Luan Si Dubuk + Epilog

212 3 1
                                    

Selepas tumbangya Lynn, Lori, Leni Lucy dan Luna, Lincoln mula menyusun strategi untuk menumbangkan sasaran terakhir, Luan. Berbeza dengan adik-beradiknya yang lain, Luan lebih licik dan lebih sukar untuk diperdayakan.

Lincoln: "Hmmm, macam mana saya nak pukau Luan nanti?"

Fikir Lincoln sendirian.

Kemudian dia meninjau dari luar bilik Luna dan Luan dan ternampak Luan sedang bermain dengan bonekanya, Mr Coconuts.

Lincoln: "Eh, akak tak pergi buat show ke hari ni?"

Tanya Lincoln dengan nada berpura-pura hairan.

Luan: "Hari ni takde orang nak khidmat akak jadi akak nak practice aje kat bilik.

Jawab Luna dengan tenang. Luan ialah seorang pelawak yang berbakat tetapi sikapnya agak nakal. Lincoln dan adik-beradiknya yang lain terpaksa berhati-hati dengannya.

Lincoln: "Lincoln pun nak practice jugak. Harap akak dapat tolong.

Luan: "Nak practice apa?

Lincoln: "Tap-dancing."

Luan: "Tap-dancing? Sejak bila pulak Lincoln nak sangat belajar menari?"

Lincoln: "Sekolah Lincoln nak buat pertandingan menari. Lincoln dah berpakat dengan Clyde, Liam, Rusty dan Zach untuk menari tap-dancing ala koboi.

Luan: "Kalau macam tu kenapa tak practice dengan diorang?

Lincoln: "Diorang sibuk lah kak, cuma akak aje yang dapat tolong Lincoln sekarang.

Lincoln cuba memujuk kakaknya. Luan hanya tercengang kehairanan kerana tidak tahu macam mana untuk menolong adiknya.

Luan: "Nak tolong macam mana, akak pun bukannya pandai menari."

Lincoln: "Alah, akak setakat tengok Lincoln menari aje."

Luan: "Nah, pakai kasut ni."

Kata Luan sambil menyerahkan kasut khas yang bakal dipakai oleh Lincoln nanti. Lincoln mengambil kasut itu dan terbau sesuatu yang kurang enak datang dari kasut itu. Rupa-rupanya kedua-dua belah kasut itu terdapat najis kucing dan anjing di dalamnya.

Lincoln: "EWW! Jijiknya!!!"

Jerit Lincoln sambil mencampakkan sepasang kasut itu jauh darinya manakala Luan hanya ketawa terbahak-bahak melihat telatah adiknya.

Luan: "Tahniah sebab dapat 'hadiah' dari Cliff dan Charles!"

Kata Luan sambil mengetawakan Lincoln.

Lincoln: "LINCOLN TAKDE MASA NAK LAYAN LAWAK BODOH AKAK JADI AKAK JANGAN NAK MAIN-MAIN!!!"

Jerit Lincoln dengan nada marah. Luan agak terkejut melihat adiknya benar-benar marah.

Luan: "Alah, akak gurau aje tadi. Nah lagi sepasang."

Kata Luan sambil menyerahkan sepasang lagi kasut kepada adiknya. Lincoln merampas kasut itu dari tangan Luan dengan mimik mukanya yang masih lagi marah. Kemudian dia memastikan tiada lagi tahi kucing dan anjing di dalamnya. Selepas itu dia memakai kasut itu dan terus menari mengikut rentak muzik manakala kakaknya Luan memerhatikannya.

Luan: "Adik kena menari laju sikit sebab muzik pun dah semakin laju."

Lincoln: "Akak pun kena tengok kaki Lincoln baik-baik."

Apabila dia yakin bahawa Luan sedang leka memerhatikan gerak langkahnya, Lincoln membacakan mantera di dalam hatinya dan akhirnya Luan terpukau.

Lincoln: "YES! Luan tumbang juga akhirnya. Masa untuk aku membalas dendam."

Binatang Kesayangan LincolnWhere stories live. Discover now