Fail-fail yang berada di atas meja, dibelek satu -satu. Matanya teliti mencari dalang yang cuba bankrap kan company kawan lamanya itu. lebih mendalam dia membaca, nama Lukas De'casa kerap timbul. Setahu Hud Ghazali, Lukas De'casa merupakan sebuah company dari Itali. Ghazali menjadi hairan kenapa De'casa bermusuh dengan Phoenix &Co? Sedangkan De'casa telah ditubuhkan lama dari Phoenix & Co.
--
Dia mengeluh berat, sebelum menyandarkan kepalanya di kerusi empuk itu. Dia perlu memberi tahu Aiman secepat yang mungkin.
--
Tok tok!
--
"Masuk.""Ghaz!" Sahut seseorang
"Ye rif?" Kata Ghazali
"Macam mana dengan kes Aiman tu?" Tanya Sharif ataupun nama penuhnya Sharif Miqail kawan baik Hud Ghazali
"Aku dah baca balik kes-kes lama tu, nama De'casa kerap timbul. Aku rasa dia la dalang nya." Kata Ghazali serius
"De'casa?" Tanya Sharif yang mengambil tempat duduk
"Ya, aku kena siasat kes ni lebih mendalam lagi." Balas Ghazali
"Kau nak aku prepare Squad kita ke?" Tanya Sharif
Dia menangguk kepalanya
"Call Harith, Dhaffa dan Eddie suruh dia orang standby. Nanti aku pergi rumah Aiman. Bincang pasal hal ni." Kata Ghazali
"Baik Ghaz! musketeers assemble." Kata Sharif dengan penuh semangat.
Ghazali yang melihat hanya menggelengkan kepalanya. Sempat lagi nak buat lawak tu.
--
Dia berdiri di depan rumah agam keluarga Aiman. Perlahan-lahan dia menekan butang loceng itu. Sehingga suara di dalam menyahut nya"Ye sekejap."
Cahaya Auliya perlahan-lahan membuka pintu rumahnya itu. Alangkah terkejutnya apabila Hud Ghazali berdiri di depan nya
"Eh Ghaz?" Kata Auliya terkejut
"Ye saya. Abang awak ada kat rumah tak?" Tanya Ghazali
"Along ada, meh la masuk." Pelawa Auliya
"Tak apa ke?" Tanya Ghazali
"Eh tak apa, semua ada dekat dalam rumah. Mama dekat dapur, papa dekat bilik study dan Along dekat ruang tamu tidur." Balas Auliya
Dia menangguk faham dan melangkah masuk ke rumah keluarga itu.
"Tu Along tengah tidur, awak boleh kejut kan. Saya minta diri dulu nak tolong mama masak." Kata Auliya
"Baik." Kata Ghazali dengan memberi senyuman manis untuk Auliya.
-
"Jangan senyum gitu abang Ghazali, hati saya tak tenteram." Getus hati Auliya
--Tbc....
YOU ARE READING
Hud Ghazali : Detektif Holmes [OG/SU]
Short StoryDia dikenali sebagai seorang detektif yang cekap dan bijaksana. Dia digelar 'Mr.Holmes' oleh rakan sekerjanya kerana kebijaksanaan menyelesaikan kes, itulah Tuan Muda Hud Ghazali. -- Dia seorang yang periang , ceria dan suka menghiburkan hati orang...