Leni Si Kambing

342 3 0
                                    

Sedang Lincoln nyenyak tidur, dia dikejutkan dengan bunyi ketukan dari luar biliknya.

*TOK* *TOK*

Lincoln: "Kak ngah ke tu?"

Leni: "Ya Linky, kak ngah nak masuk boleh?"

Lincoln: "Masuklah, tak kunci pun."

Leni masuk ke dalam bilik Lincoln dengan gaun tidur jarang dan seksi tetapi Lincoln tidak terkejut atau hairan kerana sudah biasa melihat kakaknya berpakaian demikian. Leni berbaring di sebelah Lincoln dan terus dibuai lena.

Lincoln sudah biasa tidur bersama kakaknya Leni. Sebelum ini Leni kerap memberi alasan seperti Lori bergayut dengan telefonnya sehingga awal pagi, Luna membuat bising dan sebagainya.

Leni ialah anak kedua dari sebelas adik-beradik dan berbeza seperti kakaknya Lori, Leni ialah seorang gadis yang peramah dan penyayang. Seperti gadis-gadis yang sebaya dengannya, dia juga meminati fesyen dan menjahit pakaian. Walaubagaimanapun dia cuma memiliki satu kelemahan, bodoh atau kurang cerdik. Dia juga selalu dipergunakan oleh orang lain terutamanya Lori dan Lincoln.

Leni biasanya memakai gaun hijau, kasut hijau, anting-anting merah dan cermin mata hitam yang dijadikan sebagai hiasan kepalanya. Seperti kakaknya Lori dia juga mempunyai rambut perang, sifat fizikal yang diwarisi dari ibu mereka.

Keesokan paginya, Leni sudah bangun terlebih dahulu dan meninggalkan Lincoln seorang diri. Selepas mandi dan bersalin pakaian, Lincoln memulakan rancangannya untuk memukau Leni.

Setiba di bilik Lori dan Leni, kebetulan pula Leni sedang menjahit pakaian. Inilah peluang keemasan bagi Lincoln untuk memukau kakaknya.

Leni: "Eh, Linky, nak apa datang ke sini?"

Soal Leni kepada Lincoln yang masuk ke biliknya.

Lincoln: "Kak ngah boleh tolong Lincoln sikit tak?"

Leni: "Tolong apa Linky? Kak ngah sentiasa bersedia untuk tolong Linky."

Walaupun Leni ialah seorang yang bodoh dan lurus bendul tetapi ia juga akan menyukarkan lagi rancangan Lincoln nanti.

Lincoln: "Senang aje, kak ngah cuma tengok jari telunjuk Linky ni."

Leni: "Okay, lepas tu..."

Lincoln: "Ikut aje ke mana jari ni bergerak."

Leni: "Abis tu kak ngah kena ikut jari Linky ke mana saja sampai ke dalam tandas?"

Lincoln: "Pulak dah! Tengok baik-baik lepas ni."

Leni: "Baiklah, kemudian kak ngah nak buat apa?"

Lincoln: "Sekarang jari Linky dah bergerak ke kiri. Jangan terlepas pandang jari tu."

Leni: "Ya lepas tu apa pula?"

Lincoln: "Sekarang jari Linky dah ke kanan pula. Linky akan gerakkan jari lebih laju lepas ni."

Apabila Leni mula terleka dengan jarinya, Lincoln membacakan mantera di dalam hati dan Leni sudah terpukau dan berdiri kaku dihadapannya.

Lincoln: "Alamak, saya terlupa nak fikir nak suruh dia jadi binatang apa."

Fikir Lincoln sambil menepuk dahinya.

Lincoln: "Aha! Lebih baik suruh dia jadi kambing biri-biri sebab dia bodoh, lurus bendul dan selalu sahaja ikut cakap orang tanpa berfikir panjang.

Lincoln: "Dengar sini Leni, awak ialah seekor kambing biri-biri sekarang."

Sebaik sahaja mendengar arahan dari Lincoln, Leni terus merangkak dan membuat bunyi kambing.

Binatang Kesayangan LincolnWhere stories live. Discover now