertunailah impian aku untuk menjadi isteri seorang pilot.
Aku tidak bertanya pekerja lelaki itu kerana aku akan bertanya kepadanya setelah kami diijabkabulkan.
Aku sendiri tidak tahu mengapa aku suka akan pekerjaan pilot tetapi aku tidak menjadi pilot. Bahkan, aku meniadi seorang doktor.
"Ayah." Aku memanggil ayahku. Aky ada soalan ingin ditanyakan.
Abang Aiman sudah naik ke atas. Nak bersiap keluar dengan kawan katanya.
"Ya. Kenapa?" Encik Ari berkata kepada anak bongsunya itu. Dah besar anak aku sorang ni. Dulu bukan main nakal. Pening nak melayan. Haha.
"Aria nak tanya..." aku berkata kepada ayah.
Encik Ari menutup surat khabar yang dibaca olehnya. Sekarang matanya tunak memandang anak daranya itu.
"Tanyalah."
Aku menarik nafas.
"Bakal suami Aria umur berapa?"
"26 tahun sama dengan abang Aiman," balas Encik Ari kepada anaknya.
"Perangai dia macam mana?" soalku lagi. Nak jadikan suami kenalah banyak tanya. Haha.
"Sopan santun dan sangat hormat orang tua. Sebabtu, ayah setuju saja bila mummy dengan daddy dia nak satukan kamu berdua. Ayah yakin dia boleh jaga kamu dan bahagiakan kamu."
Aku hanya mengangguk saja. Sudah tidak ada jawapan yang ingin diberikan.
"Okaylah, adik naik atas dulu." Aku meminta izin kepada ayah.
Enci Ari hanya balas dengan anggukkan. Setelah itu, Aria terus pergi tinggalkan ruang tamu itu.
"Dik..." Abang Aiman menegur aku.
Aku pada ketika ini sedang melepak di hujung beranda rumahku untuk mengambil angin dan ingin bayangkan macam mana rupa bakal suami aku. Hensem ke... Tinggi ke... Remdah ke... Ramai peminat ke tidak. Kalau dia ramai peminat, confirm pemibat dia broken sebab dia dah nak kahwin. Haha.
Dia mai dah... Aku baru nak nak berangan. Kacau lah abang ni.
"Hurmm... Asal?" soalku kepadanya sambil anak mata menghala ke arah kolam ikan di hadapanku.
"Kau tahu umur bakal suami kau umur berapa?" Abang Aiman menanyaku.
"Aku tanya ayah... Dia cakap 26 tahun," balasku.
"Wow! Sama umur. Harap-harap sekepala." Selamba sekali Abang Aiman berkata.
Aku harap, suami aku sweet dari abang Aiman. Lagi satu, suami aku punya wayar cukup. Janganlah sewayar dengan abang Aiman. Jenuh aku nak layan. Haha.
"Aku tak nak yang sekepala dengan kau... Nanti aku tak ada geng." Aku membidas kata-kata abang Aiman.
"Ek eleh... cakap jelah yang kau tak nak kalah dengan akulah budak." Abang Aiman berkata lalu kepalaku digosok dengan kasar ya anuck-anuck. Habis rosak rambut aku yang cantik lagikan menawan ini.
"Abang!" jerit aku. Marah ni, marah.
Abang Aiman sudah berlari sambil gelakkan aku setelah dia menyerabaikan rambutku sebentar tadi.
Tunggu kau abang Aiman... adik kau ni tak adalah baik sangat. Sampai masa aku balas. Rambut kau aku kerjakan. Aku sudah terfikir nak buat begitu.
Kenapa rambut?
Kerana... rambut itu mahkota lelaki. Kalau kacau ni... boleh buat gaduh lima keturunan. Haha.
Abang Aiman yang berada di tingkat bawah sudah gelakkan aku macam akak ponti. Ini kalau kak ponti dengar, konfem dia letak jawatan sebagai akak ponti. Sebab, ada yang lagi teruk dari dia.
"Gelaklah lagi... biar semua jiran dengar..." kataku dengan geram. Gelak, gelak... pikir lawak?
"Anda rasa saya ada masa untuk melawak? Oh, tidak ada. Anda rasa ingin rehat? Rehatlah bersama kitkat," aku berkata di dalam hati.
"Weh, dik... dari kau merapu atas sana... better kau amik air sembahnyang buat solat sunat dhuha. Lagi bagus dik."
"Eh... dia dengar ke? Aku rasa aku cakap dalam hati... okaylah, aku terlepas cakap. Dia menang. Tak apa... ini Aria Arrianna lah."
Aku terasa abang Aiman yang bising sudah diam. Aku mencari kelibat abang Aiman di bawah sana. Kot-kotlah member sembunyi. Tetapi, abang Aiman dah tak ada.
Keluar kot? Pikirku.
"Ibu... abang Aiman keluar dah?" Aku tanya kepada ibu yang kebetulan lalu di hadapanku.
"Ha'ahh... abang Aiman dah keluar tadi. Baru je lagi."
Aku hanya mengangguk. Yeay! Tukang perosak mood aku dah keluar. Aman guys, aman. Biasalah kalau ada abang perangai macam syaitan ni lama-lama kau yang pada mulanya waras pun boleh jadi tak waras.
Silap-silap hari bulan boleh jadi kurang centre seperti AUTHOR. Haha. Gak papa, gue ngaku lorhh.
-TBC-
YOU ARE READING
Hey! My Wifey | SU
Storie d'amoreHAIKAL AIDAN x ARIA ARRIANNA (KNOWN AS KATYA IVELLE) *** Kisah ini merupakan kisah merpati dua sejoli. Kenapa dikatakan begitu? Kerana mereka berkahwin pada usia yang sangatlah muda. Tetapi, mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka jug...