Bergetar iPhoneku gara-gara bunyi deringan. Menandakan ada seseorang sedang cuba menghubungi aku.
Aku capai iPhone yang berada bersebelahan dengan katilku. Nama Nabila terpapar besar pada skrin iPhoneku itu. Segera aku mengangkatnya. Yalah, sudah lama tidak di ajak berbual apatah lagi berjumpa.
"Lailaaaaa!" Boleh pekak telinga aku mendengar jeritan kuat pemanggil di sebelah sana. Aku menjauhkan sedikit iPhone daripada telinga.
"Salam tak ada. Terjah macam itu aje? Nasib telinga aku tak pekak." Aku mendengus sebelum kembali melekapkan iPhoneku rapat pada telinga.
"Sorry Laila..." Sayup-sayup suara Nabila di dalam telefon. Kenapa macam lain aje bunyinya? Tak seperti sebelum ini. Biasanya, Nabila lah paling periang kalau nak dibandingkan dengan aku.
"Kenapa ni Bila? Macam ada masalah aje bunyinya. Cuba cerita."
"Ada lah Lai.. boleh jumpa tak? Aku tak ada siapa-siapa dah nak luah ni. Kau aje satu-satunya kawan baik aku yang ada susah senang." Aww, terharunya! Aku ingatkan dia ini dah lupa kawan susah senang dia. Huh! Baru sekarang nak call. Mentang-mentang lah dah ada baby ucuk asam. Kawan baik sendiri terus dilupakan, sedih!
"Boleh! Kau share aje location. Nanti aku datang sana. Aku ni pun dah rindu dekat kawan baik aku seorang ni." Segera aku mematikan panggilan. Aku bingkas bangun untuk mencapai tuala.
Usai sahaja mandi, aku mengenakan shawl satin berwarna hitam berserta dengan dress hitam. Today's theme is... black!
Mekap pula aku tidak mengenakan yang terlalu berat. Sebaliknya, aku hanya memakai bedak, maskara dan lipbalm sahaja.
Aku mencapai tas begku yang berada di atas meja solek. Pantas aku mengorak langkah untuk menuruni anak tangga yang berada tidak jauh dari bilik tidur. Aku menjeling jam tangan sekilas. Masih awal lagi. Baru sahaja pukul 10.00 pagi. Berbaki lebih kurang 30 minit lagi. Kata Nabila, dia ingin berjumpa denganku pada pukul 10.30 pagi.
"Where are you going, sweetheart?"
Terloncat kecil aku apabila terasa tubuhku dipeluk erat dari arah belakang. Aku menoleh. Alamak, lupa pula mahu bagitahu dia ini! Aku sengih dulu.
"Nak jumpa kawan." Jawabku.
Arjuna menongkat dagu di bahu kananku. Aku hanya kaku tidak bergerak.
"Lelaki ke perempuan?" Arjuna bertanya.
"Lela... Eh, tak! Perempuan," aduh, macam mana mulut kau ini boleh tersasul pula, Laila?! Cuai betul.
Arjuna menghela nafas. Jari jemarinya dibawa bermain di pinggangku.
"Why are you stutter, sweetheart?" Bisik Arjuna dengan penuh sensual di cuping telingaku. Mana taknya! Datang-datang tak bagi salam, terus peluk. Memang tergagap-gagap lah aku dibuatnya. Tambah pula dengan bau Arjuna yang wangi semerbak ini. Aish, gugur iman aku!
"Ma..mana ada!" Aku menafikan. Lantas tubuh Arjuna aku tolak. Aku merenungnya lama dengan wajah cemberut sambil bibir bawah digigit.
Arjuna mengoyak senyuman mengejek.
"Okay, pergilah. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat. Esok dah kena pergi Itali. Ingat tu." Beritahu Arjuna.
Aku angguk. Wajah yang cemberut terus bertukar menjadi sebuah senyuman lebar apabila mendengar nama negara itu disebut. Negara yang bakal menjadi tempat berbulan madu bagi aku dan Arjuna. Eee, mesti seronok! Alang-alang itu, boleh juga aku jumpa Serena. Rindu pula nak melepak dengan dia.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...